PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lihat manfaat Bajet 2010

2 posters

Go down

Lihat manfaat Bajet 2010 Empty Lihat manfaat Bajet 2010

Post  LiewJoey(LSB) Sun Oct 25, 2009 2:36 pm

HUA HIN, Thailand 24 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat mesti melihat manfaat yang diperoleh dalam pembentangan Bajet 2010 semalam dan bukannya mempersoalkan caj tertentu yang dikenakan ke atas mereka.

Kata Perdana menteri, setiap kali bajet dibentangkan, banyak yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Bajet 2010 yang dibentangkan semalam, katanya, antara lain menawarkan pelepasan cukai sebanyak RM1,000 selain pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

Sehubungan itu, menurut Najib, pelaksanaan caj perkhidmatan sebanyak RM50 setahun kepada pemegang kad kredit dan kad caj itu tidak seharusnya menimbulkan reaksi di kalangan pengguna.

"Mereka tidak sepatutnya merungut. Rakyat mesti melihat apa yang mereka peroleh menerusi bajet," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama dan Presiden Bank Pembangunan Asia, Haruhiko Kuroda.

Pertemuan tersebut berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di sini, hari ini.

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lihat manfaat Bajet 2010 Empty Re: Lihat manfaat Bajet 2010

Post  LiewJoey(LSB) Sun Oct 25, 2009 2:48 pm

Berikan pendapat anda tentang kad kredit sistem bajet 2010..

Saya berasa perubahan ini merupakan satu langkah yang baik untuk membendung perbelanjaan yang sewenang-wenangnya. Sikap rakyat yang selalunya menghutangkan wang sehingga "cover" dengan kad-kad yang lain dan akhirnya semua kad-kad telah melebihi "usage load"...

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Lihat manfaat Bajet 2010 Empty Re: Lihat manfaat Bajet 2010

Post  leeyoong_U6B Thu Nov 05, 2009 5:22 pm

Ya.. Saya setuju pendapat Joey! Mulai tahun 2010, caj perkhidmatan sebanyak RM50 setahun akan dikenalkan kepada semua pemegang kad kredit. Cadangan ini amat bernas!
Masyarakat kini memegang konsep berbelanja dahulu dan bayar.. Hatta ini akan menyebabkan pengguna berbelanja dengan mengikut nafsu. Sehubungan itu, pengenaan caj perkhimatan ini dapat membina pengguna yang berjimat-cermat.. Pengguna dapat menjaga diri daripada berboros atau berhutang.
Saya pernah lihat satu berita yang berkenaan... Terdapat sesetengah masyarakat sanggup meminjam 'along' bagi memulangkan hutang kad kredit ditanggung.. namun akhirnya disebabkan tidak berupaya memulang hutang dan faedah yang dikenakan oleh kedua-dua pihak ( bank dan "along"), terpaksalah mengumumkan muflis.. Betapa sedihnya perkara sebegini berlaku... Sad

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Lihat manfaat Bajet 2010 Empty Re: Lihat manfaat Bajet 2010

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum