PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Timur: 164 OKU sertai sukan Olimpik Khas JKM

Go down

Timur: 164 OKU sertai sukan Olimpik Khas JKM Empty Timur: 164 OKU sertai sukan Olimpik Khas JKM

Post  yeeleng(L6A) Wed Mar 03, 2010 1:51 pm

KUANTAN: Seramai 164 orang kurang upaya (OKU) menyertai Kejohanan Olimpik Khas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) peringkat negeri yang diadakan selama empat hari bermula kelmarin.

Kejohanan anjuran JKM negeri dengan kerjasama Special Olympics Malaysia (SOM) itu membabitkan enam acara sukan berlangsung di Stadium Darulmakmur, di sini.

Perasmian disempurnakan Pengarah JKM negeri, Datuk Shamsiah Hussin. Hadir sama, Presiden SOM, Joseph Lau Tee Sun dan Timbalan pengarah (Operasi) JKM negeri, Wan Zarina Wan Salleh.




Shamsiah berkata, Olimpik Khas adalah sukan khusus untuk golongan OKU yang menghadapi masalah pembelajaran berbanding golongan OKU yang cacat fizikal.

Katanya, kejohanan itu diharap memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kebolehan dan bakat golongan OKU dalam bidang sukan.

"Penyertaan mereka dalam kejohanan ini membuktikan keupayaan, keberanian dan semangat tinggi mereka untuk mencapai kejayaan tanpa batas dan sempadan.

"Kejohanan ini memberi peluang kepada pelatih Pusat Didikan Komuniti (PDK) membabitkan diri dalam sukan peringkat pertandingan, bukan sekadar acara sukaneka semata-mata," katanya.

Beliau berkata, objektif utama kejohanan itu bagi menggalakkan program sukan sebagai pemangkin kepada integrasi, pemulihan dan pemangkin keyakinan diri golongan OKU.

Kita percaya kejohanan ini dapat memberi peluang kepada OKU di PDK membabitkan diri dalam bidang sukan memandangkan sukan paralimpik adalah lebih kompetitif dan berprestasi tinggi," katanya.

Shamsiah berkata, atlit yang mempamerkan prestasi terbaik akan mewakili Pahang pada Kejohanan SOM peringkat kebangsaan di Stadium Perak, Jun depan.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum