Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter
3 posters
Page 1 of 1
Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter
Seorang wanita berdoa sejurus gegaran kuat melanda Darussalam, Aceh Besar semalam.
JAKARTA - Satu kejadian gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah utara Sumatera, Indonesia semalam, kata beberapa pegawai.
Gempa bumi itu menyebabkan satu amaran tsunami dikeluarkan, bekalan elektrik terputus dan beberapa buah rumah rosak.
Agensi Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi yang berlaku pada waktu petang itu berlaku dalam lingkungan 220 kilometer ke tenggara Banda Aceh pada kedalaman 61 kilometer.
Bagaimanapun, amaran tsunami yang dikeluarkan Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Honolulu itu ditarik balik selepas dikeluarkan hampir 90 minit.
Ketua Agensi Meteorologi Indonesia, Fauzi berkata, tsunami kecil dikesan di perairan Meulaboh yang berukuran 20 sentimeter.
Media tempatan melaporkan bahawa gempa bumi itu mencetuskan panik di kebanyakan tempat di Aceh.
Menurut Ketua Polis Aceh Barat di Meulaboh, Leftenan Kolonel Widodo, ramai penduduk menunggu di luar rumah kerana takut gempa bumi susulan berlaku. - AP
lee kah yent(L6A)- Posts : 31
Join date : 2009-05-17
Pelajar Malaysia di Aceh selamat
JAKARTA: Gegaran bumi yang berlaku akibat gempa berkekuatan 7.2 pada skala Richter di Meulaboh, Aceh menyebabkan sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi sedang mengadakan aktiviti di Pantai Ujong Batee, Banda Acheh turut menjadi cemas.
Mereka termasuk empat pelajar Malaysia yang menyertai 160 pelajar Indonesia dari Institut Agama Islam Negeri, Ar Raniri, sedang menjalani program Rehlah (Hari Keluarga) Fakulti Usuluddin institut itu di pantai itu.
“Ketika itu saya baru selesai makan tengah hari bersama beberapa rakan lain dan nak ke masjid untuk solat, tiba-tiba saja kepala saya rasa pening. Tak lama kemudian, bumi bergegar lebih kuat untuk kali keduanya dan pada masa itu bukan saja rasa pening malah seperti nak termuntah pula, " kata Abdullah Hakimi Zainal Abidin.
Abdullah Hakimi, 21, yang pertama kali mengalami kejadian gempa berkata gegaran kedua itu menyebabkan rakan mereka yang lain turut cemas.
“Mereka yang sedang mandi manda di laut, terus berlari naik ke daratan dan tak berapa lama selepas itu, siren amaran tsunami turut dibunyikan di pantai itu,” katanya ketika di hubungi dari sini, semalam

HsianMin (U6B/2010)- Posts : 84
Join date : 2009-05-12
Penduduk Aceh panik gempa cetus amaran tsunami
JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 pada skala Richter, melanda wilayah Sumatera Utara, mencetuskan amaran tsunami, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan merosakkan sejumlah rumah, kata pegawai.
Jabatan Pemantauan Geologi Amerika berkata, gempa bumi berpusat di kawasan kira-kira 220 kilometer ke tenggara Banda Aceh pada kedalaman 61 kilometer.
Indonesia dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran berjaga-jaga di kawasan itu tetapi ia ditarik balik 90 minit kemudian. Ketua Jabatan Meteorologi Indonesia, Fauzi, berkata bandar paling hampir dengan pusat gempa ialah Meulabuh dengan ‘gelombang tsunami’ setinggi 20 sentimeter dikesan pelampung khas berhampiran pantai.
Beliau berkata amaran rasmi tsunami sudah dibatalkan.
Laporan media tempatan menyatakan, gempa bumi yang berlaku menyebabkan keadaan panik di kebanyakan tempat di Aceh yang terjejas teruk ketika tragedi tsunami 2004 yang mengorbankan 230,000 orang.
Ketua Polis Aceh Barat, Leftenen Kolonel Widodo berkata, ramai penduduk meninggalkan rumah masing-masing dan keluar ke jalan raya berikutan bimbang gempa bumi lain mungkin menyusul.
“Bagaimanapun hingga sekarang tiada tanda kemalangan jiwa atau kemusnahan besar berlaku,” katanya.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Bambang Ervan berkata, kerosakan kecil di menara kawalan lapangan terbang Cut Nyak Dhien termasuk tingkap pecah dan keretakan dinding, tidak menjejaskan operasi penerbangan di situ.
Kegiatan di pelabuhan Meulaboh turut terjejas apabila pekerja melarikan diri ke kawasan lebih tinggi selepas mendengar amaran tsunami.
“Bagaimanapun keadaan sudah pulih seperti sedia kala,” kata Ervan. – AP

Re: Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter
Bumi kita telah "mungkar"...
Bumi telah mula memberikan amaran kepada kita supaya tidak lagi merosakkannya.
Bumi membekalkan kami sumber yang kita memerlukan. Namun, kita sebagai manusia telah merosakkan persekitaran untuk kepentingan sendiri.
Manusia silalah sedar, mereka bukannya dapat memiliki segala-segalanya. Bumi tanpa manusia tidak apa. Tetapi manusia tanpa bumi pula tidak dapat hidup lagi.
Sila bertindak sekarang, berhenti apa yang sedang kamu buat untuk merosakkan alam sekitar. Bumi kita telah berada dalam keadaan yang tenat.
(Out of topic )

Khang Wei (U6B/2010)- Posts : 82
Join date : 2009-05-12
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum