PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pertubuhan pendidikan, saintifitik,dan kebudayaan PBB(UNESCO

Go down

Pertubuhan pendidikan, saintifitik,dan kebudayaan PBB(UNESCO Empty Pertubuhan pendidikan, saintifitik,dan kebudayaan PBB(UNESCO

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 01, 2008 8:22 am

UNESCO
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
Lompat ke: navigasi, gelintar
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB
Bendera UNESCO


Jenis Agensi khusus PBB
Singkatan UNESCO
Ibu pejabat Paris, Perancis
Ketua Pengarah Koïchiro Matsuura
(Jepun)
Penubuhan 1945
Laman web http://www.unesco.org/
UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB, bahasa Inggeris: UN Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklan kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.

Senarai kandungan [lipat]
1 Struktur
2 Kontroversi dan reformasi
3 Hadiah, anugerah dan pingat
4 Ketua Pengarah
5 Pautan luar



[sunting] Struktur
Tiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO:

Persidangan Agung
Lembaga Eksekutif
Sekretariat

Logo UNESCOPersidangan Agung ialah suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan.

Lembaga Eksekutif mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan.

Sekretariat mengandungi Ketua Pengarah dan staf-staf dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta pengurusan harian UNESCO. Ketua Pengarah yang berkhidmat sebagai pegawai awam UNESCO. Dia dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama empat tahun (boleh diperbaharui). Kakitangan UNESCO setakat ini berjumlah sebanyak 2100, yang mana dua pertiga berpusat di Paris, dengan selebihnya diseluruh dunia.


[sunting] Kontroversi dan reformasi
UNESCO telah beberapa kali menjadi tumpuan berikutan kontroversi yang dihadapinya terutamanya di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Singapura. Semasa tahun 70-an dan 80-an, sokongan UNESCO bagi "Orde Maklumat Baru Dunia" dan Laporan MacBridenya yang mengesa pengdemokrasian media dan pengaksesan maklumat telah dikutuk oleh negara-negara berkenaan sebagai satu usaha untuk menghapuskan kebebasan akhbar. UNESCO dianggap oleh sesetengah pihak sebagai platform bagi pihak komunis dan negara-negara Dunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat menghentikan sumbangannya dan keluar daripada pertubuhan itu sebagai tanda protes. Hal ini diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1985 dan Singapura pada tahun 1986. Dengan berlakunya perubahan kerajaan di UK pada tahun 1997, UK menyertai semula pertubahan ini. Amerika Syarikat pula kembali menyertai pertubuhan ini pada tahun 2003. Semasa waktu beberapa reformasi telah dilakukan di pertubuhan ini.


[sunting] Hadiah, anugerah dan pingat
UNESCO menganugerahkan beberapa hadiah dalam bidang sains, kebudayaan dan keamanan seperti:

Hadia Carlos J. Finlay untuk Mikrobiologi
Hadiah Keamanan Félix Houphouët-Boigny
Hadiah Antarabangsa Sungai Besar Buatan Manusia bagi Sumber Air di Kawasan Gersang dan Separa-Gersang
Hadiah Antarabangsa José Martí
Hadiah Antarabangsa Simón Bolívare
Hadiah Javed Husain bagi Saintis Muda
Hadiah Jikji
Hadiah Kalinga bagi Sains yang dipopularkan
Anugerah L’Oréal-UNESCO bagi Wanita dalam Sains
Pingat Sergei Eisenstein
Hadiah Sultan Qaboos bagi Pemeliharaan Hutan
Hadiah Kebesasan Akhbar Sedunia UNESCO/Guillermo Cano
Hadia UNESCO Raja Hamad Bin Isa Al-Khalifa
Pingat UNESCO Mozart
Haidah bagi Pendidikan Keamanan UNESCO
Hadiah Sains UNESCO
Pingat UNESCO/Institut Pasteur
Artis untuk Keamanan UNESCO
Rangkaian Bandaraya Kreatif

[sunting] Ketua Pengarah
Julian Huxley, United Kingdom (1946–1948)
Jaime Torres Bodet, Mexico (1948–1952)
John Wilkinson Taylor, Amerika Syarikat (pemangku 1952–1953)
Luther Evans, Amerika Syarikat (1953–1958)
Vittorino Veronese, Itali (1958–1961)
René Maheu, Perancis (1961–1974; pemangku 1962)
Amadou-Mahtar M'Bow, Senegal (1974–1987)
Federico Mayor Zaragoza, Sepanyol (1987–1999)
Koïchiro Matsuura, Jepun (1999–kini)

[sunting] Pautan luar
(Inggeris) Laman web rasmi UNESCO
(Inggeris) Reformasi UNESCO
(Inggeris) Ketua Pengarah UNESCO
(Inggeris) Pejabat-pejabat UNESCO seluruh dunia
(Inggeris) Budaya UNESCO
(Inggeris) Buku merah UNESCO Bagi bahasa-bahasa yang semakin pupus (Laman utama)
(Inggeris) Buku merah UNESCO Bagi bahasa-bahasa yang semakin pupus: Eropah
(Inggeris) Konvensyen Warisan Dunia
(Inggeris) Warisan Asia Pasifik
(Inggeris) UNESCO - Program Informasi dan Komunikasi
(Inggeris) UNESCO - Maklumat tentang semua program
(Inggeris) Hari Kebebasan Akhbar Sedunia
(Inggeris) Hadiah Sains UNESCO
(Inggeris) UNESCO - Institut Statistik
p • b • sPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)[sembunyi]
Sistem PBB: Mahkamah Keadilan Antarabangsa • Majlis Ekonomi dan Sosial • Majlis Keselamatan • Perhimpunan Agung • Sekretariat

Program, Tabung dan Agensi: FAO • ICAO • ILO • IPCC • UNCTAD • UNDCP • UNDP • UNEP • UNESCO • UNFIP • UNFPA • UNHCR • UNHRC • UN-HABITAT • UNICEF • UNRWA • UPU • WFP • WHO • WMO

Resolusi PBB: Perhimpunan Agung • Majlis Keselamatan

Keahlian: Negara-negara ahli • Pemerhati

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum