PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perlis Boleh Jadi Negeri Pelancongan

Go down

Perlis Boleh Jadi Negeri Pelancongan Empty Perlis Boleh Jadi Negeri Pelancongan

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed Mar 17, 2010 12:48 pm

Perlis Boleh Jadi Negeri Pelancongan Jika Dipromosikan Secara Kreatif

KANGAR, 17 Mac (Bernama) -- Perlis yang kaya dengan keindahan landskap alam dan sumber pertanian perlu dipromosikan secara kreatif bagi memikat pelancong, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen Rabu.

Beliau berkata pencapaian sektor pelancongan lebih bersandarkan kepada kehadiran pelancong ke arah menjadi penyumbang kepada ekonomi negara dan negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Muzium Kota Kayang dekat sini hari ini, beliau berkata, promosi tarikan pelancong ke Perlis perlu dilakukan secara agresif sama ada melalui kegiatan muzikal, festival dan pameran.

Katanya, Perlis tidak seharusnya hanya menjadi negeri laluan pelancong sama ada untuk ke Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Perak.

Sepanjang 2009, jumlah pelancong masuk melalui Padang Besar melebihi 383,000 orang berbanding 365,000 pada tahun 2008.

Ng berkata Muzium Kota Kayang yang terletak di lokasi bersejarah iaitu tapak istana Kota Kayang yang menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan zaman silam boleh memikat pelancong.



-- BERNAMA

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum