PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peranan Guru dan Murid

+2
NCH CHEAN
PnLeela
6 posters

Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Peranan Guru dan Murid

Post  PnLeela Sat May 24, 2008 4:40 pm

Hi kelas Very Happy

Apakah peranan kita dalam masyarakat? bacalah artikel berikut dan paparkan ulasan anda tidak kurang daripada 50 patah perkataan.


GURU perlu sentiasa menyedarkan pelajar mengenai nikmat kebebasan serta keamanan belajar dan bersekolah di negara ini, kata Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Mior Shaharuddin.

Katanya, pelajar harus diingatkan keperluan membina dan mengekalkan hubungan serta perpaduan ketika negara lain menghadapi pertumpahan darah, kemusnahan dan kehancuran saban hari.

Justeru, beliau berkata, guru berperanan mendidik dan menyuburkan jati diri dalam jiwa pelajar kerana jatuh atau bangunnya sistem pendidikan terletak pada bahu mereka sebagai pendidik.

"Pertahankan sistem pendidikan kita daripada dicerobohi sentimen perkauman, dinodai prasangka keagamaan dan dirasuk kepentingan politik sempit.

"Kita perlu menyuburkan semangat perpaduan dan cintakan tanah air dalam diri anak didik kerana merekalah yang bakal menerajui serta mewarnai masa depan negara," katanya dalam ucapan merasmikan Majlis Konvokesyen ke-28, Institut Perguruan Islam (IPI), Bangi, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Institut Perguruan Kota Bharu, Sallehuddin Abd Wahab. Hadir sama Pengarah IPI, Amin Mohd Rashid dan Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Mohd Taib.

Seterusnya, Asariah berkata, perkembangan dan kemajuan pendidikan negara mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik, antaranya kemahiran berfikir, mengguna serta mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta berkebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik.


SELAMAT BERCUTI
Jumpa lagi Laughing
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty RE: Peranan Guru dan Murid

Post  NCH CHEAN Mon May 26, 2008 2:51 pm

Guru adalah pendidik dan memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan seseorang pelajar.Maka murid berperanan menerima didikan daripada guru dan menjadi seseorang insan yang berguna dan berjasa kepada negara.Murid bukan sahaja menerima ilmu daripada guru maka perlu belajar menjadi seseorang yang bermoral dan berguna.Guru yang juga merupakan pendidik merupakan seseorang yang sesuai dalam mendidik dan menyuburkan jati diri murid sebab mereka mempunyai pengalaman dan ilmu yang tinggi.Dengan kemajuan dan perkembangan pendidikan negara, terdapat ramai guru terdesak menguasai pelbagai kemahiran generik demi mendidik murid agar mereka dapat menjadi bakal yang menerajui dan mewarnai masa depan negara.Jadi tidak dinafikan bahawa guru banyak berkorban dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berguna kepada negara.Sebagai rakyat kita juga harus menghormati guru sebab mereka berperanan dalam mendidik dan membimbing murid agar menjadi insan yang berguna kepada negara.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  vinclam1314 Mon May 26, 2008 8:17 pm

Guru memainkan peranan yang semacam ibu bapa kita.. Pengorbanan guru bukan sahaja dedikasi dan ajaran tentang ilmu.. Pengorbanan nyawa juga dapat dilihatkan dalam banyak kes di dalam gempa bumi di xichuan, China. Saya pernah membaca banyak kes yang mengatakan tentang pengalaman pelajar apabila berlakunya gempa bumi.. terdapat banyak guru mengorbankan diri hanya untuk menyelamatkan murid nya. Mereka cuba menyelamatkan banyak murid daripada kelas, berlari ke sini sana untuk membawa murid mereka.. dan akhirnya terkorban apabila bangunan termusnah.. terdapat seorang guru pula menggunakan bahunya untuk menahan pemusnahan pintu untuk membiarkan muridnya melarikan diri daripada kelas.. Terdapat banyak juga kes yang sebegini.. sangat terharulah..Oleh itu, biarkan saya umpamakan perhubungan guru dan murid seperti perhubungan ibu bapa dan anak.. cyclops

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  Jennifer Ong Wed May 28, 2008 5:49 pm

Pada pendapat saya, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
Saya berpendapat bahawa seorang guru tidak harus hanya memberi ilmu kepada pelajar dari segi akedemik sahaja tetapi juga harus memainkan peranan dalam membentuk sahsiah pelajar. Guru perlulah sentiasa memberi pendekatan yang baik kepada pelajar tentang isu perpaduan di negara kita. Mereka haruslah sentiasa mengutamakan perpaduan pelbagai kaum dalam apa sahaja aktiviti kelas yang dianjurkan. Selain itu, mereka haruslah melayani semua pelajar dengan adil tanpa mengambil kira kaum dan agama pelajar-pelajarnya.
Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam menyemai nilai-nilai yang murni dalam jiwa pelajar-pelajar. Bak kata pepatah Cina, "Kanak-kanak umpama sehelai kertas, bagaimana kita melukis di atas kertas itu, macam tulah karekter kanak-kanak tersebut."

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  bee happy Thu May 29, 2008 8:53 am

Peranan guru sebagai pengurus pembelajaran .
guru berperanan dalam memotivasi pelajar dalam pelajaran.Dengan ini,pelajar akan menaruh minat dalam pelajaran yang mereka pilih.
Seterusnya,guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian murid.Jadi,guru sebagai panduan kepada pelajar atas kelemahan atau kesalahan kita dalam pelajaran mahupun kelakuan kita.Sehubungan itu,guu mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu. Jadi,pelajar boleh merujuk kepada guru yang selalu sedia membantu,seterusnya masalah akan diselesaikan.secara langsung,masalah pelajar boleh diselesaikan dan kecemerlangan murid akan tercapai.

bee happy

Posts : 9
Join date : 2008-04-20

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  vinclam1314 Fri May 30, 2008 6:27 pm

Saya sangat setuju dengan Kakak Bee tentang watak guru untuk memotivasikan pelajar.. Saya, sebagai satu contoh yang sangat bagus.. Razz saya sangat mudah dipengaruhi oleh guru subjek saya.. Sejak saya belajar sains di tingkatan empat, saya sering dipengaruhi oleh cara yang diajar oleh guru.. Jika guru saya dapat / carikan jawapan kepada soalan saya, saya akan lebih bersemangat dalam subjek tersebut, sebagai contohnya, kimia saya bertambah baik ketika saya diajar oleh guru sementara, saya berasa guru itu sangat bagus kerana walaupun dia seorang guru sementara, apabila soalan saya tidak dapat dijawap oleh beliau, beliau akan pergi cari jawapan kepada saya.. semangat beliau telah menyebabkan saya lebih bersemangat dalam pembelajaran kimia.. akan tetapi, seorang guru lagi yang asyik cakap.. buku itu memang cakap begitu la, then is begitulah... cara percakapan ini saya sudah biasa... cara percakapan yang lain ialah, soalan ini tidak akan ditanya dalam peperiksaan.. perkataan ini tentulah akan mengurangkan semangat pelajar dalam pembelajaran.. Oleh itu, saya sangat bersetuju bahawa guru akan mempengaruhi minat pelajar dalam subjek subjek tertentu..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  Jennifer Ong Sat May 31, 2008 2:47 pm

Saya setuju dengan pendapat Toh Wai yang seorang guru yang gigih dan dedikasi dalam mengajar pelajar-pelajar akan dapat mempengaruhi anak-anak muridnya untuk belajar dengan rajin juga.
Saya nak berkongsi pengalaman saya.
Semasa saya berada dalam tingkatan satu, saya tidak berminat langsung dalam sains. Saya tidak faham langsung apa yang cikgu saya ajar. Keadaan ditambah buruk lagi kerana subjek sains bertukar dari pengajaran dalam medium bahasa cina kepada bahasa Malaysia. Saya hampir-hampir gagal kalau bukan "taktik" yang saya fikir dalam saat-saat akhir. Ehem..
Walau bagaimanapun, semasa saya berada dalam tingkatan dua, Pn Khoy iaitu guru kaunseling sekolah kita sekarang mengajar kelas saya tentang sains. Pada masa itu, Pn Khoy menerangkan setiap butir-butir dengan terperinci sekali. Saya sanagt faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh beliau. Oleh itu, saya menjadi sangat ghairah dengan sains dan baca banyak buku untuk memahami sains dengan lebih mendalam lagi. Saya mengutarakan banyak soalan kepada beliau dan apa yang Pn Khoy tahu, beliau akan menjawab pernyataan saya, apa yang dia tidak faham, dia akan menanya guru lain lalu memberi jawapan kepada saya pada keesokan harinya. Akibatnya saya berusaha keras dan mendapat markah tinggi untuk subjek sains. Pn Khoy bukan sahaja telah menolong saya daripada gagal lagi dalam subjek tersebut, malah telah memupuk minat saya terhadap sains. Saya patut rasa bersyukur dan berterima kasih kepadanya, kerana beliaulah saya berada dalam kelas sains sekarang, kerana beliaulah saya mempunyai cita-cita tinggi terhadap masa depan saya. Terima kasih Pn Khoy!

Oleh itu, saya rasa guru yang benar-benar ingin mendidik pelajar perlulah membuat pengorbanan untuk melihat anak muridnya berjaya dan mendapat penghormatan daripada muridnya. Guru boleh menjadi sangat berpengaruh jika mereka benar-benar baik. Murid-murid juga perlulah menghargai guru-guru yang sememangnya telah banyak berkorban untuk mereka dan belajar dengan gigih supaya dapat membalas budi guru-guru yang dikasihi.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  siewMei Mon Jun 02, 2008 5:48 pm

Ya,saya amat setuju dengan abang tohwai dan kakak weizhen..guru merupakan antara orang yang membentuk karakter kita selain daripada ibu bapa kita..Bukan sahaja itu,guru juga mampu memupuk minat pelajarnya terhadap pelajaran. Saya juga mempunyai pengalaman yang sama dengan kakak weizhen,tetapi pengalaman saya ini berlaku semasa sekolah rendah.. Kita mula belajar sains dan kajian tempatan pada darjah empat,pada masa itu,markah saya bagi kedua-dua subjek ini memang sangat rendah..Guru kajian tempatan itu tidak kerap mengajar,malah kadang-kala tidak hadir ke kelas,aduhai..Bagi sains pula,cikgu itu hanya cakap-cakap di depan kelas tanpa henti sehingga bunyi meloceng,mukanya juga sangat garang,tidak ramah langsung hingga saya tidak berani mengemukakan soalan saya kerana saya ni penakut lah,haha.. Very Happy Tambahan pula,jika kita tidak dapat A,,kita akan dihukum olehnya dan saya selalu kena hukumannya.. Tetapi,bila saya masuk darjah lima,guru subjek juga turut tukar,masa itulah markah saya bagi kedua-dua sunjek ini semakin baik hingga saya sendiri pun tidak percaya saya mampu mencapai markah tersebut,ini merupakan jasa guru saya..
Oleh itu,saya rasa jika cara pendekatan terhadap pelajar yang digunakan oleh guru itu tidak sesuai,tidak kira betapa banyak usaha yang dicurahkan,pelajarnya tetap tidak mendapat manfaat daripada pelajarannya.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  vinclam1314 Wed Jun 04, 2008 11:00 pm

sedangkan kakak berkongsikan pengalaman mereka, biarkan saya berkongsi pengalaman hitam saya...
Semasa saya masih berada dalam sekolah rendah, saya diajar oleh seorang guru yang mesra kepada orang lain tetapi tidak mesra kepada saya ( guru BM ) saya masih ingat satu perkataan yang asyik dia cakap kepada saya.. "kamu ni bodoh, then buat la banyak sikit".. saya tidak bagus dalam bahasa melayu dan asyik dipanggil oleh dia untuk memarah saya.. dia memaksa saya buat kerja yang lebih banyak berbanding dengan orang lain.. sebagai contohnya, dia mahu saya mentafsirkan 40 perkataan baru tetapi orang lain hanya 20 perkataan.. akan tetapi, saya berasa.. saya mungkin telah berfaedah daripada kerja-kerja yang berlebihan ini.. saya mungkin belajar banyak perkataan yang baru.. ( tetapi sudah lama orang lain belajar-->> mereka sudah tahu sebelum ini,hanya saya tidak tahu.. ) Very Happy
Cerita kedua.. pernahkah anda dimarah oleh guru "STUPID!" ? dan memukul kepala anda? saya pernah.. saya juga asyik dimarah oleh guru Inggeris saya.. dia suka memukul kepala / tangan / badan murid semasa dia memarah.. tetapi, jika dia marah semua pelajar dalam kelas.. dia tidak akan memukul.. hanya panggil semua berdiri selama sejam / lebih ( mungkin dia takut tangan sakit ) .. selain itu, dia juga sangat suka orang lain panggil dia Sir.. seperti good morning xx Sir.. sampai sekarang saya masih ingat surname dia..
Bagi bahasa Cina pula, saya juga pernah dipukul oleh guru.. tetapi.. semua murid pun sama la.. tidak dapat markah yang sepatutnya dapat, murid itu akan didenda..tetapi ini adalah cerita bagi darjah dua.. yang atas punya ialah darjah 5 dan 6 ..
Oleh itu, sampai sekarang.. saya masih tidak suka bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.. tetapi sekarang Bahasa Inggeris ada lebih bagus punya imej kepada saya la..sebab ini lah semua bahasa saya tidak bagus.. -->> kerana terdapat pengalaman hitam ini!.. haha.. Laughing

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Peranan Guru dan Murid Empty Re: Peranan Guru dan Murid

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum