Bawa telefon, iPad ke sekolah
Page 1 of 1
Bawa telefon, iPad ke sekolah
PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gelaja Displin Murid di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kebenaran penggunaan iPad adalah selari dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian yang semakin popular di negara ini.
''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.
''iPad juga mempunyai fungsi perbualan, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Note adalah sukar dikategorikan sebagai telefon bimbit atau komputer riba," katanya.
Ka Siong bagaimanapun menegaskan keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah tidak bermaksud Kementerian Pelajaran menggalakkan pembelian produk berteknologi tinggi dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 kini berada di peringkat akhir penyediaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan.
''Dalam tempoh ini, Kementerian Pelajaran mengalu-alukan pendangan daripada semua pihak," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 juga akan menetapkan peraturan untuk menangani perihal jenayah siber.
''Ini antaranya bertujuan mengelakkan pelajar menyalahgunakan alat komunikasi untuk tujuan yang tidak baik termasuk memfitnah guru di Internet," katanya.
______________________________________________________________________________________________________________________________Perkara tersebut membawa sama kebaikan dan keburukan. Oleh itu, pihak yang berkaitan, iaitu sekolah harus berusaha untuk mengelakkan yang tidak baik berlaku di antara pelajar seperti kes kecurian. Pihak sekolah harus mengenakan peraturan-peraturan yang baru yang berkaitan dengan perkara ini bagi mengawal pelajar-pelajar.

ASHLEY L6A/2012- Posts : 8
Join date : 2012-06-28
Similar topics
» Bawa telefon, iPad ke sekolah
» Patutkah ISA dimansuhkan?
» Kajian Kesan Penggunaan Telefon bimbit
» Aktiviti joging boleh bawa risiko?
» RMK-10 bawa Malaysia ke era kemajuan berteras sama rata

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum