PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perdana Menteri membentang Bajet 2013

Go down

Perdana Menteri membentang Bajet 2013  Empty Perdana Menteri membentang Bajet 2013

Post  Kerh Lai Yan (L6A/2012) Fri Sep 28, 2012 4:44 pm

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : "Sebuah Janji Ditepati " itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2013, Najib berkata jumlahnya dianggarkan RM208.6 bilion, berbanding RM207.2 bilion tahun ini.

"Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan akan berkurangan kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2013, berbanding 4.5 peratus pada 2012.

"Ini menunjukkan kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras lebih rendah," kata perdana menteri.

Kerajaan memperuntuk RM232.8 bilion untuk Belanjawan 2012, termasuk RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Pada pendapat saya, belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Kerh Lai Yan (L6A/2012)

Posts : 12
Join date : 2012-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum