Akta Petroleum 1974
Page 1 of 1
Akta Petroleum 1974
Akta Petroleum 1974 menunjukkan Kelantan tak berhak dapat royalti minyak
KUALA LUMPUR: Saranan Tengku Razaleigh Hamzah supaya isu royalti petroleum Kelantan dirujuk ke mahkamah hanya membuang masa kerana Akta Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani Petronas bersama kerajaan negeri jelas menunjukkan Kelantan tidak berhak menuntut dan mendapat royalti minyak.
Menurut sumber perundangan, peruntukan dalam akta itu menetapkan minyak di luar tiga batu nautika dari perairan bukan hak kerajaan negeri dan tidak perlu dipertikaikan
Sehubungan itu, katanya, dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang itu kononnya Kelantan berhak mendapat royalti dan kes perlu diselesaikan di mahkamah dan tidak mahu merujuk kepada akta itu sebagai tidak berasas.
"(Sebaliknya) Mahkamah akan merujuk kepada akta dan perjanjian ketika membuat keputusan. Berdasarkan peruntukan dan perjanjian itu, kita tak nampak dia (Tengku Razaleigh) boleh menang, sebab perjanjian sudah jelas termaktub.
"Dia kena baca dan fahami undang-undang dengan betul. Siapa pun boleh cakap sekejap boleh, sekejap tak boleh (bagi royalti)... berdolak dalik sebab kepentingan tertentu, tetapi kita pelu rujuk undang-undang.
"Jika dia atau sesiapa saja nak bawa kes ini ke mahkamah, tidak ada masalah kerana sesiapa saja berhak berbuat demikian dan terpulang kepada mahkamah tentukan mengikut undang-undang," katanya semalam.
Beliau diminta mengulas saranan Tengku Razaleigh untuk membawa kes tuntutan royalti minyak yang dikemukakan kerajaan Kelantan ke mahkamah jika berasakan akta itu tidak dihormati.
Tengku Razaleigh juga mendakwa jika kes mahu diselesaikan di mahkamah, ia tidak perlu merujuk kepada akta.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sikap berdolak dalih Tengku Razaleigh adalah cubaan untuk mencuri perhatian dalam senario politik terkini, walaupun terpaksa menggunakan pentas pembangkang.
Katanya, pendirian Tengku Razaleigh yang tidak konsisten dan bercanggah dengan pendiriannya pada tahun 2000 bahawa semua negeri di Semenanjung tidak mempunyai hak ke atas minyak yang dijumpai di luar kawasan kekuasaan negeri amat mengecewakan dan mencacatkan kredibilitinya sebagai ahli politik berpengalaman.
"Saya membaca satu temu ramah... beliau mahu membela rakyat Kelantan yang sudah lama dizalimi dan tidak diberi hak. Persoalannya, adakah ketika beliau membantu Barisan Nasional (BN) menawan Kelantan pada 1978, beliau mengaku menzalimi Kelantan," katanya.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo pula menggesa Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berbincang isu yang sudah berlarutan sekian lama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pemimpin negeri kena jumpa pemimpin besar untuk bincangkan isu ini, jangan nak menyombong. Lagi pun tuntutan royalti lima peratus itu pun bukan besar, tidak mampu untuk membangunkan kerajaan negeri.
"Kerajaan Pusat juga patut bagi penjelasan kepada rakyat, berapa banyak peruntukan yang dikeluarkan kepada Kelantan termasuk peruntukan pembangunan dan pembayaran gaji kakitangan supaya rakyat faham," katanya.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang meminta Tengku Razaleigh bersikap rasional dan konsisten dalam pendiriannya terutama isu yang membabitkan undang-undang.
"Kita harus bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara serta jangan buat sesuatu yang menimbulkan kegelisahan rakyat yang ada antaranya kurang faham mengenai isu ini," katanya.
Bekas menteri, Tan Sri Annuar Musa, pula berkata sebagai Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh harus memberi penjelasan mengenai percanggahan pendiriannya kepada kepada Kerajaan Persekutuan.
"Saya berharap beliau diberi peluang menjelaskannya. Mungkin ada asas untuk berkata demikian dan kita tidak mahu pendirian yang dibuat berdasarkan pandangan politik semata-mata," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan negeri segera membawa perkara itu ke mahkamah kerana tidak ada gunanya semua pihak cuba menterjemah undang-undang yang menyebabkan perkara itu terus dipolitikkan.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Similar topics
» Pindaan Akta Perihal Dagangan dibentang bulan depan
» Patutkah ISA dimansuhkan?
» Empat akta kawal maklumat laman web
» Akta Pengajian Tinggi Negara sedang digubal
» Akta Akuan Bersumpah 1960 akan dipinda

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum