Cadangan kurangkan yuran pembantu rumah Indonesia
4 posters
Page 1 of 1
Cadangan kurangkan yuran pembantu rumah Indonesia
KLUANG 19 Sept. — Kementerian Sumber Manusia bercadang untuk mengurangkan yuran pengambilan pembantu rumah Indonesia yang disifatkan oleh sesetengah majikan negara ini sebagai terlalu tinggi dan membebankan, kata menterinya, Datuk S.Subramaniam hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pengurangan yuran yang dicadangkan oleh kementeriannya, selagi perkara mengenainya belum dibincang dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia.
“Kita akan berunding dengan pihak Indonesia tentang cadangan untuk mengurangkan yuran pengambilan pembantu rumah daripada negara terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya 2009 di sini.
Beliau berkata, kementeriannya akan mengemukakan cadangan pengurangan yuran pengambilan pembantu rumah Indonesia itu ketika rundingan bersama kedua-dua negara bulan depan atau bulan berikutnya.
Terdapat majikan di negara ini yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi di antara RM6,000 hingga RM7,000 untuk membayar yuran bagi mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah warga Indonesia.-Bernama
Pada pendapat anda, adakah ini patut diperkenalkan? Saya berasa ini akan memberi impak yang negatif di kalangan masyarakat..

LiewJoey(LSB)- Posts : 78
Join date : 2009-05-12
Re: Cadangan kurangkan yuran pembantu rumah Indonesia
Dahlah dengan tarian pancake yang menimbulkan banyak masalah.... sekarang kita mau cari pasal lagi ka...?!
YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Re: Cadangan kurangkan yuran pembantu rumah Indonesia
Saya setuju dengan comment Mr Song.. Perkara ini akan lagi memburukkkan hubungan dua hala antara negara-negara yang terbabit jika perkara ini tidak dinangani dengan baik dan harmoni...Selain itu, saya berasa jikalau bayaran pengupahan orang gaji direndahkan, maka lebih banyak orang akan mengupah orang gaji dan membiakkan sikap malas di kalangan masyarakat.Selain itu, "dignity" orang gaji perlu dijaga dan dihormati, tidak patut kita merendahkan harga pengupahan .
LiewJoey(LSB)- Posts : 78
Join date : 2009-05-12
Re: Cadangan kurangkan yuran pembantu rumah Indonesia
Jika rasa yuran pengambilan pembantu rumah terlalu tinggi dan membebankan janganlah upah pembantu. buatlah kerja rumah dengan tangan sendiri. Ini bukanlah alasan yang baik untuk mengurangkan yuran.
HsianMin (U6B/2010)- Posts : 84
Join date : 2009-05-12
Re: Cadangan kurangkan yuran pembantu rumah Indonesia
ya..memang tidak dinafikan bahawa perkara ini akan memburukkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Indonesia yuran sekiranya pengupahan pembantu rumah direndahkan lagi.. Sebelum itu, kes penderaan yang semakin bertambah telah meragukan negara Indonesia sama ada harus membekalkan pembantu rumah kepada Malaysia. Jika pengurangan yuran pembantu rumah dicadangkan, ini pasti akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara secara tidak langsung...
Sebenarnya, kerja pembantu rumah tidak semudah yang kita nampak.. Mereka perlu mencuci baju, membersihkan rumah, memasak dan membuat segala kerja-kerja rumah.. Seperti yang kita tahu, pekerjaan pembantu asing langsung tidak akan menjadi pilihan pekerjaan penduduk setempat.. Apakah faktor terutama? Masyarakat berpendapat bahawa pekerjaan ini bergaji rendah~ Bagi memenuhi permintaan masyarakat, majikan barulah terpaksa menggaji wanita asing sebagai pembantu rumah....pada pendapat saya, pembantu rumah asing haruslah mendapat gaji yang berpatutan dan bukanlah gaji yang rendah...

leeyoong_U6B- Posts : 221
Join date : 2009-05-13
Similar topics
» Petronas berjaya kurangkan gas rumah hijau
» Wajib beri cuti sehari dalam seminggu
» 3,000 Pembantu Rumah Dibawa Ke Negara Ini Setiap Bulan
» Yuran AP terbuka tidak akan dihapuskan
» Cadangan had insurans deposit RM250,000:

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum