PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki tak kesal pancung anak

Go down

Lelaki tak kesal pancung anak Empty Lelaki tak kesal pancung anak

Post  NgKhaiLi (L6A/12) Thu Jun 21, 2012 12:48 pm

2012/06/21
JAIPUR: Seorang lelaki di barat laut India dilaporkan tidak rasa bersalah selepas memancung kepala anak perempuannya dengan sebilah pedang selepas marah dengan tindakan anaknya menjalin hubungan dengan lelaki.

Lelaki terbabit menyerah diri di sebuah balai polis sambil membawa kepala mangsa dan pedang yang masih dipenuhi darah, kata polis semalam. Oghad Singh, 46, didakwa membunuh. Penduduk kampung Dungarji melahirkan rasa terkejut ketika memberi penghormatan terakhir kepada mangsa berusia 20 tahun dalam kejadian kelmarin. Polis berkata, Singh, seorang pelombong batu marmar mendakwa anak perempuannya itu mencemar kehormatan keluarga dan menyukarkan usahanya untuk mencari bakal suami bagi dua orang kakaknya yang masih belum berkahwin.

Wanita menunjukkan rasa sedih di kampung di negeri Rajasthanitu ketika upacara memberi penghormatan terakhir kepada mayat Manju Kanwar.

Seperti kebanyakan perkampungan India di barat dan utara, wanita termasuk ibu dan adik beradiknya tidak dibenarkan menghadiri majlis pengebumian.

Masyarakat India yang semakin moden berhadapan dengan pertembungan sosial berikutan golongan muda menentang adat tradisional seperti perkahwinan diatur atau membataskan wanita keluar dari rumah terutama di kawasan luar bandar.
Konflik seperti itu menyebabkan ramai wanita dan golongan muda diseret ke mahkamah kecil kampung itu. Tetapi, hukuman kejam seperti Singh jarang berlaku di negara 1.2 bilion penduduk itu. – AP

Walaupun tindakan anaknya salah tetapi lelaki tersebut tidak perlu memancung anaknya.Tindakan ini menyebabkan semua orang terkejut.

NgKhaiLi (L6A/12)

Posts : 8
Join date : 2012-06-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum