Wanita perlu sertai aktiviti kebajikan
Page 1 of 1
Wanita perlu sertai aktiviti kebajikan
KUALA LUMPUR 7 Julai - Golongan wanita tanpa mengira kaum dan latar belakang diseru tampil menyertai pelbagai aktiviti kebajikan dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia.
Isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abd. Rahman berkata, peranan wanita amat besar dan penting memandangkan kaum hawa mewakili lebih separuh daripada penduduk di negara ini.
Menurut beliau, dalam usaha memajukan negara, perkara yang perlu diambil perhatian adalah sikap prihatin wanita terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
''Kita perlu membentuk rakyat Malaysia menjadi masyarakat penyayang agar sosioekonomi negara seimbang. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak badan kebajikan tetapi usaha mereka juga memerlukan sokongan kita semua (wanita)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Dana Memperkasa Wanita 1Malaysia di sini malam ini. Turut hadir Presiden Yayasan Suara Wanita (Yasnita), Tan Sri Zaleha Ismail.
Dana yang diusahakan oleh Yasnita itu bertujuan meningkatkan kesejahteraan wanita dengan menumpukan kepada aspek pendidikan dan kemahiran termasuk komunikasi, teknologi maklumat, meningkatkan motivasi, memperkasa jati diri dan memperbaiki kualiti hidup.
Mengulas lanjut, Norainee yang juga Penaung Yasnita berkata, dalam membantu golongan yang memerlukan, wanita tidak boleh mengharapkan kerajaan sahaja yang menghulurkan bantuan.
''Justeru, wanita perlu tampil dalam menyertai aktiviti-aktiviti kebajikan. Wanita melalui penglibatan dalam kegiatan kebajikan turut menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat," jelasnya.
Mengenai Dana Memperkasa Wanita 1Malaysia, jelasnya, ia diwujudkan dengan tujuan memberi bantuan dan sokongan kepada kaum wanita yang memerlukan bantuan kewangan kerana desakan hidup seperti kemiskinan, perceraian, sakit yang berpanjangan dan warga emas yang daif.
''Kesejahteraan wanita dan keluarga adalah tulang belakang dan tonggak kesejahteraan serta kemajuan masa depan negara," tambahnya

ong poh lee U6B- Posts : 79
Join date : 2009-09-10
Similar topics
» Pelaburan ke atas wanita adalah langkah bijak
» Pengurangan kos tidak jejas aktiviti ko-kurikulum - Muhyiddi
» MEB jaga kebajikan rakyat, kukuh jaringan sosial
» Kerajaan Persekutuan prihatin kebajikan rakyat Sarawak, Saba
» Dasar-dasar Dalam Negara

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum