Tunjuk perasaan ganas cemari sidang G-20
Page 1 of 1

TORONTO 27 Jun - Penunjuk perasaan bertopeng merusuh di pusat bandar raya ini semalam, dengan membakar kereta polis dan memecahkan cermin tingkap kedai dalam protes ganas terhadap sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20), yang berlangsung di sini.
Ketua polis Toronto, Bill Blair mengakui polis menghadapi kesukaran untuk mengawal penunjuk perasaan yang bilangannya mencecah beberapa ribu orang.
Katanya, 75 orang ditangkap termasuk sebilangan yang dipercayai mengetuai protes ganas tersebut yang tercetus apabila beberapa ratus orang yang mahu mencetuskan huru-hara berpecah daripada kumpulan yang lebih besar yang mengadakan tunjuk perasaan secara aman.
Polis menggunakan gas pemedih mata untuk mengawal penunjuk perasaan selepas memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan kekacauan.
"Kita tidak pernah melihat perbuatan jenayah, vandalisme dan kemusnahan yang sebegitu dahsyat di jalan raya kita.
"Kebebasan bersuara ada batasnya dan batas itu dilanggar apabila hak dan keselamatan orang lain terjejas," kata Blair pada sidang media lewat semalam.
Protes ganas itu sesuatu yang luar biasa di Toronto, bandar raya yang dikenali kerana keadaannya yang damai.
Demonstrasi itu bermula secara aman pada awal petang semalam, dengan perarakan yang disertai oleh beberapa ribu orang, dianjurkan oleh kesatuan-kesatuan buruh yang mendakwa dasar G20 memihak kepada golongan kaya.
Kumpulan-kumpulan anti-G20 mengadakan demonstrasi di Toronto menjelang sidang kemuncak negara-negara kaya dan membangun itu, menyusuli sidang lebih kecil melibatkan Kumpulan Lapan (G8) negara perindustrian utama di bandar peranginan Huntsville di Ontario.
Kanada memperuntukkan lebih K$1 bilion (RM3.1 bilion) untuk mengawal keselamatan bagi kedua-dua sidang kemuncak.

ypeng(U6A/10)- Posts : 120
Join date : 2010-01-24
Similar topics
» Mahkamah Khas tangguh sidang
» Ibu bapa punca ganas
» Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas
» Pelajar tunjuk punggung pada sambutan merdeka dibebas

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum