Perkasa BI Tahun Satu
2 posters
Page 1 of 1
Perkasa BI Tahun Satu
Kurikulum 'fun learning' diperkenal 2011 mantap penguasaan murid
JERTIH: Kerajaan akan memperkenalkan kurikulum baru bahasa Inggeris kepada murid Tahun Satu mulai tahun depan dalam usaha memperkasakan penguasaan bahasa itu di kalangan murid di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui kurikulum baru itu, murid sekolah akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih menarik dengan pendekatan sesuai yang memberi penekanan terhadap aspek penguasaan bertutur dan menulis dalam bahasa itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum baru itu sudah siap diteliti dan satu projek perintis yang dijalankan menggunakan pendekatannya menunjukkan hasil yang sangat baik.
"Kita mahu melihat anak-anak kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi melalui pendekatan yang lebih sesuai ini.
"Perubahan pada bentuk atau formula yang ringkas seperti 'language art' atau komponen tatabahasa, tetapi dibuat secara 'fun learning' dan bertutur menggunakan nahu betul supaya kita kuasai bahasa Inggeris British yang standard," katanya.
Untuk itu, katanya, kerajaan akan mengambil 365 tenaga pengajar pakar bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk United Kingdom dan Australia secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut zon untuk membimbing guru bahasa Inggeris tempatan teknik pengajaran yang dapat membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih baik.
"Kita percaya dengan cara ini, walaupun kita tidak meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pembelajaran bahasa Inggeris akan lebih baik lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Juara Rakyat dan majlis anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) daerah Besut di sini, semalam.
Seramai 122 pelajar, guru, guru besar dan pengetua daripada 75 sekolah rendah dan menengah di daerah ini menerima sijil anugerah cemerlang yang disampaikan Muhyiddin.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.
Muhyiddin juga mengumumkan pemberian peruntukan khas masing-masing berjumlah RM200,000 kepada Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmud sebagai penghargaan muncul sekolah terbaik seluruh negara bagi PMR dan UPSR tahun lalu.
Beliau juga berkata, kerajaan merancang memanggil guru bersara yang mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam bahasa Inggeris untuk membantu mengajar subjek berkenaan.
Mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang disalah anggap sesetengah pihak mendapat layanan istimewa dan dijadikan sekolah elit, Muhyiddin berkata, kementerian tidak pernah memberi layanan berbeza atau membezakan sekolah yang ada di negara ini.
"SBT bukan diwujudkan untuk kita menjadikan sekolah itu elitis kerana sekolah ini kalau kita tidak jadikan SBT pun sudah cemerlang. Ia adalah pengiktirafan di atas kejayaan sekolah itu dan ia boleh menjadi penanda aras kepada sekolah lain untuk maju. Kita juga mahu melihat sekolah yang tidak capai tahap cemerlang boleh berjaya lagi.
"Kita wujudkan SBT untuk menggalakkan lebih banyak sekolah mencapai tahap yang lebih baik. Dengan memberi pengiktirafan SBT, pelajar tidak lagi perlu berebut untuk masuk sekolah berasrama penuh kerana sekolah yang diberikan pengiktirafan itu adalah sekolah terbaik dan cemerlang," katanya.
Beliau juga berkata, kementerian akan mengenal pasti murid yang masih lemah dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk diberikan latihan khas bagi membolehkan mereka menguasai sepenuhnya 3M dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang.

yeow_U6A/2010- Posts : 87
Join date : 2009-06-27
Re: Perkasa BI Tahun Satu
wa...kalau rancangan ini memang dilancarkan, maka pertuturan dalam bahasa Inggeris generasi yang baru yang akan datang ini akan melebihi generasi kita.
Tetapi, pada pandangan kalian, adakah projek baru ini akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya?
Tetapi, pada pandangan kalian, adakah projek baru ini akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya?
yeow_U6A/2010- Posts : 87
Join date : 2009-06-27
Re: Perkasa BI Tahun Satu
Pada pendapat saya, projek ini akan berfaedah kepada generasi baru. Memang tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris telah memainkan peranan yang agak penting di seluruh dunia. Ia merupakan bahasa komunikasi umum di negara lain. Dengan perlaksanaan projek ini, generasi baru boleh memperlajari bahasa ini sejak kecil lagi. Ini merupakan asas yang penting bagi mereka. Seperti orang tua kata, Kanak kanak merupakan satu kain yang putih, warna yang akan cat pada kain itu pula bergantung kepada persekitaran. Sekiranya, mereka dididik dengan teratur sejak kecil, mereka pasti dapat menguasai bahasa ini. 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira amat mustahak dalam proses pembelajaran Bahasa Inggeris. ;-) Sekiranya kita menguasai bahasa ini, kita bukan sahaja boleh berinteraksi dengan warga asing dengan mudah sekali, bahkan juga amat membantu dalam pelajaran kita.
leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» H1N1: Satu lagi kematian melibatkan lelaki 63 tahun
» RMKe-10: Swasta digesa perkasa wanita
» Hasil program perintis Perkasa Remaja Negara menggalakkan
» Adakah air merupakan punca kenaikan suhu di bumi?
» 137 pelajar keracunan makanan

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum