PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mahkamah Khas tangguh sidang

Go down

Mahkamah Khas tangguh sidang Empty Mahkamah Khas tangguh sidang

Post  ong poh lee U6B Tue May 11, 2010 3:32 pm

PUTRAJAYA 10 Mei - Mahkamah Khas yang mendengar permohonan habeas corpus oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bagi membawa baginda keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan ditangguhkan kerana kekurangan panel hakim bersidang.

Prosiding itu yang dijalankan secara tertutup di Istana Kehakiman di sini juga ditetapkan pendengarannya pada satu tarikh lain bagi membolehkan kerajaan selaku responden memfailkan afidavit balasan.

Salah seorang daripada barisan peguam yang mewakili baginda, Gobind Singh Deo berkata, Mahkamah Khas yang bersidang hari ini dengan keanggotaan empat hakim tidak selaras dengan Perkara 182(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, peruntukan itu jelas menyatakan, mahkamah perlu dianggotai oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, dua Ketua Hakim dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan atau dua Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun, ujarnya, selain Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, sidang hari ini dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Datuk Param Cumaraswamy yang turut mewakili baginda pula menjelaskan, seorang lagi hakim iaitu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Linton Albert turut bersidang memangku tugas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang sedang bercuti.

Sehubungan itu, ujar Gobind, prosiding ditangguhkan ke tarikh lain bagi membolehkan seorang lagi hakim dilantik untuk mencukupkan panel sebelum merit permohonan habeas corpus tersebut didengar.

"Isu-isu yang dibangkitkan dalam permohonan itu melibatkan kepentingan awam bukan sahaja di peringkat nasional malah antarabangsa sama ada penahanan terhadap sultan sah di sisi undang-undang," ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai afidavit balasan oleh pihak kerajaan, Gobind menyatakan, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memohon masa bagi membolehkan pihaknya menyediakan afidavit tersebut.

Gobind dan Cumaraswamy ditemui sebaik sahaja prosiding secara tertutup itu selesai bersidang kira-kira 30 minit. Peguam-peguam lain yang turut hadir termasuk Raja Aziz Addruse, Datuk Mohd. Haaziq Pillay dan Malik Imtiaz Sarwar.

Jumaat lalu, Tuanku Ismail Petra melalui peguamnya mengambil langkah yang julung-julung kali dibuat oleh seorang sultan dengan memfailkan permohonan habeas corpus untuk membawa baginda keluar dari HUSM.

Dalam notis usul tersebut, Tuanku Ismail Petra selaku pemohon menuntut perintah agar satu writ habeas corpus dikeluarkan oleh Mahkamah Khas dan baginda dikeluarkan dengan serta merta.

Baginda dibawa ke HUSM secara mengejut oleh sepasukan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada Selasa lalu untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Bagaimanapun, Tuanku Ismail Petra yang dirawat di HUSM selama lima hari dibenarkan keluar petang semalam dan berangkat balik ke Istana Mahkota, Kota Bharu.

Dalam permohonan habeas corpusnya, baginda menamakan Ketua Polis Kelantan; Ketua Polis Negara (KPN); Ketua Pengarah HUSM; Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan; dan Kerajaan Malaysia selaku responden pertama hingga kelima.

Turut difailkan adalah afidavit yang diikrarkan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, bagi menyokong permohonan ayahandanya.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum