Paras ringgit gambaran penambahbaikan ekonomi- Zeti
4 posters
Page 1 of 1
Paras ringgit gambaran penambahbaikan ekonomi- Zeti
KUALA LUMPUR 27 April — Ringgit yang lebih kukuh mencerminkan penambahbaikan keadaan ekonomi negara dan tidak sepatutnya menjadi punca kebimbangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, hari ini.
Beliau berkata, ringgit menyusut dengan ketara pada 2009 tetapi mula mengukuh pada suku keempat tahun lepas dan pada suku pertama 2010.
"Kita melihat paras yang pernah dilihat sebelum ini. Ia sebelum ini mengukuh ke paras yang lebih kukuh berbanding apa yang kita lihat hari ini.
"Justeru itu, kami tidak bimbang. Bagaimanapun, kami akan bimbang, jika terdapat pergerakan berlebihan dalam tempoh yang singkat dengan keadaan pasaran yang tidak teratur atau sekiranya terdapat ketidakselarian dalam keadaan ekonomi,” kata Zeti.
Jelas beliu, pasaran kini masih teratur dan mata wang mencerminkan keadaannya dan asas pendasar ekonomi.
"Sudah semestinya ini penting berkaitan dengan perniagaan dalam dan juga luar pesisir,” katanya.
Ringgit kini berada di paras 3.18 berbanding dolar AS, meningkat sebanyak kira-kira 16.2 peratus sejak penghapusan tambatan pada paras 3.80 berbanding dolar AS pada Julai 2005 dan digantikan dengan sistem apungan diurus. - Bernama

Re: Paras ringgit gambaran penambahbaikan ekonomi- Zeti
Pengukuhan paras ringgit merupakan keadaan yang menggalakkan sedangkan ini menunjuk bahawa negara kita mempunyai pertumbuhan ekonomi negara yang tinggi.
Selain itu, keadaan ini juga bermaksud bahawa negara kita telah berjaya mengharungi kegawatan ekonomi dunia dan nilai ringgit telah balik ke paras sebelum ini.
Pada pendapat saya, keadaan ekonomi malaysia tidak perlu dibimbangkan. Apa yang kita haruslah bimbang sekarang ialah sikap-sikap generasi baru yang semakin melewa-lewa dan tidak bersungguh-sungguh ini (termasuk saya). Hal yang demikian akan membawa banyak implikasi yang teruk kepada Malaysia pada masa depan kerana negara kita memerlukan orang yang berbakat untuk menjadi pemimpin kita.
Para saudara-saudari, adakah anda bersetuju dengan pendapat saya?

Khang Wei (U6B/2010)- Posts : 82
Join date : 2009-05-12
Re: Paras ringgit gambaran penambahbaikan ekonomi- Zeti
Ya. Saya setuju dengan pendapat khang wei. Negara kita memang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik. Sekiranya pemuda-pemudi sekarang masih tidak mengubahkan sikap sambil lewa, maka wawasan 2020 akan susah dicapai. Oleh itu, generasi pada hari ini harus menunjukkan silkap yang betul dan serius kerana pemuda-pemudi merupakan tunggak negara kita pada masa depan.
Ong SQ (U6B/2010)- Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 33
Re: Paras ringgit gambaran penambahbaikan ekonomi- Zeti
Berita ini memang telah menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia semakin bertukar baik.. Dengan ini, negara kita barulah dapat bertanding dengan negara lain di peringkat antarabangsa. Wawasan 2020 barulah dapat direalisasikan. Negara yang maju mengikut acuan sendiri barulah dapat dibina.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru telah memainkan peranan penting sekiranya visi ini ingin dicapi. Oleh itu, kita haruslah sentiasa beusaha dan menunjukkan silkap pembelajaran yang betul.

leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» Pengukuhan ringgit baik untuk ekonomi: PM
» Inisiatif ekonomi kerajaan lonjakkan ekonomi negara: Muhyidd
» Pelan penambahbaikan kerjaya untuk pegawai perubatan, pergig
» Air hampiri paras kritikal
» Barangan sukan tiruan berjenama hampir setengah juta ringgit

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum