Barangan sukan tiruan berjenama hampir setengah juta ringgit
Page 1 of 1

KUALA LUMPUR 21 April - Pelbagai barangan sukan tiruan berjenama terkenal dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas dari stor simpanan di sebuah plaza barangan borong di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini hari ini.
Rampasan yang dipercayai terbesar tahun ini adalah hasil serbuan 27 pegawai dan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya di 13 unit stor yang terletak di tingkat 5 plaza itu.
Bercakap kepada pemberita selepas menyertai operasi itu, Ketua Pasukan Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya Fahmi Kasim berkata lapan daripada 13 stor yang diserbu tersimpan pelbagai jenis barangan tiruan berjenama seperti Adidas, Nike dan Reebok.
Barangan seperti jersi, kasut dan cenderamata bola sepak itu dipercayai akan dipasarkan kepada peniaga di Lembah Klang, katanya.
Fahmi berkata pihaknya juga percaya stor-stor berkenaan yang dipercayai beroperasi sejak sebulan lepas adalah tempat simpanan barangan tiruan untuk dijual sempena Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung pada Jun ini.
Pihaknya kini memburu pemilik premis tersebut yang dipercayai menjadi dalang kegiatan haram itu, sementara tiga wanita berusia lingkungan 30an yang berada di premis terbabit ketika serbuan tidak ditahan, katanya. - Bernama

Similar topics
» Barangan tiruan Piala Dunia dirampas
» Istana Khir Toyo 24 juta ringgit?
» Kastam Kedah rampas rokok bernilai hampir RM4 juta
» Paras ringgit gambaran penambahbaikan ekonomi- Zeti
» Ringgit kukuh untungkan rakyat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum