PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

+11
priya
marilyn(U6B)
WeiShi_L6F
Soo Hui Sun(U6A)
Mow Jiun You (U6A)
Lim Je Wei (U6A)
claraliew04 (U6A)
Goh Moon Hong (U6A)
waiyee(U6A)
SenHan_U6F
PnLeela
15 posters

Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  PnLeela Sun Apr 12, 2009 3:21 pm

"Tamadun manusia berada di satu tahap yang boleh dikatakan telah mencapai kemajuan yang tinggi. Namun, manusia sentiasa berusaha mencipta, memperbaiki dan menggunakan sains dan teknologi untuk menandingi pencapaian sebelumnya."
Bagaimana sains dan teknologi membantu manusia meningkatkan taraf hidupnya.



Smile Jangan melebihi 350 patah perkataan.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  SenHan_U6F Mon Apr 13, 2009 2:32 pm

Pendahuluan:Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada kita dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa kebahagiaan kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi mewujudkan sebuah negara yang disegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan sains lebih banyak mendatangkan kesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  waiyee(U6A) Sat Apr 18, 2009 8:19 am

Pendahuluan:
Sains merujuk kepada ilmu yang telah memperkaya pemahaman manusia terhadap segala kejadian di lapisan atmosphera dan litosfera.Teknologi pula merupakan media yang digunakan dengan bantuan sains untuk mencapai taraf hidup yang lebih tinggi.Justerunya,kamajuan yang dicapai oleh sesebuah negara adalah hasil gabungan ilmu sains dan media teknologi yang jitu.Ia memiliki signifikasi yang amat besar dalam kehidupan masyarakat hari ini.

waiyee(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  Goh Moon Hong (U6A) Sat Apr 18, 2009 8:22 am

Isi 1:
Bidang penyelidikan dan pembangunan akan hanya mencapai tahap yang tinggi melalui penerokaan dalam sains dan teknologi.Kepakaran yang tinggi akan membolehkan lebih banyak kajian dan penyelidikan sainstifik dijalankan serta dapat membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalam pelbagai bidang sosial dan ekonomi.Khususnya dalam sektor pertanian,negara akan mengalami kemajuan yang besar sekiranya mengarap sains dan teknologi yang canggih.Melalui kepakaran dalam bioteknologi,teknik dan teknologi pertanian akan mengalami transformasi.Teknik-teknik moden yang efektif dalam bidang penanaman,penternakan dan penuaian akan membantu meningkatkan produktiviti.Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka,benih dan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif teknologi bukan sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsungan makanan.Lantarannya,usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat membantu memelihara ekologi tanaman yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Goh Moon Hong (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  claraliew04 (U6A) Sat Apr 18, 2009 8:27 am

Isi 2:
Perkembangan sains dan teknologi dengan pesatnya telah mendatangkan pelbagai kebaikan terhadap peningkatan taraf hidup manusia seperti penciptaan teknologi laser.Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi dan perindustrian.Kini,teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber.Jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data.Selain itu,bidang prindustrian turut berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser.Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden.Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah kepingan logam tanpa mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran.Oleh demikian,dapatlah kita memutuskan bahawa teknologi laser mampu meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil industri serta mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi dan perindustrian.


Last edited by claraliew04 (U6A) on Sat Apr 18, 2009 8:39 am; edited 1 time in total

claraliew04 (U6A)

Posts : 8
Join date : 2008-06-10
Age : 34

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  Lim Je Wei (U6A) Sat Apr 18, 2009 8:29 am

Isi 3:
Kerajaan semakin menitikberatkan Dasar Sains dan Teknologi untuk mempertingkatkan sumbangannya dalam pelbagai aspek.Sains dan teknologi meningkatkan taraf hidup manusia melalui perkembangan dalam bidang perubatan dan kesihatan.Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada pengenalan ubat-ubatan baru untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan dahulu,menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan yang sedia ada dan lain-lain,misalnya penyakit barah.Tambahan pula,penyakit-penyakit yang dihadapi dapat ditentukan dengan cepat dan tepat semasa diagnosis dijalankan sebelum kemunculan tanda-tanda yang ketara.Oleh itu,penyakit itu dapat diubati dengan efektifnya sebelum dikesan lewat.Selain itu,risiko penyakit dapat kita kurangkan melalui program vaksinasi.Kemajuan sains dan teknologi juga membawa kemudahan dalam menjalankan pembedahan.Penggunaan mesin untuk menjalankan operasi dapat mengurangkan risiko dan kesilapan yang akan berlaku terutamanya bagi operasi yang agak rumit dalam prosesnya.


Last edited by Lim Je Wei (U6A) on Sat Apr 18, 2009 8:41 am; edited 2 times in total

Lim Je Wei (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  Mow Jiun You (U6A) Sat Apr 18, 2009 8:31 am

Isi 4:
Sains dan Teknologi berupaya memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) yang semakin penting dalam era maklumat.Kepesatan ini di Malaysia dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.Kebelakangan ini,manusia semakin bijak dan kian mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) untuk mencipta peralatan berteknologi seperti internet,canggih telefon bimbit dan satelit.Internet membolehkan kita melayari laman web untuk mencari maklumat dan boleh berbalas e-emel dengan sesiapa sahaja walaupun seseorang itu berada di tempat yang jauh.Penciptaan komputer riba juga telah memudahkan pergerakan kita dan mudah dibawa ke mana-mana tempat.Telefon bimbit juga memberi kesenangan kepada rakyat kini untuk berkomunikasi dari jarak jauh.Tambahan pula,penggunaan satelit turut membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negeri asing dan sebaliknya di negara lain juga.Projek Koridor Raya Multimedia(MSC) akan dapat menjadi lebuh raya maklumat melalui input sains dan teknologi yang secukupnya.

Mow Jiun You (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  Soo Hui Sun(U6A) Sat Apr 18, 2009 8:33 am

Penutup:
Sebagai kesimpulan,sains dan teknologi adalah nadi pembangunan masyarakat dan negara.Perkembangan sains dan teknologi telah mengubah cara hidup manusia dari sektor pertanian sehingga sektor perkhidmatan.Aktivti ekonomi negara dipertingkatkan dan pendapatan negara akan bertambah serta meningkatkan taraf hidup manusia pada masa yang sama.Teknologi yang semakin canggih telah membantu kerajaan untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan dapat merealisasi impiannya ke arah wawasan 2020.

Soo Hui Sun(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  WeiShi_L6F Sat Apr 18, 2009 4:51 pm

Isi 1:
Alat sains dan teknologi boleh mengantikan manusia bagi menjalankan sesuatu tugas menyenangkan manusia daripada menjalankan kerja yang rumit. Kehadiran teknologi baru seperti internet dikatakan boleh mengantikan tugas seorang kerani, guru, dan broker saham.Kajian yang dijalankan menunjukkan pada masa hadapan. sekolah hanya mempunyai sepuluh orang guru kerana para pelajar boleh memperoleh ilmu pendidikan melalui program Internet.Perubahan yang sebegitu juga dapat dilihat dalam bidang perubatan, perniagaan dan perindustrian.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty RE: Esei Minggu 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  marilyn(U6B) Sun Apr 19, 2009 6:12 am

ISI 4:
Selain itu, kemajuan sains dan teknologi turut menyumbang kepada kemajuan dalam bidang pendidikan.Contohnya,pelancaran satelit pertama Malaysia, MEASAT membantu dalam menjayakan program pendidikan jarak jauh. Hal ini secara tidak langsung mencapai matlamat kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu. Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk Malaysia malah oleh penduduk negara-negara lain di rantau ini yang berada dalam lingkungan jejak MEASAT. Hal ini juga merealisasikan konsep "langit terbuka" yang diharapkan dapat membuka minda masyarakat supaya lebih inovatif, keatif, berdaya tahan dan berdaya saing.

marilyn(U6B)

Posts : 6
Join date : 2009-03-24

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty kEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Post  priya Sun Apr 19, 2009 7:28 am

U6B---ISI 1

Kemajuan sains dan teknologi telah memperkenalkan jentera canggih yang dapat mengurangkan tenega kerja.Penggunaan mesin dan jentera dalam sektor pertanian dapat meningkatkan hasil pertanian.Kawasan-kawasan yang luas dapat dibajak,dibersihkan dan dituai dengan mudah dan cepat.Penjenteraan memainkan peranan penting membantu petani-petani yang mempunyai tanah bersaiz kecil meningkatkan hasil pertanian mereka.Kerja-kerja penyediaan tanah,menanam dan menuai dapat dilakukan dengan lebih efisien.Ini menjimatkan masa antara peringkat menuai dan penanaman semula,contohnya penanaman padi dua atau tiga kali setahun.Penjenteraan juga meningkatkan produktiviti setiap pekerja,malahan dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

priya

Posts : 4
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  Steph Sun Apr 19, 2009 11:39 am

Isi2
Dari segi lain,perkembangan bidang sains dan teknologi menjadikan komunikasi dan perhubungan antara manusia mudah dan cepat.Penggunaan teknologi serabut optik membolehkan pelbagai maklumat dan informasi dalam bentuk digital disalurkan kepada media massa sepantas kilat.Ciptaan satelit serta alat teknologi seperti telefon bimbit,telefaks,Internet dan sebagainya untuk tujuan hiburan dan perhubungan telah berjaya membatasi had masa dan tempat, sekali gus menjimatkan masa,tenaga dan kos pengguna secara berlipat ganda.Selain itu,hubungan antara manusia dapat dirapatkan lagi walaupun mereka berkomunikasi dari jarak yang jauh.Dalam bidang penyiaran, kejadian dan acara-acara yang berlaku di negara-negara lain boleh ditonton secara langsung melalui satelit dengan berterusan. Hal ini meningkatkan tahap ilmu dan budaya sesuatu masyarakat sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.

Steph

Posts : 7
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  reeann Sun Apr 19, 2009 5:05 pm

ISI 3

Sains dan Technology juga membantu sesuatu negara melindungi rakyatnya daripada bencana semula jadi atau perbuatan manusia seperti gempa bumi atau perang . Dalam perkara sebegitu orang ramai diberi amaran terlebih dahulu dan tindakan dapat dilakukan dengan segara, justeru itu, mengelakkan pengorbaran berjuta-juta nyawa. Di Amerika Syarikat , peramal cuaca telah mengingatkan kita bagaimana teknologi yang maju dapat meramalkan cuaca lima belas hari yang akan datang. Selain itu, senjata yang canggih dicipta adalah untuk melindungi dan berkhidmat rakyat mereka. Negara -negara persaingan tidak bersedia menghadapi kemusnahan yang disebabkan oleh senjata yang begitu canggih, oleh itu, kecutlah idea untuk menyerang negara tersebut.
reeann
reeann

Posts : 5
Join date : 2009-03-18

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Pendahuluan-U6B

Post  Ong Yee Teng Sun Apr 19, 2009 6:13 pm

Dari abad ke abad, manusia memajukan diri dan menerajui hidupan lain. Kita mempunyai cara hidup yang moden dan selesa, dengan segala peralatan yang telah memikul semua yang dipertanggungjawab kepada kita. Kemajuan sains dan teknologi memainkan peranan utama dalam perningkatan mutu kehidupan masyarakat. Dalam pembangunan tamadun manusia, tidak dapat dinafikan kepentingan sains dan teknologi.

Ong Yee Teng

Posts : 6
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  HO KOK WAI Mon Apr 20, 2009 3:44 pm

Penutup:
Tuntasnya, kemajuan sains dan teknologi memberi impak yang positif dari segi mengurangkan tenaga pekerja, meningkatkan hasil, menjalin hubungan antara manusia, melindungi manusia serta memajukan pendidikan. Manusia juga perlu terus berusaha untuk memajukan sains dan teknologi agar kualiti manusia semakin meningkat.

HO KOK WAI

Posts : 5
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi Empty Re: Esei Minggu ke 4- Kemajuan Sains dan Teknologi

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum