PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

4 posters

Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  S.Teng(U6A/2010) Mon Sep 14, 2009 5:56 pm

KUALA LUMPUR - Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Alternatif yang akan diperkenalkan awal bulan depan melegakan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, PMA bukan sahaja dapat membantu rakyat mengurangkan beban perbelanjaan malah menggalakkan rakyat melancong.

Beliau juga percaya, langkah itu akan memudahkan pelbagai pihak khususnya para peniaga untuk berurusan di luar negara.

"Saya alu-alukan langkah kerajaan tersebut. Ia membantu rakyat dan kita juga mahu rakyat melancong untuk menimba pengalaman di luar negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan PMA mampu milik dengan hanya RM100 untuk 32 muka surat bagi tempoh sah laku dua tahun pada 1 Oktober depan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu adalah lanjutan kepada keistimewaan PMA yang ditawarkan kepada jemaah haji untuk memenuhi peraturan baru Kerajaan Arab Saudi yang mewajibkan semua jemaah menggunakan pasport antarabangsa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abd. Rahman menyarankan kerajaan agar mengurangkan kos pasport sedia ada.

Jelas beliau, rakyat lebih berpuas hati jika kos pasport sedia ada dikurangkan dan tempoh sah lakunya tetap lima tahun berbanding menggunakan PMA tetapi tempoh sah laku hanya dua tahun.

"Saya pasti, jika ia murah dan tempoh sah lakunya lama (lima tahun), ia lebih memberi manfaat kepada orang ramai," ujar beliau.

Sementara itu, Presiden Majlis Kesatuan Rangkaian Hubungan Malaysia, Shafie BP Mammal berkata, tempoh sah laku PMA selama dua tahun dari satu segi merugikan kerana ia menyebabkan orang ramai kerap ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui pasport.

Beliau berkata, lebih baik kerajaan menetapkan tempoh sah laku yang sama iaitu lima tahun tetapi mengurangkan kos pasport yang digunakan sekarang kepada RM200.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan meneliti semula langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kos pemilikan pasport iaitu sebanyak RM300 untuk 32 muka surat dan RM600, 64 muka surat.

dipetik daripada Utusan Malaysia

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  leeyoong_U6B Tue Sep 15, 2009 3:44 pm

Sebelum itu, bayaran bagi membarukan pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Alternatif adalah sebanyak RM500 bagi 5 tahun (64 muka surat).. Bayaran ini amat tidak berbaloi bagi warganegara yang hanya berkunjung ke negara lain kalang-kali setahun atau dua tahun.. Dengan bayaran baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), semua lapisan masyarakat juga dapat melancong.. Pada pendapat saya, ini merupakan satu rancangan yang agak baik bagi semua masyarakat... Pada 1 Oktober depan, dengan hanya RM100, penduduk dapat membarukan pasport untuk 32 muka surat bagi tempoh sah laku dua tahun ... Laughing

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Sep 15, 2009 4:45 pm

Kebaikan bayaran baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) :
1.dapat membantu rakyat mengurangkan beban perbelanjaan
2.menggalakkan rakyat melancong ke luar negara
3.memudahkan pelbagai pihak khususnya para peniaga untuk berurusan di luar negara
4.membolehkan rakyat melancong untuk menimba pengalaman di luar negara

Oleh itu, rancangan ini memang dapat melegakan semua rakyat.. Very Happy

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Wed Sep 16, 2009 10:56 am

S.Teng(L6A) wrote:Kebaikan bayaran baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) :
2.menggalakkan rakyat melancong ke luar negara

Benarkah? Saya ingatkan kerajaan cuba mempromosikan perlancongan tempatan dan cuba mengekalkan aliran kewangan KE DALAM negara ini bukan KE LUAR?

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  HsianMin (U6B/2010) Wed Sep 16, 2009 4:57 pm

encik song, menurut post siew teng yg pertama sekali..Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir mengatakan bahawa pihak beliau mahu rakyat menimba pengalaman di luar negara..

"Saya alu-alukan langkah kerajaan tersebut. Ia membantu rakyat dan kita
juga mahu rakyat melancong untuk
menimba pengalaman di luar negara,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


memang tidak dapat dinafikan bahawa..langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan PMA mampu milik dengan hanya RM100 untuk 32 muka surat bagi tempoh sah laku dua tahun pada 1 Oktober depan ini memanfaatkan semua rakyat Malaysia.. Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Fresse

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Thu Sep 17, 2009 12:43 am

L.HsianMin (L6B) wrote:encik song, menurut post siew teng yg pertama sekali..Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir mengatakan bahawa pihak beliau mahu rakyat menimba pengalaman di luar negara..

"Saya alu-alukan langkah kerajaan tersebut. Ia membantu rakyat dan kita
juga mahu rakyat melancong untuk
menimba pengalaman di luar negara,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


memang tidak dapat dinafikan bahawa..langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan PMA mampu milik dengan hanya RM100 untuk 32 muka surat bagi tempoh sah laku dua tahun pada 1 Oktober depan ini memanfaatkan semua rakyat Malaysia.. Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Fresse

Menimba pengetahuan tu lain la... perlancongan tu satu topik lain lagi...

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  HsianMin (U6B/2010) Thu Sep 17, 2009 4:16 pm

tapi...jika seseorang tu tidak melancong ke luar negara bagaimanakah dia menimba pengalaman di luar negara?
OR..mayb..kita patut cakap..kerajaan menggalakkan kita melancong di dalam negara (untuk membantu dari segi eko) dan ke luar negara (bagi menimba pengalaman)...

happy ending Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Lol

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Fri Sep 18, 2009 5:15 am

GG -.-'l'....
p/s : GG = good game

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat Empty Re: Pasport Malaysia Antarabangsa Alternatif legakan rakyat

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum