PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tekanan..

+4
Ngo Yong Hui (L6A/2008)
siewMei
wendy
vinclam1314
8 posters

Go down

Tekanan.. Empty Tekanan..

Post  vinclam1314 Sun Jun 29, 2008 6:21 am

Kini, kadar bunuh diri di beberapa negara mengalami peningkatan yang dasyat.. menurut pengajian yang telah dibuat, ketidak mahiran untuk membebaskan tekanan yang dikenakan merupakan salah satu punca yang utama.. sebagai contohnya, terdapat banyak orang yang membunuh diri kerana terhutang banyak duit.. mereka tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah ini justerunya terhasillah tekanan kepada mereka yang membawa kepada kes yang menyedihkan orang ramai...

Sebagai seorang pelajar STPM dan remaja, tentulah mengalami banyak perkara yang tidak menyenangkan diri anda.. bagaimanakah kalian melepaskan tekanan yang dikenakan padamu? apakah yang menyebabkan tekanan itu? biarkanlah kita berkongsi bersama-sama.. monkey

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  wendy Sun Jun 29, 2008 10:03 am

Pelajar yang ingin menduduki peperiksaan seperti PMR,SPM mahupun STPM akan berasa tertekan apabila masa peperiksaan semakin dekat.Apa yang kita biasa dengar adalah tidur dan makan selesa akan mengurangkan tekanan apabila peperiksaan dekat. Bagi saya,tekanan memang tidak boleh dielakkan apabila menduduki peperiksaan,bukan STPM malah ujian bulanan juga akan menekankan pelajar.Tekanan itu timbul apabila seseorang rasa dirinya tidak bersedia menduduki peperiksaan.bagi saya, saya akan mengajak kawan berjalan-jalan tetapi akan berasa tekanan lagi apabila ujian lagi..haiz...

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  siewMei Fri Jul 04, 2008 10:10 am

memang betul tekanan tidak dapat dielakkan,oleh itu amat penting untuk kita mengetahui cara untuk mengurangkan tekanan terutamanya tahun genting bagi pelajar stpm,spm dan pmr.. setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengurangkan tekanan mereka.. Bagi saya,main,menonton televisyen,pergi berjalan-jalan ataupun mendengar muzik dapat mengurangkan tekanan saya.. kebelakangan ini saya tidak begitu rasa tekanan seperti tempoh yang lalu masa peperiksaan,saya rasa sangat relax bila saya mengulang kaji.. barulah sekarang saya faham jika kita belajar demi kefahaman dan bukan untuk peperiksaan,kita akan berasa lebih relax..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  Ngo Yong Hui (L6A/2008) Tue Jul 15, 2008 6:47 pm

apabila saya tidak begitu faham tentang apa yang cikgu ajar sedangkan semua kawan saya memahaminya,
saya akan berasa sangat tertekan...
saya akan terfikir-fikir, kenapa saya seorang yang tidak faham sahaja?!
semakin banyak kali saya baca tentang topik itu, semakin saya berasa geram...
oleh itu, saya akan tanya abang saya untuk terangkan kepada saya.
dengan itu, barulah saya dapat memahami dengan sepenuhnya.

apabila saya berasa tertekan, saya akan bersembang dengan kawan saya.
saya akan memberitahu mereka tentang tekanan saya.
mereka dapat memahami situasi saya dan akan memberikan pandangan mereka.
selain itu, kami juga akan bergossip~
ini dapat menggembirakan saya dan dapat melupakan tekanan saya sementara...

Ngo Yong Hui (L6A/2008)

Posts : 16
Join date : 2008-06-19
Age : 33
Location : KUALA LUMPUR

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  siewMei Wed Jul 16, 2008 9:35 am

betul tu,bergossip memang dapat mengurangkan tekanan yang kita alami,ini pendapat saya..
walaupun sesetengah orang berpendapat bahawa bergossip membazirkan masa dan merupakan sesuatu tabiat yang tidak baik. Shocked
Namun,ia dapat membawa sedikit kegembiraan sementara dan bergossip juga perlu mempunyai hadnya,maksud saya ialah kita tidak boleh terlampau semasa bergossip sehingga mencederakan hati seseorang..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  wendy Fri Jul 25, 2008 12:39 pm

kita dah banyak berbincang tentang cara-cara yang boleh mengurangkan tekanan?tahukah kalian apakah kesan tekanan? pada pendapat saya,menghadapi tekanan yang serius akan menyebabkan seseorang sakit kepala,mudah letih,tidak senang tidur dan fikiran selalu tergesa-gesa.ini menjejaskan kesihatan kita.apakah kesan yang anda tahu selain daripada itu?

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  vinclam1314 Tue Jul 29, 2008 2:57 pm

Seseorang juga akan menjadi kurang yakin diri dan tidak gembira apabila tertekan.. Selain itu, tekanan juga mungkin menyebabkan penyakit.. apabila tekanan seseorang tidak dapat dilepaskan, lama-kelamaanya, tekanan itu akan menyebabkan orang tersebut berasa sendiri sakit.. dan seterusnya menghidap penyakit yang sangat serius walaupun pada halnya penyakit itu tidak seharusnya sangat serius.. sebagai satu contohnya, terdapat seorang peserta pertandingan penyanyian di India, dia tidak dapat melepaskan tekanannya dan emosinya dengan baik apabila dia ditegur oleh hakim pertandingan itu.. selepas hakim menegur peserta itu, peserta itu terus jatuh dan memasuki keadaan coma, apabila dia bangun daripada coma, dia menjadi seorang 'orang tumbuhan' dan tidak lagi mempunyai abiliti bersuara..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  siewMei Sun Aug 10, 2008 1:39 pm

selain daripada kesan-kesan yang telah kakak wendy dan abang tohwai sebutkan,biar saya tambah beberapa poin. tekanan akan menyebabkan badan kita tidak dapat mengkoordinasikan pengeluaran hormon seperti biasa,maksud saya adalah pengeluaran hormon berlebihan ataupun kekurangan,oleh itu ia akan menyebabkan ketumbuhan jerawat yang banyak dan kemungkinan emosi yang tidak tentu,iaitu cepat naik darah dan sebagainya.. keterangan dari segi konsep biologi,poin ini dapat membant kawan-kawan sekalian dalam karangan laras sains..haha.. Very Happy di samping itu,tekanan juga akan menyebabkan seseorang tiada selera untuk makan ataupun terlampau makan dan kemungkinan menyebabkan masalah obesiti..menggerunkan kawan-kawan sekalian terutamanya perempuan? haha... Laughing

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  wonderfoo_99 Fri Aug 15, 2008 3:51 pm

Cara yang paling berkesan melepaskan tekanan ialah membaca surat khabar. Sebab-Sebabnya;

-membaca surat khabar dapat melupakan tekanan
-isu-isu dalam akhbar adalah sangat menarik
-justeru dapat berhibur sambil belajar
-kita juga boleh main permainan di dalam akhbar

lain-lain
-menanam pokok bunga
-mendengar muzik

wonderfoo_99

Posts : 111
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  siewMei Tue Aug 19, 2008 3:47 pm

memang membaca surat khabar dapat melepaskan tekanan,tapi saya rasa cara yang terbaik adlah tidak sama bagi setiap individu.. Smile bagi saya,saya rasa dengan mendengar muzik ataupun bermain dapat mengurangkan tekanan saya.. di samping itu,saya rasa bersenam juga dapat mengurangkan tekanan seseorang. contohnya,hari ini kita mempunyai pertandingan badminton di pusat komuniti setapak jaya kan?saya berasa sangat seronok selepas dapat mengeluarkan peluh yang banyak hari ini walaupun memang amat meletihkan selepas pertandingan hari ini.. dan sepanjang pertandingan dijalankan,saya tidak fikir tentang kerja rumah dan pelajaran saya walaupun pada masa rehat saya tetap membincang sedikit masalah tentang kerja rumah dengan kawan-kawan.. hehe..

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  hawjiun Tue Aug 19, 2008 4:34 pm

Bersenam juga merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan secara efektif. Setiap orang mempunyai caranya tersendiri untuk melepaskan tekanannya. Tetapi sekiranya seseorang mempunyai tekanan ia juga dapat memberi rangsangan untuk seseorang untuk melakukan kerjanya atau matlamatnya dengan sempurna. cyclops

hawjiun

Posts : 58
Join date : 2008-01-11
Age : 34
Location : Kuala Lumpur

http://hawjiun.blogspot.com

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  Ultima Lucifer Sat Nov 01, 2008 5:56 am

Kalau bagi saya...

-bersenam
-bermain... (DoTa)??? hehe
Ultima Lucifer
Ultima Lucifer

Posts : 58
Join date : 2008-10-30
Location : Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  CikguPA Mon Dec 01, 2008 5:43 am

Salam Sejahtera,

Strategi Menangani 'Stress'

Muhasabah diri
- lihat keupayaan diri – visi nasional Wawasan 2020 (ke 2)
- kekuatan dan kelemahan
- mengkaji bentuk kemahiran yang diperlukan

Kemahiran pengurusan kendiri
- perancangan sistematik
- pengurusan masa
- kaji kegiatan
- kaji keseimbangan dalam hidup

Pengurusan emosi
- fahami situasi
- kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan
- keupayaan mengawal emosi
- pelepasan emosi secara sihat

Kemahiran penyelesaian masalah
- kenal pasti masalah
- cari maklumat
- analisis maklumat
- cari alternatif
- nilai alternatif
- buat tindakan
- nilai

Jaga kesihatan fizikal
- amalkan permakanan seimbang
- cuba hentikan merokok
- kawal berat badan
- latihan jasmani
- masa rehat
- kurangkan beban kerja

Aktiviti/hobi
- membuat sesuatu yang menyibukkan diri, tetapi tidak menyusahkan orang lain
- melakukan aktiviti yang menyeronokkan
- ambil cuti dan melancong
- kerap bersama-sama keluarga di hujung minggu
- bermain muzik / menyanyi / karaoke
- melukis
- menulis lirik lagu
- memancing
- berkayak
- lain-lain

Strategi Mengurangkan 'Stress' Aspek Kerohanian

Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.
- sembahayang
- zikir
- munajat
- meditasi
- berguru
- berbincang dengan rakan

Proses Meditasi
Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

Munajat
Bernafas perlahan-lahan
Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

Strategi Mengurang 'Stress' Aspek Fizikal
Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal:

Diet
Urut
Mandi air suam/berendam kolam air panas
Menangis
Bermain
Menjerit

Sumber: laman Rasmi SMK Dato'Wan Ahmad Rasdi, Changkat Jering
http://www.rasdian.edu.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=91&Itemid=85
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 55
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Tekanan.. Empty Re: Tekanan..

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum