PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula

3 posters

Go down

Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula Empty Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula

Post  ypeng(U6A/10) Thu Jun 17, 2010 6:50 am

Pemborong kena syarat beli barang lain untuk dapat bekalan
KUALA LUMPUR: Peruncit dan peniaga kecil sekitar ibu negara mula terasa kesukaran mendapatkan bekalan gula sehingga ada yang terpaksa menutup perniagaan buat sementara kesan tindakan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) mengambil tindakan memboikot barangan kawalan terutama gula.
Peruncit mendakwa, terdapat pemborong yang mengenakan syarat supaya mereka membeli barangan lain sebagai pakej mendapat gula.

Di ibu negara, tinjauan Berita Harian mendapati, selain ada pengusaha terpaksa menghentikan perniagaan sementara, pasar raya dan peruncit juga mengambil tindakan mencatu jualan gula dengan mengehadkan kepada dua kilogram (kg) setiap pelanggan.

Peniaga, Zainun Talib, yang memerlukan 10 kilogram (kg) gula setiap hari berkata, beliau baru membuka perniagaan selepas terpaksa menutup kedai makan selama dua hari sejak Isnin lalu, berikutan ketiadaan gula di pasaran.
“Saya terpaksa bawa ahli keluarga untuk membuat pembelian secara berasingan bagi membolehkan lebih banyak bekalan diperoleh,” katanya.
Pekerja sebuah kedai runcit, Iskandar Yusof, berkata tindakan mengehadkan penjualan gula kepada 2kg bagi setiap keluarga bagi membolehkan pengguna lain mendapat bahan itu.

“Kalau ada pengguna mengatakan kami menyorokkan bekalan gula, ia tidak benar sama sekali. Lagipun gula barang kawalan dan sebagai peniaga, kami tidak memperoleh keuntungan yang banyak daripadanya,” katanya.

Pengurus Pasar Raya Sri Kota, Mohd Haris Lee, berkata sebelum ini bekalan diperoleh hingga 1,000 kg tetapi sejak beberapa minggu lalu pihaknya hanya dapat membeli 500 kg saja daripada pembekal.

“Dalam keadaan begini saya jangkakan bekalan yang ada akan habis dalam masa terdekat jika tindakan tidak diambil untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Peniaga runcit, Nohayati Mansur, 37, berkata bekalan gula di kedainya tidak mencukupi sejak beberapa minggu lalu.

“Saya berhadapan masalah menambah stok kerana pemborong meletakkan syarat pembelian barang lain seperti beras jika ingin membuat pembelian berkenaan,” katanya.

Seorang pekedai, Razali Gharib, 22, juga berdepan masalah sama apabila dipaksa pemborong membeli barangan lain jika mahu mendapatkan bekalan gula.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula Empty Re: Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Thu Jun 17, 2010 10:45 am

99 peratus daripada bekalan gula negara kita diimport dari negara berdekatan...
ini menyebabkan harga gula semakin mahal disamping sukar untuk mendapat bekalan gula yang berkekalan.
Kerajaan harus menitikberatkan atau membuat pertimbangan untuk memperkenalkan industri pembuatan gula di negara kita....

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula Empty Re: Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula

Post  yeow_U6A/2010 Fri Jun 18, 2010 5:22 pm

Saya amat bersetuju dengan cadangan saudara. Bahawa kerajaan harus memperkenalkan industri pembuatan gula. Dengan memperkenalkan industri pembuatan gula, bekalan gula di negara kita akan sentiasa ada. Secara tidak langsung, peluang pekerjaan di negara akan meningkat. Sehubungan itu juga kerajaan harus memantau pasaran gula di dalam negara kita supaya tidak mengalami kehabisan bekalan gula.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula Empty Re: Peruncit, peniaga ibu negara sukar dapat gula

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum