PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RM7 bilion untuk perluaskan LRT

+5
Shu Jian [L6B]
xiaowen_U6B
leeyoong_U6B
YeeYew™ [SonG][U6B]
lee kah yent(L6A)
9 posters

Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  lee kah yent(L6A) Tue Sep 15, 2009 11:58 am

KUALA LUMPUR - Kira-kira 700,000 penduduk di sekitar Subang, Puchong dan Bandar Kinrara dekat sini mungkin tidak perlu berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya selepas ini apabila jaringan terbaru perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) akan diperluaskan ke kawasan mereka.

Melalui jajaran baru itu, kedua-dua perkhidmatan LRT iaitu Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang.

Projek yang dijangka menelan belanja sehingga RM7 bilion dan siap menjelang tahun 2012 itu melibatkan sambungan dari stesen Sri Petaling bagi Laluan Ampang manakala dari Kelana Jaya bagi Laluan Kelana Jaya ke stesen terakhirnya di Putra Heights dengan tambahan 13 stesen baru.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana), Datuk Idrose Mohamed berkata, antara kawasan baru yang dijangka dilalui oleh LRT tersebut ialah di Bandar Kinrara, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Prima, USJ 8, USJ 21, SS 7, Taman Perindustrian Subang Jaya, Persiaran Murni, Taman Alam Megah dan Kompleks Kelana Centre Point.

"Bagi Laluan Ampang, ia akan bermula dari stesen Sri Petaling melalui Kinrara, Puchong dan berakhir di Putra Heights manakala bagi cadangan laluan Kelana Jaya pula, ia akan bermula dari stesen Kelana Jaya melalui Subang Jaya dan berakhir di Putra Heights," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Buat masa ini, perkhidmatan bagi Laluan Ampang memiliki 25 stesen manakala Laluan Kelana Jaya pula melibatkan 23 stesen.

Adakah projek ini memang akan dijalankan? confused
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Tue Sep 15, 2009 2:32 pm

Syok syok.... kalau betul memang syok~!

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  leeyoong_U6B Tue Sep 15, 2009 3:26 pm

LRT merupakan pengangkutan awam yang amat diperlukan oleh pekerja.. Sekiranya projek ini dapat dijalankan, betapa baiknya... Very Happy Pekerja-pekerja dan penduduk tempatan tidak perlu mengalami kesesakan LRT lagi... Namun.......projek ini masih sedang dirancang? atau telah disahkan?

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  xiaowen_U6B Tue Sep 15, 2009 5:40 pm

Dengan pembinaan Lrt, perjalanan dapat dimudahkan dan juga dapat menjimatkan masa yang berharga.Semoga Laluan Ampang dan laluan Kelana Jaya dapat diperluaskan lagi ke tempat yang lebih banyak.^^

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  Shu Jian [L6B] Wed Sep 16, 2009 11:33 am

ini merupakan pelaburan yang amat berbaloi...pengangkutan awam ini memang mendatangkan banyak kebaikan, seperti mengurangkan kesesakan jalan, menjimatkan masa dan sebagainya...

Shu Jian [L6B]

Posts : 4
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  lee kah yent(L6A) Wed Sep 16, 2009 3:36 pm

tetapi laluan LRT baru ini masih tidak merangkumi seluruh Klang Valley, dan banyak stesen singgah di kawasan yang tak begitu banyak penumpang naik dan turun, seperti Damai dan Jelatek dalam laluan Putra LRT. Oleh itu, kemudahan ini tidak memberi faedah kepada majoriti orang ramai dan masalah kesesakan jalan raya tidak akan ditanggani dengan begitu mudah.
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty RE: RM 7 billion Untuk Perluaskan LRT

Post  LiewJoey(LSB) Wed Sep 16, 2009 4:01 pm

Perkhidmatan LRT memang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan secara tidak langsungnya akan dapat mengurangkan kadar kemalangan, selain itu, perkhidmatan ini juga amat memudahkan anak watan yang belajar, bekerja serta juga dapat menjimatkan masa kita untuk mencapai destinasi kita. Masa yang dijimatkan boleh kita sumbangkan di aspek yang lain yang memanfaatkan.Kerajaan perlu memantau persoalan ini supaya ekonomi atau pembanguan negara dapat dijaga rapi dalam semua aspek. Tambahan pula, kemudahan ini dapat mengurangkan impak pencemaran udara. Betapa baiknya jikalau perkhidmatan LRT diperluas ke tempat yang pesat dengan penduduk.

Saya di sini cadangkan agar perkhidmatan LRT dapat capai ke sekolah kita juga supaya dapat memudahkan kita yang pergi tuisyen ataupun balik dan datang ke sekolah. Cool

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  lee kah yent(L6A) Wed Sep 16, 2009 4:09 pm

LiewJoey(LSB) wrote:Saya di sini cadangkan agar perkhidmatan LRT dapat capai ke sekolah kita juga supaya dapat memudahkan kita yang pergi tuisyen ataupun balik dan datang ke sekolah. Cool

terdapat ribuan sekolah di seluruh Malaysia, adakah kerajaan akan menyediakan perkhidmatan LRT ke sekolah kita semata-mata untuk memudahkan pelajar yang pergi tuisyen?
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  LiewJoey(LSB) Wed Sep 16, 2009 4:23 pm

Berdasarkan apa yang kah yent tanyakan:
Saya berasa sekolah kita perlu mempunyai perkhidmatan ini, ini bukan sahaja dapat memudahkan pelajar chong hwa, malah juga memudahkan penduduk serantau yang yang pergi bekerja. Selain itu, ini juga boleh menyelesaikan masalan kesesekan lalu lintas di belakang sekolah .Masalah ini sudah bertahun-tahun menjadi ancaman yang bahaya kepada pelajar yang menggunakan jalan ini sewaktu pergi dan balik dari sekolah.

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  leeyoong_U6B Thu Sep 17, 2009 3:02 pm

LiewJoey(LSB) wrote:Saya di sini cadangkan agar perkhidmatan LRT dapat capai ke sekolah kita juga supaya dapat memudahkan kita yang pergi tuisyen ataupun balik dan datang ke sekolah. Cool

LiewJoey(LSB) wrote: Saya berasa sekolah kita perlu mempunyai perkhidmatan ini, ini bukan sahaja dapat memudahkan pelajar chong hwa......

Joey, apakah yang ingin disampaikan? Saya tidak berapa faham dengan ayat Joey.. Sorry ya~ bahasa saya kurang fasih lagi...
Adakah Joey berharap perkhidmatan dapat dicapai agar memudahkan pelajar ke sekolah terutamanya bagi pelajar chong hwa?? Namun, perlaksanaan kedua-dua perkhidmatan LRT adalah Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang. Ini langsung tidak berkaitan dengan sekolah menengah chong hwa yang terletak di Gombak Mad

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  lee kah yent(L6A) Thu Sep 17, 2009 5:12 pm

leeyoong_L6B wrote:Adakah Joey berharap perkhidmatan dapat dicapai agar memudahkan pelajar ke sekolah terutamanya bagi pelajar chong hwa?? Namun, perlaksanaan kedua-dua perkhidmatan LRT adalah Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang. Ini langsung tidak berkaitan dengan sekolah menengah chong hwa yang terletak di Gombak Mad

Oleh sebab tiada kaitan langsung barulah orang harap perkhimatan ini dapat menyambung ke sekolah kita. Kalau perkhidmatan ini telah disediakan, adakah Joey akan mempunyai harapan ini?
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  HsianMin (U6B/2010) Thu Sep 17, 2009 5:39 pm

Pada pendapat saya, cadangan joey mungkin lebih sukar dicapai..akan tetapi buat masa ini lrt yang paling dekat dgn sekolah kita ialah stesen tmn melati..penambahan bas pengantaraan juga amat penting..Jika hanya laluan lrt ditambah, bilangan bas pengantaraan kekal sama..hal ini tidak membantu menyelesaikan masalah juga..

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Fri Sep 18, 2009 5:34 am

Cadangan joey agak mustahil dan saya setuju dengan pandangan Mrs.Lee terhadap penambahan jumlah bas perkhidmatan. Tetapi ada satu isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menambah apa-apa, iaitu penepatan masa setiap bas. Terdapat banyak aduan (saya telah failkan satu juga) terhadap penepatan masa bas dan menyebabkan ramai pengguna lewat ke mana-mana jua lokasi yang hendak dituju dan saya rasa wang tersebut perlu digunakan untuk meningkatkan efficiency bas sebelum apa-apa rancangan lain.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  lee kah yent(L6A) Fri Sep 18, 2009 12:14 pm

YeeYew™ [SonG][L6B] wrote:Cadangan joey agak mustahil dan saya setuju dengan pandangan Mrs.Lee terhadap penambahan jumlah bas perkhidmatan. Tetapi ada satu isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menambah apa-apa, iaitu penepatan masa setiap bas. Terdapat banyak aduan (saya telah failkan satu juga) terhadap penepatan masa bas dan menyebabkan ramai pengguna lewat ke mana-mana jua lokasi yang hendak dituju dan saya rasa wang tersebut perlu digunakan untuk meningkatkan efficiency bas sebelum apa-apa rancangan lain.

ini tergantunglah kepada sikap pemandu, sebab masalah ini dah lama wujud. Biarpun betapa banyak aduan dilaporkan kepada pihak berkenaan, ia masih tidak diselesai. Terutamanya dalam bulan 'tak makan minum' ini, majoriti pemandu terdiri daripada kaum tertentu, masalah penepatan masa menjadi lebih serius.
lee kah yent(L6A)
lee kah yent(L6A)

Posts : 31
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  HsianMin (U6B/2010) Fri Sep 18, 2009 8:47 pm

pertama sekali..terima kasih kpd mr song kerana setuju dengan pandangan saya, MISS Lee...
tapi..bukankah penambahan bas pengantaraan akan meningkatkan ketepatan bas secara tidak langsung? RM7 bilion untuk perluaskan LRT Confused ..
saya setuju dgn point kahyent..
penepatan masa bergantung kepada sikap pemandu..

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Sep 19, 2009 12:07 am

sama-sama miss lee... (reminds me of miss lee ooi peng) penambahan bas bermakna juga penambahan pemandu. dan pemandu boleh melepak bersama-sama.... lebih ramai lebih meriah... oleh itu penambahan bas tidak disarankan ^.^~

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  LiewJoey(LSB) Sat Sep 19, 2009 1:45 pm

Saya berasa cadangan Ms Lee agak baik, dan akan lebih baik jika gabung dengan cadangan Mr Song. What a Face
Pihak berkenaan patut memantau bilangan bas pengantaraan dan frekuensi kesampaian bas-bas ke stesen tertentu.Ini dapat mengurangkan bilangan penumpang yang disempit dengan penuh dalam bas sehingga mendatangkan banyak masalah seperti masalah pengutipan wang,serta jika tidak berhati-hati akan mengundang masalah sosial dalam bas juga seperti bergaduh, melanggar orang secara tidak sengaja dan kes-kes mencabuli kehormatan orang lain(pernah berlaku pada orang lain).
Di samping itu, dengan meningkatkan frekuensi kesampian bas-bas, penumpang dapat menikmati perkhidmatan yang lebih selesa dalam masa yang lebih cepat, (perasaan menunggu bas selama masa yang pajang juga pernah saya alami...agak menderitakan... Neutral ).Ini akan meningkatkan bilangan penumpang apabila mereka berpendapat bahawa menaiki perkhidmatan awam juga amat mudah dan selesa berbanding dengan menggunakan kereta sendiri , dan secara langsungnya dapat mengurangkan bilangan kerata di jalan raya serta mengurangkan impak kesesakan jalan raya di samping mengurangkan pencemaran udara.


Last edited by LiewJoey(LSB) on Sat Sep 19, 2009 1:58 pm; edited 1 time in total

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  yeow_U6A/2010 Sun Sep 20, 2009 10:04 am

Pada pendapat saya, projek memperluaskan LRT ini memang boleh menjimatkan masa serta wang orang ramai tetapi masalah teknikal yang berlaku selama ini haruslah dipertimbangkan juga ! Jika masalah teknikal berulang lagi maka hampir separuh penduduk KL serta orang-orang yang menggunakan perkhidmatan LRT akan terbazir masa mereka!

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  leeyoong_U6B Sun Sep 20, 2009 9:50 pm

memang tidak dinafikan bahawa pengangkutan awam amat menguntungkan masyarakat.. bukan saja dapt menjimat masa, bahkan juga dapat mengurangkan pencemaran secara tidak langsung.. betapa baiknya, kalau cadangan miss lee, Song dan joey dapat digabungkan dan dilaksanakan... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  yeeleng(L6A) Mon Sep 21, 2009 4:29 pm

jika projek ini dapat dijalankan,ia memberikan kebaikan kepada kita.kita tidak perlu mengalami kesesakan LRT pada masa orang ramai bekerja dan bersekolah.ini juga dapat mengurangkan kesesakan jalan raya kerana lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan LRT.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

RM7 bilion untuk perluaskan LRT Empty Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum