PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

4 universiti kekal status penyelidikan untuk tiga tahun lagi

Go down

4 universiti kekal status penyelidikan untuk tiga tahun lagi Empty 4 universiti kekal status penyelidikan untuk tiga tahun lagi

Post  keat sin (U6A) Tue Jul 20, 2010 11:38 am

PUTRAJAYA 20 Julai - Status universiti penyelidikan bagi empat universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia dikekalkan untuk tempoh tiga tahun lagi bermula tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu berdasarkan hasil audit ke atas keempat-empat universiti tersebut dalam tempoh 2007 hingga 2009.

"Secara keseluruhannya keempat-empat universiti penyelidikan itu telah menunjukkan impak yang besar ke atas pencapaian bidang penyelidikan negara dan penghasilan modal insan.

"Pencapaian mereka turut merentasi empat aspek yang diukur iaitu modal insan, penerbitan, paten dan hak harta intelek (IPR) serta penjanaan pendapatan," katanya di sini, hari ini.

Dalam aspek modal insan katanya, bilangan pelajar pascasiswazah di universiti terbabit menunjukkan peningkatan sebanyak 34 peratus iaitu daripada 29,794 pada 2007 kepada 39,819 pada tahun lepas.

"Dalam aspek penerbitan pula, bilangan penerbitan dalam jurnal indeks sitasi turut meningkat dari 2,303 pada 2007 kepada 4,346 pada 2009 iaitu peningkatan sebanyak 2,043 atau 89 peratus," katanya.

Katanya, dari aspek IPR pula mencatatkan peningkatan sembilan peratus iaitu daripada 217 pada 2007 kepada 237 pada tahun lepas manakala penjanaan pendapatan meningkat daripada RM436 juta kepada RM746.7 juta bagi tempoh sama.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum