PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Gadis mati dikelar dalam rumah

Go down

Gadis mati dikelar dalam rumah Empty Gadis mati dikelar dalam rumah

Post  samantha chan L6A 2012 Sat Aug 18, 2012 7:23 pm

PETALING JAYA 17 Ogos - Kurang dua hari sahaja lagi menjelang Aidilfitri, kegembiraan sebuah keluarga berkecai apabila anak bongsu daripada lapan beradik mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dikelar di pangsapuri Flora Damansara di sini awal pagi ini.

Gadis malang, Yasuhaidah Yeop, 22, kakitangan pusat perkembangan minda di sebuah pusat beli-belah terkenal di Damansara ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan 'nyawa-nyawa ikan' oleh jiran dalam rumah di hadapan pintu jeriji masih berkunci di tingkat enam pangsapuri berkenaan, pukul 3 pagi.

Dalam kejadian itu, pembunuh bertindak kejam apabila merentap rambut gadis itu melalui pintu jeriji besi dari luar sehingga terputus rambut sebelum mengelar lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa mangsa bersendirian di rumah kerana kakaknya, Yazniyana Yeop keluar membeli-belah untuk persiapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman sejak pukul 11 malam.

Sebelum keluar, Yazniyana sempat mengunci pintu dan jeriji rumah tersebut, manakala Yasuhaidah pula menonton televisyen selepas pulang dari rumah seorang lagi kakaknya di Taman Medan di sini.

Seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu, dia terdengar suara seorang wanita sayup meminta tolong di tingkat atas rumahnya dan terkejut melihat mangsa terbaring berlumur darah.

"Saya tidak mengenali mangsa kerana jiran di sini jarang berinteraksi tetapi hati saya tergerak menyuruh abang mengikut saya melihat ke tingkat atas sebaik terdengar suara meminta tolong.

"Kami terkejut melihat mangsa terbaring dan berlumur darah tetapi masih bernyawa. Kami tidak dapat membantu kerana pintu jeriji berkunci lalu menghubungi polis," katanya di lokasi kejadian hari ini.

Pendapatan saya atas berita ini ialah saya rasa kawasan kita adalah semakin berbahaya dan haruslah sentiasa memberi prihatian walaupun berada di dalam rumah yang sepatutnya selamat. Selain itu, saya berasa mempunyai hubungan yang baik dengan jiran-jiran juga adalah peting supaya dapat diberikan pertolongan apabila kecemasan berlaku.

samantha chan L6A 2012

Posts : 8
Join date : 2012-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum