PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

+5
pohblg
PnLeela
vinclam1314
Jennifer Ong
siewMei
9 posters

Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  siewMei Tue Mar 18, 2008 4:13 pm

MBM pertahankan DEB dan mahu dikekalkan
KUALA LUMPUR 17 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili 40 pertubuhan belia mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mahu polisi itu dikekalkan kerana ia memberi kebaikan kepada semua kaum di negara ini.

Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan segelintir pihak yang mahu menafikan kebaikan DEB untuk tujuan kepentingan politik dan mempunyai perancangan untuk menghapuskan dasar tersebut.

Menurutnya, semua pihak perlu menghormati dasar dan perjanjian yang telah terbukti baik diamalkan dalam negara ini sejak sekian lama.

‘‘DEB perlu dipertahankan kerana telah terbukti berkesan membangunkan rakyat dan negara ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MBM di sini hari ini.

Isu DEB mendapat perhatian umum apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu membebaskan pentadbiran kerajaan negeri itu daripada pelaksanaan amalan dasar tersebut yang didakwanya menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk memperbaiki segala kelemahan yang telah dikenal pasti.

Menurut beliau, MBM yakin Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berjaya dalam usahanya untuk memperkukuhkan negara demi rakyatnya.

‘‘Golongan belia juga perlu bersatu menyokong kerajaan. Sokongan ini penting bagi memastikan hasrat kerajaan membawa negara ini terus maju menjelang Wawasan 2020 dan mencapai misi 2057 tercapai,’’ ujarnya.


Apakah pandangan kawan-kawan tentang isu ini??

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty DEB

Post  Jennifer Ong Tue Mar 18, 2008 11:38 pm

Memang tidak dinafikan bahawa hasil daripada pelaksanaan DEB, kadar kemiskinan di negara kita menurun. semua kaum juga mendapat manfaat daripadanya. Akan tetapi, daripada tahun penguatkuasaan dan pelaksanaan DEB pada tahun 1974 hingga sekarang, iaitu 34 tahun DEB dilaksanakan, mengapakah masih ada rakyat yang kemiskinan?? Adakah tempoh pelaksanaannya selama 34 tahun ini masih tidak cukup untuk membasmi kemiskinan di negara ini?? Ataupun memang ada kronisme, rasuah dan ketidakeffisienan yang berlaku semasa perlaksanaannya kerana terdapat sebilangan rakyat daripada semua kaum yang kemiskinan masih tidak dapat menikmati keuntungannya.

Jennifer Ong

Posts : 60
Join date : 2008-01-12

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  vinclam1314 Wed Mar 19, 2008 7:58 pm

Erm.. Minta maaf kerana saya tidak begitu faham dengan konsep DEB, bolehkah kakak Siew Mei dan kakak Bunga bagi kami lebih banyak informasi tentang DEB ? Apakah kesannya dan bagaimana DEB ini dilaksanakan? Apa yang saya tahu adalah DEB ini seharusnya sudah tamat pada tahun 2000. Wink

Terima Kasih..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  PnLeela Thu Mar 20, 2008 5:35 pm

Hi Kelas Very Happy

Penjelasan ringkas tentang Dasar Ekonomi Baru yang menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat kini


Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Jumpa Lagiii Very Happy
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  pohblg Thu Mar 20, 2008 6:33 pm

Pada pendapt saya,kemiskinan mestilah ada pada setiap negara, tetapi punca Malaysia adanya kemiskinan pula ialah munkin kerana orang yang miskin tidak merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan sebab tidak tahu peluang yang ditawarkan. Orang kaya pula yang semakin kaya kerana mereka serba tahu dan merebut peluang seperti berniaga,mendapat sudsidi dan sebagainya. Keadaan ini yang mendorong kemiskinan berlaku.
Mungkinkah kaedah baru harus digunakan supaya membangunkan lagi ekonomi negara kita?

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  vinclam1314 Thu Mar 20, 2008 7:33 pm

Ya. Saya juga berpendapat bahawa kaedah lain perlu dicuba untuk membasmikan kemiskinan di Malaysia. Kerajaan juga boleh menggunakan / mengubahsuaikan kaedah kerajaan luar negara dalam pengusahaan membasmikan kemiskinan dan tidak haruslah menetapkan sesuatu kaedah sahaja kerana kaedah yang sama mungkin tidak sesuai untuk digunakan dalam masa/ zaman yang berbeza..

Selepas membaca maklumat yang diberikan oleh cikgu, saya boleh membuatkan satu kesimpulan, iaitu DEB sudah tamat dan digantikan oleh DPN.. tetapi, daripada keratan berita yang diberikan oleh kakak Siew Mei, MBM ingin mempertahankan dan mengekalkan DEB, nampaknya DEB masih digunapakaikan sekarang. Jadi, bolehkah sesiapa saja yang dapat beritahu saya bahawa apakah dasar ekonomi negara kini yang sedang dilaksanakan dan bagaimanakahnya dilaksanakan?

Seperti apa yang saya katakan di atas, saya berasa bahawa kaedah yang digunakan dalam DEB mungkin sudah tidak sesuai dalam zaman ini. Pada pendapat saya, kerajaan tidak patut memberikan keistimewaan kepada bumiputera / orang melayu dalam menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Kerajaan seharusnya mendidik mereka cara untuk menguruskan dan memiliknya. Kerajaan tidak harus memberikan keistimewaan tetapi haruslah memberikan galakkan kepada mereka dalam percubaan dan usahaan mereka. Membantu mengikuti kaum juga tidak sesuai dalam zaman ini kerana terdapat banyak juga kaum lain yang menghadapi masalah lain seperti kemiskinan. kerajaan haruslah membantu tanpa mengira bangsa / kaum / agama. Itulah yang kita mahu..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  siewMei Sat Mar 22, 2008 6:36 pm

ya,memang MBM ingin mempertahankan DEB ini kerana mereka rasa DEB ini mempertahankan hak keistimewaan orang melayu seperti yang telah dipersetujui sejak hari kemerdekaan. jika mengemukan dasar yang baru,mungkin hak keistimewaan melayu akan tergugat,ini isu yang mereka bimbangkan.
tetapi,tanpa perubahan maka tidak akan ada kemajuan,jadi saya rasa tibalah masa kita mengemukakan dasar yang baru,ini mungkin merupakan satu cara yang baik untuk membasmi kadar kemiskinan di negara kita..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  pohblg Sat Mar 22, 2008 7:15 pm

Pada pendapat saya,keistimewaan melayu tidak akan berubah biarpun kemiskinan terus berlaku. Apakah kaedah yang baik untuk membasmi kemiskinan Malaysia?Adakah ekonomi akan berubah akibat daripada kemenangan banyak kerusi di 5 negeri?Harap kakak dan abang beri pandangan.

pohblg

Posts : 31
Join date : 2008-02-20

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  vinclam1314 Sat Mar 22, 2008 10:07 pm

Ya. Saya juga berasa kami haruslah mencuba dasar baru. Mungkin dasar yang baru akan berfungsi dengan lebih baik? Kini, malaysia bukan sahaja orang melayu yang hidup dalam kemiskinan, terdapat banyak rakyat orang Cina dan India dan kaum lain terutama rakyat yang hidup dalam pendalaman hidup dalam kemiskinan. Jikalau mahu membasmi kemiskinan, saya berasa Dasar DEB mungkin masih sesuai tetapi ia perlu diubahsuaikan supaya lebih sesuai dengan zaman ini terutamanya untuk membasmi kemiskinan orang cina dan orang india juga.

Pada pendapat saya, saya berasa ekonomi 5 negeri yang dimenangi oleh parti pembangkang akan terus maju dalam ekonomi negeri tetapi mungkin akan lambat sikit pada tahun 2008-2010 dan mungkin akan lebih baik pada tahun yang berikutnya. Saya berpendapat sebegini kerana kerajaan negeri-negeri ini memerlukan masa untuk mengumpul pengalaman dalam pentadbiran dan pencadangan dalam kewangan. Selain itu, mereka juga perlu lebih banyak masa untuk mengaji project kerajaan sebelum ini. Jadi, saya berasa ekonomi beberapa negeri ini mungkin akan berkembang dengan lebih pesat pada tahun selepas 2010..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  lim Sun Mar 23, 2008 12:17 pm

Pada pendapat saya,walaupun DEB telah dibatalkan tetapi hak keistimewaan orang melayu tidak akan dihapuskan.Hanya mungkin kerajaan ingin memcuba menggunakan dasar-dasar yang lain dalam pembangunan negeri dan negara.

lim

Posts : 21
Join date : 2008-02-17

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  vinclam1314 Mon Mar 24, 2008 10:56 am

lim wrote:Pada pendapat saya,walaupun DEB telah dibatalkan tetapi hak keistimewaan orang melayu tidak akan dihapuskan.Hanya mungkin kerajaan ingin memcuba menggunakan dasar-dasar yang lain dalam pembangunan negeri dan negara.

apakah yang dimaksudkan oleh kakak lim dengan ayat ini? kenapa kakak lim berpendapat bahawa hak keistimewaan orang melayu tidak akan dihapuskan dalam dasar baru? Orang Melayu mungkin akan berasa mereka diabaikan oleh dasar baru kerana dasar baru mungkin tidak lagi mementingkan dalam pembantuan orang melayu terutamanya orang kampung tetapi lebih mementingkan dalam sektor lain seperti pembangunan di bandar etc.

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  siewMei Tue Mar 25, 2008 10:32 am

[b]vinclam:Orang Melayu mungkin akan berasa mereka diabaikan oleh dasar baru kerana dasar baru mungkin tidak lagi mementingkan dalam pembantuan orang melayu terutamanya orang kampung tetapi lebih mementingkan dalam sektor lain seperti pembangunan di bandar etc.[/b]

betul kata abang toh wai. Antara tujuan DEB adalah untuk meningkatkan ekonomi bagi kaum melayu,jika kawan-kawan masih ingat,DEB meningkatkan ekonomi di kampung-kampung dan mengurangkan kadar kemiskinan penduduk di kampung. Jadi,apabila diumumkan DEB dibatalkan,bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada penduduk melayu di kampung mungkin akan tergendala sedikit dan langkah ini telah menimbulkan kebimbangan penduduk melayu. Memang tidak boleh dinafikan bahawa hak keistimewaan orang melayu tidak akan berubah,mereka masih mempunyai hak-hak ini sampai bila-bila masa kerana ini sudah tertakluk dalam perlembagaan Malaysia. masalahnya ialah dasar baru mungkin akan menitikberat dalam aspek lain seperti perindustrian dan bukan lagi dalam ekonomi penduduk di kampung.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  wendy Wed Mar 26, 2008 12:13 pm

saya memang tidak faham dengan DEB yang telah melaksanakan selama 20 tahun masih dikatakan kemiskianan dalam masyarakat masih tidak mencapai tahapnya.Apa yang telah mereka buat dalam tempoh ini?Bagaimankah pengiraan tahap kemiskinan ?Apakah punca orang melayu sentiasa berada di bawah kemiskinan?Mengapa mereka tidak berupaya bersaing dengan kaum-kaum lain? sepatutnya mereka adalah orang yang lebih kaya daripada kaum-kaum lain kerana mereka mempunyai hak istimewaan dan apa kebaikan akan diberi kepada mereka terlebih dahulu. Mengapa!? mengapa!? Adakah mereka terlalu dimanja menyebabakan mereka menjadi semakin lemah dan bergantung kepada kerajaan? affraid

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty DEB

Post  HsuJia Wed Mar 26, 2008 4:11 pm

Bolehkah kakak dan abang sekalian boleh jelaskan dengan sekali apa itu dasar ekonomi baru(DEB)?Ini adalah kerana dalam surat akhbar mengatakan bahawa kerajaan hendaklah mencari penyelesaian masalah supaya membasmi kemiskinan negara kita?Kaum bumiputera tidak membasmi kemiskinan berbanding dengan kaum lain kerana kerajaan akan memberi hak keistimewaan kepada mereka terdahulu.Adakah ini sangat adil terhadap kaum-kaum lain?Malaysia harusnya mempunyai hak keseragaman terhadap mana-mana kaum pun. Exclamation

HsuJia

Posts : 34
Join date : 2008-01-13

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  siewMei Thu Mar 27, 2008 5:34 pm

HsuJia wrote:Bolehkah kakak dan abang sekalian boleh jelaskan dengan sekali apa itu dasar ekonomi baru(DEB)?Ini adalah kerana dalam surat akhbar mengatakan bahawa kerajaan hendaklah mencari penyelesaian masalah supaya membasmi kemiskinan negara kita?Kaum bumiputera tidak membasmi kemiskinan berbanding dengan kaum lain kerana kerajaan akan memberi hak keistimewaan kepada mereka terdahulu.Adakah ini sangat adil terhadap kaum-kaum lain?Malaysia harusnya mempunyai hak keseragaman terhadap mana-mana kaum pun. Exclamation

ini bukan masalah adil ataupun tidak adil kepada kaum lain kerana mereka dapat hak istimewa.. hak keistimewaan ini merupakan perjanjian antara kaum-kaum di persekutuan melayu sebelum kemerdekaan Malaysia,kaum-kaum lain,iaitu pemimpin kita dahulu telah menandatangi satu perjanjian setuju dengan hak keistimewaan yang mereka terima.
Jadi,jika kata tidak adil kepada kaum lain,ini mungkin akan menimbulkan rusuhan kaum,lebih baik kita tidak akan sentuh isu-isu yang sensitif ini demi keamanan dan keharmonian negara.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  wonderfoo_99 Sat Apr 05, 2008 10:18 am

Pada analisis saya, DEB adalah satu dasar yg kurang berkesanan. Ramai orang melayu berpendapat, DEB hanya berfaedah kepada golongan bangsawan dan orang melayu berkedudukan sahaja. Kita boleh lihat dasar ini tidak menbantu semua rakyat tetapi hanya segelintir orang mendapat faedah. Ini juga dapat dilihat menerusi penghimpunan untuk menbanteras penghapusan DEB di pulau pinang tidak disertai semua orang melayu hanya sekumpulan orang yg tidak menerima kekalahan pilihanraya. Dasar ini sememangnya bagus, tetapi tidak dilaksana dengan baik dan menyeluruh. Kerajaan harus mengadakan dasar yg baik untuk semua kaum agar tidak berlaku kes 13.5.1969.

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

DASAR EKONOMI BARU (DEB) Empty Re: DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum