PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian

2 posters

Go down

Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian Empty Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian

Post  Tan Ke Rou U6B Sun Oct 23, 2011 6:37 pm

LONDON: Telefon bimbit tidak meningkatkan risiko barah, lapor penyelidikan yang membabitkan lebih 350,000 responden oleh penyelidik Denmark yang disiarkan semalam.

Kajian yang didedahkan dalam laman web Jurnal Perubatan British, mencelah siri kajian lain yang memperoleh kesimpulan serupa.
Saintis Institut Kajian Epidemologi Kanser di Copenhagen melihat mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun yang melanggan talian telefon bimbit dan membandingkan kadar ketumbuhan dalam otak dengan mereka tidak melanggan antara 1990 hingga 2007.
“Kajian ini menyokong penyelidikan yang gagal mencari kesan memudaratkan penggunaan telefon di bawah pendedahan normal,” kata Pengarah Perubatan Fizik Hospital Britain Royal Berkshire dan Felo Institut Fizik dan Kejuruteraan Perubatan, Malcolm Sperrin.

Pada Mei, Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia memutuskan telefon bimbit dikategori sebagai kemungkinan mendedahkan barah, meletakkannya sama kategori dengan plumbum dan kloroform. – Agensi


Dulu terdapat kajian menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit dengan kerap boleh menyebabkan kanser tetapi sekarang kajian ini menyatakan keputusan yang sebaliknya. Justeru, saya rasa keliru sama ada percaya atau tidak dengan hasil penyelidikan ini.
Apakah pendapat anda tentang kajian ini? Percaya atau tidak?

Tan Ke Rou U6B

Posts : 6
Join date : 2011-05-21

Back to top Go down

Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian Empty Re: Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian

Post  ChenLinU6B Tue Feb 14, 2012 5:05 pm

Saya berasa penggunaan telefon bimbit bagi jangka masa yang panjang akan menyebabkan barah Hal ini demikian kerana berdasarkan kajian yang dibuat di london,penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak .Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh merangsang sel otak. Sesetengah pakar perubatan mengatakan anda tidak sepatutnya meletakkan telefon bimbit berdekatan dengan kepala ketika tidur dan syarikat telefon bimbit juga mencadangkan supaya pengguna memakai fon kepala ketika menggunakan telefon bimbit. Penyelidikan terbaru yang dilakukan saintis ternama Amerika Syarikat, Nora Volkow itu mungkin mendorong beribu-ribu pengguna kini lebih berhati-hati ketika menggunakan alat berteknologi tinggi itu. albino

ChenLinU6B

Posts : 15
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum