PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mangsa gempa China kini 1,706 orang

Go down

Mangsa gempa China kini 1,706 orang Empty Mangsa gempa China kini 1,706 orang

Post  keat sin (U6A) Mon Apr 19, 2010 12:14 pm

JIEGU, China 18 April - Rakan sebiliknya mengejeknya sebagai 'babi malas' kerana sentiasa terlajak tidur semasa hendak ke kelas, namun sikap lembap Song Yuhuan untuk turun dari katil menyelamatkan nyawanya sedangkan temannya yang lain terbunuh akibat dihempap dinding runtuh semasa gempa bumi melanda.

Media negara dalam laporan terbarunya menyatakan, jumlah korban bencana alam ini meningkat kepada 1,706 orang dengan 256 lagi masih hilang dengan mangsa cedera bertambah kepada 12,128 termasuk 1,424 dalam keadaan serius.

Song hanya terperangkap seketika dalam gempa Rabu lalu, apabila kaki dan tangannya ditimpa dinding bilik asrama di tingkat tiga sekolahnya. Namun dia tidak panik, sebaliknya berasa tenang ketika rakannya yang lain menjerit meminta tolong.

"Berhenti menjerit. Saya keluar dulu dan kemudian saya akan tolong kamu," katanya sebelum gegaran susulan beberapa minit kemudian membolehkannya membebaskan diri.

Bagaimanapun, tiga daripada tujuh rakan sebiliknya terkorban sementara seorang lagi masih hilang. Pegawai berkata, lebih 40 rakan sekelasnya di Sekolah Vokasional Minoriti maut daripada sekurang-kurangnya 103 pelajar yang terbunuh di kawasan pedalaman Tibet di barat China ini.

Presiden Hu Jintao terbang ke zon gempa hari ini untuk melawat mangsa selepas menyingkatkan lawatan ke Amerika Selatan untuk menguruskan bencana alam yang berlaku.

Beliau berbual dengan kakitangan perubatan dan pasukan penyelamat selama 15 minit sambil disaksikan sekumpulan mangsa gempa yang menjalani rawatan.

Ketua bantuan bencana di Kementerian Hal Ehwal Awam, Zou Ming berkata, kebanyakan mereka yang terselamat kini tinggal di dalam khemah dengan bekalan asas makanan dan air bersih yang cukup.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum