Pemberian ikhlas untuk ibu dan guru
5 posters
Page 1 of 1
Pemberian ikhlas untuk ibu dan guru
Lambang kasih ibu dan anak
Inilah hadiah paling bermakna buat ibu sebagai tanda kasih sayang saya terhadapnya,'' kata Maslina Saidin, 23, ketika ditanya apakah hadiah paling bermakna sempena sambutan Hari Ibu kali ini.
Hadiah yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan mengadakan majlis perkahwinannya dengan lelaki tercinta, Mohd. Fauzi Mohammad Lazim, 28, serentak dengan majlis perkahwinan ibunya, Fatimah Husin, 55, dan pasangannya, Abdul Halim Mahmud, 68, pada 26 April lalu, di Subang Jaya, Selangor.
Majlis perkahwinan dua beranak itu dianggap unik dan istimewa sekali gus sebagai lambang kasih sayang serta ikatan murni yang terjalin antara insan bergelar ibu dan anak.
Sejarah pasti terpahat dalam kalendar hidup dua beranak ini dan pasangan masing-masing. Bukan saja berkongsi majlis perkahwinan antara ibu dan anak, bahkan majlis yang dihadiri lebih 500 orang tetamu itu turut menyaksikan kesemua 12 cucu hasil perkahwinan Fatimah terdahulu menyingsing lengan bergotong-royong memasang khemah, melayan tetamu dan mencuci pinggan mangkuk.
Pada pertemuan yang diatur di kediaman Fatimah di Subang Jaya, beberapa hari selepas perkahwinan mereka, suasana 'pengantin baru' masih dirasai. Lebih menarik, pertemuan turut disertai suami masing-masing.
Maslina, anak bongsu daripada lima adik-beradik ini mengakui, selama ini dia agak keberatan membenarkan ibunya berkahwin lagi selepas kematian bapanya pada Mac 1996.
KesepianNamun, fikiran tersebut berubah apabila dia meningkat dewasa dan semakin mengerti kesepian yang dialami seorang wanita bergelar isteri.
"Semasa di tingkatan enam saya mula bergaul dengan mereka yang lebih dewasa. Saya semakin mengerti tentang kehidupan apabila saya menyambung pengajian di kolej dan terpaksa tinggal berasingan dengan ibu. Saya tahu ibu kesunyian dengan ketiadaan saya,'' cerita Maslina yang masih menuntut di tahun akhir di salah sebuah kolej di ibu negara.
Menurut Maslina, perkenalannya dengan Mohd. Fauzi lebih setahun lalu yang dianggap seorang lelaki penyayang dan rajin, tambah mendewasakannya untuk memikirkan bukan sahaja masa depan mereka tetapi juga ibu yang telah banyak berkorban.
Selepas mempunyai pasangan kekasih dan berhasrat untuk berumah tangga, Maslina mulai terfikir siapa akan menjaga ibunya sedangkan dia sendiri perlu menumpukan perhatian kepada suami dan pelajaran.
Selepas perbincangan dari hati ke hati seorang anak dan ibu serta mengambil kira pendapat serta pandangan adik- beradik yang lain, Fatimah terpaksa akur dengan kehendak anak-anak.
Membuka cerita kata Maslina, selepas kematian bapanya hampir 12 tahun lalu, bukan tiada lelaki yang mahu mendekati dan sanggup memperisterikan ibunya.
Namun, disebabkan dirinya ketika itu masih kanak-kanak dan bimbang kehilangan ibu tersayang, Maslina sering mempertahankan ibunya.
"Saya paling rapat dengan ibu. Apa sahaja yang dihadapi ibu pasti sayalah orang pertama mengetahuinya. Malah jika ada sesiapa lelaki yang cuba mendekati ibu, saya juga orang pertama yang diceritakannya,'' ujarnya mengakui bapa 'barunya' itu bukanlah orang asing sebaliknya sudah dikenali sejak kira-kira 12 tahun dulu.
Ini kerana mereka merupakan kenalan yang tinggal di kawasan kejiranan sama di Subang Jaya dan masing-masing aktif dalam aktiviti di masjid.
Abdul Halim sendiri sudah 12 tahun hidup bersendirian selepas kematian isteri.
Menurut Maslina, Abdul Halim yang dipanggil 'pak cik' sejak zaman kanak-kanaknya, dikenali sebagai lelaki yang agak romantik ketika mahu mendekati ibunya.
Malah, ibunya pernah dihadiahkan jambangan bunga daripada lelaki yang kini menjadi bapa tirinya itu dan berharap keserasian pasangan ini berpanjangan.
Fatimah yang sentiasa tersenyum dan kelihatan lebih muda dari usia sebenar, ketika ditanya perasaannya mengakui tidak menyangka akan bertemu jodoh sekali lagi selepas 12 tahun kematian suami.
Dia, yang juga seorang guru al-Quran mengajar kanak-kanak dan orang dewasa di kawasan kejiranan itu, bagaimanapun menerima segalanya dengan penuh kesyukuran dan melihat perkahwinan kali ini adalah jodoh yang telah ditentukan Ilahi.
Akui Fatimah, perasaan hatinya mula terbuka untuk menerima kehadiran insan bergelar suami selepas anak-anak telah berumah tangga, apatah lagi apabila anak bongsu kesayangannya itu juga mahu mengikut jejak kakak dan abang-abangnya.
Ditanya harapan, kedua anak beranak ini mempunyai harapan dan impian yang sama mahukan kehidupan bahagia dan berkekalan.
"Sebagai anak saya doakan ibu gembira dengan kehidupan barunya. Malah saya sentiasa berharap pak cik dapat menjaga ibu dengan sebaik mungkin,'' ujarnya sambil memeluk erat ibunya yang dianggap teman baiknya kerana keserasian dan persamaan yang mereka miliki iaitu suka berterus terang dan ceria.
sambutan hari ibu sudah lalu,Sambutan Hari Guru bakal menjelma pada 16 Mei ini. Pada hari tersebut, sekolah-sekolah di seluruh negara akan mengadakan sambutan khas bagi meraikan para guru.Biasanya, pelajar-pelajar akan menggunakan peluang bersempena sambutan itu bagi menghadiahkan guru mereka dengan pelbagai cenderahati sebagai tanda penghargaan.Bagi pelajar yang kreatif, mereka akan menghadiahkan guru mereka dengan hasil kerja tangan sendiri.Tidak kurang juga di kalangan pelajar yang lebih selesa membeli cenderahati untuk dihadiahkan kepada insan yang selama ini tidak pernah kenal erti jemu mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Pada pandangan anda, apakah pengihlasan yang paling baik untuk ibu dan guru? apa yang telah anda buat untuk meraikan hari ibu dan hari guru??
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
Re: Pemberian ikhlas untuk ibu dan guru
hari ini merupakan sambutan hari guru dan saya rasa sedikit kekesalan terhadap guru-guru kerana saya telah lambat ke perhimpunan pagi ini dan saya telah lupa akan sambutan ini.. kami ingat tidak perlu berkumpul memandangkan kami mempunyai peperiksaan lagi.maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada para guru atas ketidaksopanan hari ini dan mengucapkan SELAMAT HARI GURU!!
saya rasa hadiah yang dihadiahkan kepada guru dan ibu tidak semestinya mahal asalkan hadiah itu dapat menyampaikan keikhlasan anda itu sudah memadai.biasanya saya tidak menyambut hari guru,saya hanya menyambut hari ibu..hari ibu yang lalu,saya tidak memberi apa-apa hadiah kepada mak saya,saya hanya katakan ini pada mak saya dan beliau sudah sangat gembira "Happy Mother's Day,i can accompany mum shopping today eventhough i got exam next week but tonight i have to do my revision"...jadi,saya rasa hadiah yang paling baik adalah kita meluangkan masa bersama mereka dan hadiah berbentuk kebendaan tidak perlu lagi lah..

siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: Pemberian ikhlas untuk ibu dan guru
saya juga ingin mengatakan minta maaf juga kerana saya juga merupakan salah seorang pelajar yang berbuat kesalahan seperti kakak siew mei..
Ya. Saya berasa hari guru dan hari ibu hanyalah satu pengingatan kepada semua pelajar dan anak.. Sebenarnya, kita patutlah meraikan hari guru dan hari ibu setiap hari. Apa yang saya bermaksud di sini adalah kita haruslah bersyukur kepada guru dan ibu kita dan bukannya hanya bersyukur atau berbuat sesuatu pada hari guru atau hari ibu. Jika kita memang mahu bersyukur kepada guru, saya berasa kita haruslah memberi guru satu hari cuti kerana mereka sudah susah payah menyemak dan mengajar pelajar pada sepanjang minggu.. saya berasa guru-guru ingin satu hari lagi untuk berehat/ bersama dengan keluarga/etc lebih daripada satu ucapan yang sebegini sahaja.. kemungkinannya... terdapat guru yang harap pihak berkuasa menaikkan lagi gaji guru ( sebagai satu simbol untuk pengsyukuran guru.. ) hehe.. Pada hari ibu pula, saya berasa kita haruslah berbuat sesuatu kepada mereka supaya mereka berasa bangga dan bersyukur kerana mempunyai anak yang sebegini. Apa yang dimaksudkan saya di sini adalah.. kebanyakan harapan ibu hanyalah anak mereka bersikap baik dan mempunyai 'future' yang terang.. Ini akan menyebabkan ibu kita berasa bersyukur kerana mempunyai anak yang baik seperti kalian.. Sebagai contohnya, saya berasa apa yang nenek saya mahu hanyalah dapat tengok semua anak balik kampung seperti apabila tahun baru cina..

cadangan yang bagi dari saudara toh wai kepada guru terutamanya bagi mengistiharkan hari guru sebagai cuti umum,adakah ini lebih bermanfaat kepada pelajar???haha...ramai pelajar selalulah berhasrat tidak perlu pergi ke sekolah. saya berasa,jika ingin membalas jasa guru,kita perlulah memainkan peranan dalam menjadikan seorang pelajar bagi mencapai keputusan cemerlang,tidak menyakiti hati guru,mematuhi arahan guru dan sebagainya barulah guru berasa berbaloi tentang sumbangan mereka.
bagi ibu pula,kita haruslah memainkan peranan dalam menjadi seorang anak.cara-cara bagi menbalas jasa guru juga boleh diguna dalam menbalas jasa ibu,mereka amat berharap kejayaan kita dan bangga dengan kejayaan anak atau pelajarnya.selain itu,dalam perayaan yang khas,hadiah yang dibagi oleh kita kepada mereka juga akan memberikan "suprise" serta dapat mengambil hatinya...
slepas hari guru dan hari ibu,hari bapa juga akan mendekat.bapa juga sangat berjasa kepada kita,bagaimanakah cara rakan kalian dalam membalas jasa ibu bapa???bolehkah rakan kalian menkongsikan pengalaman anda???

weichian_89- Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves
Re: Pemberian ikhlas untuk ibu dan guru
Jika saya tiada kesalahan 'prediction' .. saya berasa tahun ini keluarga saya akan mengambil makan malam di luar untuk meraikan hari bapa.. Bapa saya tidak suka mengadakan peraian.. makan.. boleh lah.. haha sebab tiap-tiap tahun kami pun macam tu..
vinclam1314- Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx
RE: Pemberian iklas kepada guru dan ibu
Saya berpendapat bahawa cara yang paling baik dalam pemberian ikhlas kepada guru dan ibu adalah melalui tindakan sebenar.Misalnya murid seharusnya belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa menghantar kerja sekolah dalam masa tepat serta mendengar nasihat guru dan tidak melakukan perkara yang menyakitkan hati guru .Pada masa yang sama.pencapaian dalam akademik juga merupakan salah satu pengikhlasan murid terhadap guru.Guru akan berasa amat gembira jika pelajar mereka mendapat atau mencapai kecemerlangan dalam akademik tertentu.Bagi ibu,sebagai seseorang anak ,mereka boleh belajar dengan bersungguh-sungguh dan menolong ibu mereka membuat kerja rumahdemi meringankan beban ibu mereka dan sentiasa mendengar nasihat ibu .Kita sepatutnya bukan sahaja memberi ikhlas kepada guru dan ibu pada hari peraian sahaja, sebenarnya kitra harus memberi ikhlas kepada mereka pada setiap masa.Pemberian ikhlas pada harian peraian adalah tidak cukup untuk menunjukkan keikhlasan kita kepada mereka. Sikap menghormati adalah amat sesuai bagi kita untuk memberi pengikhlasan kepada mereka.
NCH CHEAN- Posts : 39
Join date : 2008-01-15
Re: Pemberian ikhlas untuk ibu dan guru
NCH CHEAN wrote:Pada masa yang sama.pencapaian dalam akademik juga merupakan salah satu pengikhlasan murid terhadap guru.Guru akan berasa amat gembira jika pelajar mereka mendapat atau mencapai kecemerlangan dalam akademik tertentu.Bagi ibu,sebagai seseorang anak ,mereka boleh belajar dengan bersungguh-sungguh dan menolong ibu mereka membuat kerja rumahdemi meringankan beban ibu mereka dan sentiasa mendengar nasihat ibu .Kita sepatutnya bukan sahaja memberi ikhlas kepada guru dan ibu pada hari peraian sahaja, sebenarnya kitra harus memberi ikhlas kepada mereka pada setiap masa.Pemberian ikhlas pada harian peraian adalah tidak cukup untuk menunjukkan keikhlasan kita kepada mereka. Sikap menghormati adalah amat sesuai bagi kita untuk memberi pengikhlasan kepada mereka.
saya amat setuju dengan pandangan saudari chean hui iaitu kita harus sentiasa bersopan santun terhadap mereka dan bukannya pada hari tertentu seperti hari guru dan hari ibu. ya,ini merupakan apa yang akan mengembirakan mereka setiap hari... Akan tetapi,saya rasa dengan pencapaian dalam akademik ini bukannya setiap anak dapat melakukannya.. cuba fikir tentang mereka yang memang telah berusaha tetapi pencapaian akademik mereka bukannya secemerlang mana.. Oleh itu,saya rasa ia memadai jika mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dalam akademik mereka.Guru-guru tahu pelajar yang mana memang telah berusaha dan menumpu perhatian dalam kelas walaupun pencapaian mereka tidak cemerlang,ini juga boleh mengembirakan guu kita dan merupakan antara hadiah yang ikhlas daripada hati pelajarnya.
siewMei- Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35
Re: Pemberian ikhlas untuk ibu dan guru
mmg betul apa yang rakan-rakan cakap..
Pada hemat saya, keputusan yang baik dalam peperiksaan adalah hadiah yang terbaik untuk guru-guru yang susah payah mengajar kita. Guru akan berasa bangga dan gembira jika mereka lihat anak-anak murid mereka berjaya hasil titik peluh mereka dan juga kegigihan pelajar untuk memberi hadiah yang terbaik untuk guru-guru..
Kepada ibu, saya setuju dengan kata siew mei bahawa masa yang kita luangkan untuk bersama dengan ibu adalah paling berharga.. Ibu-ibu akan berasa puas hati jika mereka tahu yang kita mengambil berat pada mereka.

Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Similar topics
» Pemberian insentif galak guru bekerja keras
» Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang
» Peranan Guru dan Murid
» Wajib beri cuti sehari dalam seminggu
» Pengorbanan guru
» Ganjaran RM900-RM7,500 untuk pengetua,guru sekolah cemerlang
» Peranan Guru dan Murid
» Wajib beri cuti sehari dalam seminggu
» Pengorbanan guru
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum