China temui lagi susu ada bahan kimia
Page 1 of 1
China temui lagi susu ada bahan kimia
Kemungkinan stok lama yang patut dimusnahkan 2 tahun
BEIJING: Pihak berkuasa China terus menemui produk tenusu dicemari bahan kimia industri melamin yang menyebabkan enam bayi maut dan beratus-ratus lagi jatuh sakit pada 2008, di sekurang-kurangnya dua wilayah lagi
Penemuan itu menunjukkan susu bertoksik masih lagi menjadi ancaman di China walaupun selepas operasi dua tahun lalu yang menyaksikan berpuluh ditahan manakala dua daripada mereka, seorang petani dan penjual susu dihukum bunuh.
Susu yang ditemui baru-baru ini dalam bentuk tepung itu dilaporkan media tempatan kemungkinan stok lama yang sepatutnya dimusnahkan dua tahun lalu.
Melamin ditambah dalam susu untuk mengurangkan air menjadikan ia lebih kaya dengan protein ketika ujian kualiti yang mengukur nitrogen. Masalah kesihatan yang mungkin timbul berikutan bahan kimia itu adalah termasuk batu karang dan kerosakan buah pinggang.
Jun lalu, pihak berkuasa menemui 64 tan bahan mentah membuat susu tepung dan 12 tan susu tepung tercemar dengan melamin di sebuah kilang di wilayah barat jauh Qinghai, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Dalam satu kes berasingan, mereka merampas kira-kira 1,000 paket susu tepung tercemar di wilayah Jilin. Xinhua melaporkan, pemilik dan pengurus pengeluaran dari kilang di Qinghai ditahan.
Laporan itu mendedahkan, sesetengah bahan itu dipercayai adalah bahan lama yang sepatutnya dimusnahkan pada 2008 berikutan operasi susu tercemar itu tetapi ia sebaliknya disimpan.
Kilang Dongyuan Dairy di Qinhai membeli barangan bermasalah itu dari wilayah Shaanxi dan Hebei dan menjualnya di Jiangsu dan Zhejiang.
Pemilik yang juga pengurus pengeluaran kilang itu ditahan selepas beberapa ujian menunjukkan sebahagian produk mereka adalah 500 kali lebih tinggi had melamin.
Pencemaran itu dikesan selepas Dongyuan menghantar contoh susu tepung yang dibeli dari Hebei untuk diuji supaya mereka dapat menetapkan cara mencairkannya dengan lebih baik sebelum menjualnya. – AP

WAN SEN (U6A)- Posts : 33
Join date : 2009-05-20
Similar topics
» Bahan Bacaan KUIZ
» Pembantu Exco Selangor ditemui mati
» China jumpa 170 tan susu tercemar
» ~Pesara guru dakwa temui penawar H1N1?? ~
» Polis temui cap jari di kereta ketua pemuda Kepong

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum