Pembantu Exco Selangor ditemui mati
3 posters
Page 1 of 1
Pembantu Exco Selangor ditemui mati
SHAH ALAM: Setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditemui mati di Plaza Masalam, di sini semalam selepas kira-kira lapan jam memberi keterangan sebagai saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri.
Mayat Teoh, 30, yang berkhidmat dengan Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui jam 1.30 tengah hari di koridor tingkat lima bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor di tingkat 14.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata mangsa datang sebagai saksi kes itu kira-kira jam 5 petang kelmarin dan memberi keterangan sehingga jam 3.45 pagi semalam.
Beliau berkata, seorang pegawai SPRM ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang mengenai penemuan mayat dan mengenali mangsa sebagai saksi yang memberi keterangan kelmarin.
"Beliau dibenar pulang sebaik selesai memberi keterangan dan berjanji datang hari ini (semalam) bersama beberapa lagi dokumen bagi membantu siasatan.
"Walaupun dibenar pulang, dia meminta kebenaran berehat di tempat duduk pejabat SPRM. Sehingga jam 6 pagi, beliau dilihat masih tidur di tempat duduk berkenaan. Selepas itu, beliau tidak lagi kelihatan sehingga ditemui mati," katanya pada sidang media.
Mohd Shukri berkata, SPRM tidak pasti sama ada mangsa mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan itu dan menambah mangsa memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan.
"Hanya seorang pegawai SPRM mengambil keterangan dan lapan jam yang diambil untuk berbuat demikian adalah perkara biasa bagi melengkapkan siasatan," katanya.
Kelmarin, SPRM menyerbu pejabat Ean Yong di tingkat 15 bangunan Sekretariat Negeri Selangor bagi mencari mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan. Dalam serbuan jam 5 petang itu SPRM merampas sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) serta menahan Teoh untuk disoal.
Ean Yong adalah antara Adun Selangor yang disiasat berhubung aduan menyalahgunakan peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling.
Dalam pada itu, beliau yang ditemui, berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mempertikaikan langkah yang diambil oleh SPRM bagi memastikan keselamatan mereka yang dipanggil memberi keterangan dan disoal siasat.
"Kejadian wajar disiasat secara terperinci oleh polis. Saya tidak mahu membuat sebarang andaian selagi siasatan terperinci punca kematian belum dilakukan," katanya.
"Sebagai bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saya tahu tekanan yang dihadapi ketika ditahan dan setiap gerak geri mereka perlu sentiasa diawasi. Tidak semua orang mampu menghadapi tekanan psikologi disoal siasat," katanya.
(berita penuh dari berita harian online)

xiaowen_U6B- Posts : 71
Join date : 2009-06-16
Re: Pembantu Exco Selangor ditemui mati
Sedikit Updates*
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan kes kematian Teoh Beng Hock dan mencetuskan keadaan tidak tenteram.
IPOH: Kerajaan akan meneliti cadangan pelbagai pihak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan bebas kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia dijangka akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
SHAH ALAM: Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tengah hari semalam.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kematian Teoh Beng Hock yang dipercayai terjatuh dari bangunan menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Selangor di Shah Alam semalam.
Katanya, semua pihak sepatutnya menunggu hasil siasatan polis berhubung kematian Teoh yang juga setiausaha politik seorang ahli Exco Selangor.
Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat 5 Plaza Masalam selepas kira-kira lapan jam memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
40 orang diambil keterangan
PETALING JAYA 21 Julai - Seramai 40 orang awam lagi akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehingga semalam, polis telah mengambil keterangan 33 orang termasuk 25 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
''Sebelum ini, siasatan kita menjurus kepada SPRM, bangunan, bilik siasatan dan lokasi mayat mendiang ditemui,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis di Ara Damansara di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang Khamis lalu, mayat Beng Hock yang merupakan salah seorang saksi untuk membantu kes salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam.
Menurut Hishammuddin, kini siasatan diperluaskan kepada 40 orang awam selain dua Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah dan M. Manoharan.Pada masa yang sama, beliau berkata, polis perlu menjawab semua persoalan yang timbul dalam siasatan berhubung kematian bekas wartawan akhbar Sin Chew Daily itu.
''Sekiranya daripada siasatan itu masih wujud persoalan-persoalan yang belum terjawab, maka kita akan tengok jika ada saluran lain untuk menyakinkan orang ramai,'' ujarnya lagi.
Ditanya mengenai gesaan pelbagai pihak yang meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja, beliau berkata, perkara itu akan dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat Kabinet esok.
''Saya akan laporkan hasil siasatan polis setakat hari ini kepada pihak jemaah, kita serahkan kepada Jemaah Menteri untuk membuat keputusan.
''Tapi saya ada pandangan saya sendiri. Secara peribadi, berdasarkan pemerhatian saya, apa yang dilakukan oleh polis cukup teliti dan saya memberi jaminan sepenuhnya bahawa mereka tidak pernah memilih bulu ketika siasatan dilakukan.
''Segala penyiasatan dilakukan secara profesional dan telus. Tidak semestinya apa yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang sengaja mempolitikkan isu ini semuanya berasas,'' jelasnya.

Berhenti beri tekanan kepada suruhanjaya diraja
* kemaskini berita terkini
KUALA LUMPUR 26 Julai - Semua pihak digesa berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi tekanan kepada anggota suruhanjaya diraja yang akan dilantik bagi menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar berkata, kepercayaan perlu diberikan kepada Suruhanjaya Diraja Bagi Mengkaji Peraturan Soal Siasat SPRM itu untuk menjalankan tugasnya sehingga selesai.
"Biarlah suruhanjaya diraja membuat kerja mereka. Jangan bagi komen atau kenyataan yang boleh mengganggu tugas siasatan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan beberapa pihak yang mengeluarkan pelbagai kenyataan tidak sepatutnya terhadap suruhanjaya diraja berkenaan setelah kerajaan bersetuju untuk menubuhkannya.
Suruhanjaya diraja itu ditubuhkan bagi menyiasat tatacara SPRM menjalankan soal siasat berikutan kematian misteri Beng Hock yang mayatnya ditemui di Tingkat 5, Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai lalu.
Mangsa sebelum itu telah memberi keterangan lebih 10 jam sebagai saksi siasatan kes salah guna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.
Osman dalam pada itu berkata, BBPM menyokong langkah kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja tersebut yang memperlihatkan kesungguhan untuk memastikan SPRM menjalankan tugas dengan baik dan tanpa sebarang keraguan.
(dipetik daripada Utusan Malaysia)

leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
PM temui keluarga Teoh Beng Hock
PUTRAJAYA 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Pada pertemuan itu, atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; emaknya, Teng Shuw Hor; abangnya, Beng Kee; adik perempuannya, Lee Lan dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.
Najib memberitahu keluarga Beng Hock bahawa beliau dan semua anggota Kabinet memandang berat kejadian yang menimpanya.
“Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil,” kata Perdana Menteri kepada keluarga Teoh pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam.
(dipetik dari Utusan Online)

DNA lelaki misteri
SHAH ALAM 29 Julai – Profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil dari belakang kot mendiang Teoh Beng Hock mengandungi campuran DNA dua lelaki termasuk mangsa.
DNA itu sepadan dengan darah Beng Hock manakala satu lagi profil DNA lelaki yang tidak dikenali.
Penemuan itu dibentangkan oleh peguam, Tan Hock Chuan pada hari pertama prosiding inkues bagi menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Hock Chuan dilantik kerajaan dengan kebenaran bertulis Jabatan Peguam Negara bagi membantu Koroner Azmil Muntapha Abas mengendalikan inkues tersebut.
Peguam itu memberitahu, profil DNA tersebut diambil daripada calitan putik kapas yang diperoleh dari bahagian belakang kot mendiang.
Kata Hock Chuan, profil DNA mangsa telah bercampur dengan profil DNA individu yang berbeza.
DNA lelaki misteri itu turut ditemui pada bahagian tali pinggang yang dipakai Beng Hock yang bercampur dengan DNA mendiang.
Oleh itu, kata Hock Chuan, seramai 102 orang telah diambil spesimen mereka untuk memastikan sama ada ia sepadan dengan profil DNA yang menjadi persoalan itu.
Bagaimanapun peguam itu mengatakan setakat ini hanya keputusan bagi 90 individu diperoleh manakala 12 lagi belum diterima.
Hock Chuan turut memaklumkan dua lagi individu (yang tidak termasuk dalam kumpulan tersebut) enggan memberikan sampel mereka untuk tujuan analisis DNA.
Usaha mendapatkan DNA daripada dua individu tersebut, jelas Hock Chuan, merupakan tindakan susulan ekoran pengambilan sampel sebelumnya.
Peguam itu berkata, beliau memaklumkan perihal profil DNA itu bagi menjelaskan punca kelewatan laporan DNA.
Persoalan sama ada sampel tersebut sepadan antara satu sama lain katanya, akan disahkan melalui keterangan pakar ketika inkues penuh berjalan.
Inkues itu diadakan untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana Beng Hock menemui ajalnya. Ia juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat orang lain yang terlibat secara jenayah dalam kematian tersebut.
Hock Chuan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani.
(dipetik dari UTUSAN MALAYSIA ONLINE)

Last edited by leeyoong_L6B on Wed Aug 19, 2009 1:44 pm; edited 1 time in total
leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Inkues Teoh Beng Hock: Tiada bukti pertahan diri
Kemaskini maklumat TERKINI !!
Kecederaan di dubur, tengkorak impak jatuh dari tempat tinggi
SHAH ALAM: Hasil bedah siasat terhadap mayat Teoh Beng Hock, mendapati tiada bukti menunjukkan kecederaan dialaminya berpunca daripada diserang, pergelutan atau mempertahankan diri sebelum dipercayai jatuh dari tingkap pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.
Pakar patologi forensik, Dr Prashant Naresh Samberkar, 42, memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, kecederaan di kawasan dubur dan tengkorak si mati bukanlah disebabkan kemungkinan Teoh diserang tetapi sebaliknya ia konsisten dengan cedera akibat impak jatuh dari tempat tinggi.
"Dalam kes ini, kecederaan pada dubur tidak mungkin akibat serangan kerana kecederaan kepada bukaan pada bahagian anatomikal itu akan mengakibatkan banyak kesan koyak sekitar kulit dan ia amat menyakitkan.
"Tidak mungkin seseorang yang menanggung kesakitan seperti itu, berjalan ke tingkap dan kemudian jatuh," katanya yang berpengalaman 10 tahun dan pernah menjalankan lebih 3,000 bedah siasat.
Saksi ke-15 itu yang berkhidmat dengan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata kecederaan seperti itu boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi ia tidak berlaku ketika mayat Teoh ditemui.
Mengenai kecederaan pada tengkorak, Dr Prashant berkata, ia berlaku akibat impak ke atas punggung, menyebabkan bergerak di sepanjang tulang belakang sebelum berakhir dengan retak di tengkorak.
Katanya, tiada kecederaan ketara disebabkan pergelutan atau mempertahankan diri pada mana-mana bahagian tubuh Teoh.
Disoal peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Kerajaan Malaysia, Dr Prashant berkata, punca kematian si mati disebabkan mengalami kecederaan berganda akibat jatuh daripada tempat yang tinggi.
Dr Prashant berkata, Teoh juga masih hidup ketika jatuh mendarat di atas lantai koridor tingkat lima Plaza Masalam di sini dan tidak mungkin dia sudah mati sebelum itu serta mayatnya dicampakkan kemudian.
Menjawab soalan peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, Dr Prashant bersetuju Teoh mungkin dalam ketakutan dan berkeadaan mencangkung atau duduk di atas birai tingkap pejabat SPRM itu sebelum terjatuh.
Katanya, beliau bersetuju kesan kotor pada tingkap dan kesan calar menegak, dipercayai sebagai cap jari, mungkin menunjukkan Teoh dipegang seseorang dari belakang dan melawan sebelum dia jatuh.
Sementara itu, Pemangku Penguasa Kanan SPRM Mohd Anuar Ismail, 32, berkata beliau mengambil rakaman percakapan daripada Teoh pada 16 Julai lalu, berhubung siasatan dijalankan terhadap aduan salah guna peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Katanya, beliau yang juga pegawai penyiasat bagi kes itu, berkata keterangan Teoh dirakamkan pegawai SPRM, Mohd Nadzri Ibrahim antara jam 1.30 dan 3.30 pagi dan beliau mengakui ada memasuki bilik rakaman itu dalam tempoh dua atau tiga minit.
Saksi ke-16 itu berkata, beliau menyoal Mohd Nadzri dan Teoh jika ada masalah timbul ketika rakaman percakapan, Mohd Nadzri memaklumkan tiada sebarang masalah manakala Teoh hanya berdiam diri.
Mohd Anuar berkata, sepanjang berada di pejabat SPRM, Teoh langsung tidak digari dan rakaman percakapan itu juga dibuat dalam keadaan pintu bilik terbuka.
Katanya, selepas itu beliau pergi ke tandas pada jam 3.30 pagi dan tidur di bilik solat yang berhampiran dengan tandas sehingga jam 5 pagi.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung hari ini.
(DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE)

Beng Hock kelihatan resah gelisah - Saksi
*kemaskini berita terkini
SHAH ALAM 27 Ogos - Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menggambarkan keadaan Teoh Beng Hock yang resah gelisah ketika komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) miliknya dirampas.
Setiausaha Politik Exco Selangor itu berkeadaan begitu apabila pegawai SPRM bertindak merampas peralatan tersebut yang mengandungi empat dokumen peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah bagi tahun 2008.
Gambaran oleh Penolong Penguasa SPRM, Mohd. Najeib Ahmad Walad, 29, itu secara tidak langsung menyokong keterangan Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail, 32, di Mahkamah Koroner di sini sebelum ini.
Menurutnya, empat dokumen yang dicetak daripada komputer riba melibatkan sumbangan untuk Persatuan Penjaja Seri Kembangan dan sumbangan mangsa kebakaran manakala dua lagi beliau tidak ingat berkaitan sumbangan apa.
Mohd. Najeib berkata, setibanya beliau dan Mohd. Anuar di pejabat Hian Wah di tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada petang 15 Julai lalu, mendiang telah membawa mereka ke bilik mesyuarat.
''Di situ Beng Hock macam gelisah. Sekejap keluar, sekejap masuk sehinggakan Mohd. Anuar menyuruhnya duduk. Mohd. Anuar seterusnya meminta semua kertas kerja mengenai peruntukan ADUN Seri Kembangan bagi tahun 2008,'' kata saksi inkues ke-18 itu.
Inkues siasatan kematian Beng Hock yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas masuk hari ke-16 hari ini.
Menjawab soalan peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia, menurut Mohd. Najeib, Beng Hock sebaliknya telah memberikan dokumen atau kertas kerja bagi tahun 2009.
Ujar Mohd. Najeib, Beng Hock mendakwa kertas kerja bagi tahun 2008 berada di atas meja kerjanya dan setelah diserahkan kemudian kepada Mohd. Anuar ternyata kertas kerja yang dikehendaki SPRM tidak ada.
Apabila ditanya mengenainya, Beng Hock gagal memberikan jawapan dan ini telah menimbulkan keraguan, kata Mohd. Najeib.
Menurut Mohd. Najeib, semasa Mohd. Anuar mengarahkannya bersama pegawai lain sekali lagi memeriksa meja Beng Hock, tiba-tiba Hian Wah datang bersama 20 wartawan sehingga memaksa pegawai SPRM keluar dari bilik itu.
Seketika kemudian mereka masuk semula ke bilik itu dan selepas memeriksa komputer riba Beng Hock, ujarnya, mereka menemui empat invois dalam komputer itu manakala surat permohonan sumbangan ADUN ditemui dalam CPU.
(dipetik daripada utusan malaysia online)

Inkues Beng Hock: Permohonan semakan SPRM ditolak
sedikit "update" tentang kes Beng Hock
PETALING JAYA 10 Sept. - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan koroner bahawa keterangan seorang suspek, T. Sivanesan adalah relevan kepada inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Yeoh Wee Siam memutuskan demikian setelah mendapati Koroner Azmil Muntapha Abas tidak terkhilaf ataupun melakukan perkara yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar di sisi undang-undang ketika membenarkan Sivanesan memberi keterangan sebagai saksi.
Wee Siam yang bersidang di sini turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup yang mewakili SPRM agar prosiding inkues ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.
Beliau sebaliknya memerintahkan agar Mahkamah Koroner Shah Alam mendengar prosiding inkues seperti biasa pada pukul 9 pagi esok.
Semalam, peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM memfailkan permohonan semakan terhadap perintah Azmil yang membenarkan Sivanesan yang pernah disoal siasat oleh SPRM Selangor lebih setahun lalu memberi keterangan pada prosiding inkues.
Azmil membenarkan permohonan peguam Gobind Singh Deo setelah koroner tersebut berpendapat keterangan Sivanesan adalah relevan dalam membantunya mengenal pasti punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.
Namun belum sempat Manoj berhujah, peguam Karpal Singh dan Gobind yang mewakili keluarga Beng Hock mengemukakan bantahan awal dengan alasan permohonan itu perlu dikemukakan secara rasmi dan disokong oleh afidavit, selain mempertikaikan kehadiran Manoj.
Bantahan awal Karpal bagaimanapun ditolak kerana menurut Wee Siam, beliau telah meneliti nota prosiding kes tersebut.
Manoj dalam hujahannya menyifatkan keputusan Azmil bukan sahaja silap di sisi undang-undang malahan keterangan Sivanesan semata-mata hendak memburuk-burukkan dan mencemarkan imej SPRM.
Sehubungan itu, Manoj memohon Wee Siam menggunakan kuasa semakan yang ada untuk memadamkan keterangan Sivanesan dan juga gambar-gambar kecederaan lelaki itu yang didakwa disebabkan oleh kakitangan SPRM Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.
Ketika membalas hujah, Gobind mendakwa, kakitangan SPRM yang menjadi saksi inkues tidak bercakap benar dan hanya menafikan berlakunya penderaan menyebabkannya terpaksa memanggil Sivanesan untuk memberi keterangan.
Inkues yang masuk hari ke-20 akan didengar di Mahkamah Koroner Shah Alam esok seperti arahan Mahkamah Tinggi.
dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Similar topics
» Wajib beri cuti sehari dalam seminggu
» Peniaga yong tau fu ditemui mati di Pulau Pinang
» Pembantu perubatan gemarkan pakaian dalam wanita ditahan
» 3,000 Pembantu Rumah Dibawa Ke Negara Ini Setiap Bulan
» Cadangan kurangkan yuran pembantu rumah Indonesia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum