PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wanita hidap barah payudara lebih rela mati

3 posters

Go down

Wanita hidap barah payudara lebih rela mati Empty Wanita hidap barah payudara lebih rela mati

Post  xiaowen_U6B Fri Feb 12, 2010 5:09 pm

KOTA BHARU: Kajian mendapati ada wanita penghidap kanser payudara di negara ini sanggup menghadapi risiko berdepan kematian daripada mendapatkan rawatan terutama menjalani pembedahan membuang payudara kerana bimbang suami mencari wanita lain.

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, berkata mereka terbabit beranggapan pembuangan organ itu akan lebih memberi kesan psikologi dan tekanan kepada kehidupan mereka.

"Memang wanita mementingkan aset berkenaan tetapi menerusi pemeriksaan dan rawatan awal, ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa dan mengelakkan payudara dibuang.

"Jika lewat, memang tidak boleh buat apa-apa. Jika dikesan awal, rawatan untuk membuang kanser boleh dilakukan.

"Kita juga faham penghidap kanser mengalami kesan psikologi yang berpanjangan. Malah, kajian mendapati ada kalangan penghidap kanser takut laki (suami) kahwin lain jika payudara dibuang," katanya.

Dr Mafauzy juga berkata, salah mendapat maklumat daripada pihak tidak bertauliah atau tiada kelayakan bercakap mengenainya juga antara punca ramai pesakit kanser yang bersikap demikian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Sumber Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini semalam. Hadir sama, Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah; Pengarah HUSM, Dr Zaidun Kamari dan Ketua Jabatan Radiologi HUSM, Dr Mohd Shafie Abdullah.

Pusat Sumber HUSM-Avon itu adalah yang pertama di pantai timur serta kedua di negara ini selepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ia hasil sumbangan RM340,000 Yayasan Avon yang berpusat di New York, Amerika Syarikat, bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan ujian saringan mamogram.

Pada majlis itu, Mansoor menyerahkan cek RM10,000 kepada HUSM bagi membiayai kos pembelian bahan bacaan dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya kanser.

Dr Zaidun berkata, sumbangan Yayasan Avon akan digunakan untuk membeli peralatan seperti Kodak Carestream Picture Archiving and Communication System (PACS) Workstation dan Vacora Breast Biopsy System serta empat komputer untuk kegunaan pusat itu.

-Berita Harian Online

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Wanita hidap barah payudara lebih rela mati Empty Wanita hidap barah payudara lebih rela mati

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Mon Feb 15, 2010 10:39 am

pada pendapat saya,seseorang yang hidap barah payudara tidak patut berfikiran negatif.ini adalah sebab,nyawa sendiri lebih penting dari apa-apa pun.Jika suami kahwin dengan lain,penghidap barah payudara juga boleh menyara diri dengan keupayaan sendiri.
selain itu,rakan-rakan yang di sekeliling juga perlu memberi galakan kepada penghidap barah payudara supaya penghidap tersebut tidak akan mengalami kesan psikologi yang berpanjangan.
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Wanita hidap barah payudara lebih rela mati Empty Re: Wanita hidap barah payudara lebih rela mati

Post  You Lee Shuen Wed Feb 17, 2010 8:06 am

Untuk pengetahuan semua, ibu saya merupakan seorang penghidap kanser payu dara. Tetapi itu merupakan perkara yang merupakan 8 tahun yang lalu. YA! saya bersetuju dengan yee yean bahawa nyawa lebih penting daripada apa-apapun.Menjudikan nyawa sendiri untuk seseorang yang tidak lagi mencintai dan menyayangi diri adalah tindakan yang amat bodoh sekali.Pada 8 tahun yang lalu, keluarga saya juga menghadapi masalah untuk membuat pemilihan: payu dara atau nyawa.Pada akhirnya, kami berpendapat bahawa nyawa adalh penting daripada segala-galanya. Oleh itu, pembedahan dijalankan

Pada era ini, wanita hari ini tidak lagi amat bergantung kepada suaminya. Walaupun tiada suami, wanita pada era ini dapat hidup dengan amat bagus sekali. Sekarang juga mempunyai banyak agensi kebajikan yang sedia bantu ibu-ibu tunggal dan penghidap payu dara.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Wanita hidap barah payudara lebih rela mati Empty Re: Wanita hidap barah payudara lebih rela mati

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum