Jenayah Komersial/kolar putih

View previous topic View next topic Go down

Jenayah Komersial/kolar putih

Post  kuanchin91 on Fri May 21, 2010 7:43 pm

Jenayah kolar putih semakin berleluasa kini. Jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional secara halus dan sukar dikesan.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat membendung jenayah kolar putih ini.

• Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional.
• Jenayah ini dilakukan secara halus tanpa kekerasan.
• Misalannya pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah.
• Jenayah ini akan menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial.
• Jadi, langkah-langkah segera perlu diambil.

1. Penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam hal ini.
• Hukuman yang berat berkesan dalam hal ini..
• Penjenayah harus dikenakan hukuman penjara yang lama.
• Hukuman sebat juga perlu dikenakan.(pencegahan)
• Harta yang dilesapkan juga hendaklah dirampas balik oleh kerajaan.
• Dengan ini, golongan bakal penjenayah akan berasa takut.
• Mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka.
• Sekiranya mereka tertangkap dan sabit kesalahan, mereka akan hilang segala-galanya.
(Penjara min 14 hari hingga 20 tahun. Denda min RM 10,000 atau 5 kali ganda yang mana lebih tinggi)

2. Didikan agama untuk melahirkan insan yang beriman juga penting.
• Agama akan mengajar kita berkelakuan baik.
• Agama membantu kita mengawal nafsu.
• Agama menjauhkan nafsu ghairah mementingkan keseronokan dan kekayaan.
• Sebaliknya mengajar kita hidup penuh kejujuran dan kesederhanaan.
• Kita juga akan takut kepada balasan di akhirat nanti.
• Jadi, kita tidak mudah digoda kebendaan mahupun wanita.
• Dengan ini, pegawai polis, imigresan dan sebagainya tidak tergamak melakukan rasuah dan sebagainya.(Pegawai-pegawai bank tidak akan melakukan jenayah melesapkan wang bank.)

3. Kawalan prosedur kerja yang ketat juga boleh membendung masalah ini.
• Prosedur kerja awam yang ketat dapat mengelakkan menyalahgunakan kuasa.
• Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import kereta)
• Dengan ini, tiada pegawai tinggi yang berkuasa penuh dalam sesuatu kelulusan.
• Ketelusan kelulusan juga harus ada.
• Dengan ini, gejala rasuah dan pilih kasih dapat dihindari.
• Banyak kes lesapan wang bank berlaku kerana kawalan kerja yang longgar.
• Jadi, institusi kewangan harus mengawal ketat kakitangan bawahannya.
• Dengan ini pegawai bank yang mengendalikan wang yang banyak tiada peluang mencurinya

4.Kakitangan yang menjalankan siasatan dan dakwaan jenayah kolar putih juga perlu ditambah.
• Kita memerlukan lebih banyak pegawai Polis atau Badan Pencegah Rasuah yang profesional.
• Hal ini kerana jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional.
• Jenayah ini sukar dikesan dan penjenayah susah disabitkan kesalahan.Goay Teck Chong
• Misalnya dalam jenayah perdagangan, kita memerlukan pegawai penyiasat yang tahu selok-belok perakaunan dan undang-undang perdagangan.
• Bilangan pegawai Polis dan BPR yang ramai juga dapat mempercepatkan siasatan kes dan dakwaan.
• Akta Pencegahan Rasuah 2005 yang memberi kuasa lebih kepada BPR juga penting.
• Tindakan BPR yang lebih bebas membolehkan tindakan segera diambil.

5.Kempen kesedaran juga penting dalam hal ini.
• Kempen ini boleh dijalankan di peringkat sekolah mahupun kebangsaan.
• Misalnya seruan PM kita tentang kesan buruk politik wang penting.
• Melaluinya orang ramai didedahkan tentang betapa bahayanya jenayah ini.
• Dengan ini, orang ramai sedar bahawa akhirnya kita sendiri akan menjadi mangsa.
• Orang ramai juga akan lebih prihatin terhadapnya.
• Dengan ini orang ramai lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung gejala ini.

• Pemimpin India yang terkenal, Mahatma Ghandi pernah berkata: “Dunia ini cukup untuk semua orang kecuali mereka yang tamak haloba. Tempat yang terbaik untuk golongan ini ialah di penjara.”
• Jadi sama-samalah kita menjauhi gejala buruk ini.

Punca-punca:
1 Kelonggaran undang-undang.
2. Kekurangan keimanan
3. Kelonggaran prosedur kerja.
4. Penghasut dan penyogok.
5. Budaya tradisi kaum tertentu
6. Kuasa eksekutif tanpa sekatan.
Contoh kes
curi wang ATM
lesap wang bank
pegawai imigresen minta layanan seks
polis menerima rasuah
beri kontrak kepada syarikat sendiri

1991
2 Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.
Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.

1999 2 Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada negara.

BM 2008 2. Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang telah berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung?

kuanchin91

Posts: 61
Join date: 2009-05-12
Age: 22

View user profile http://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Re: Jenayah Komersial/kolar putih

Post  leeyoong_U6B on Tue Jun 08, 2010 8:56 pm

kuanchin91 wrote:
• Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import kereta)

Apakah itu isu AP import kereta? confused

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

AP ditarik balik

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Sat Jun 12, 2010 9:40 pm

Antara lain, AP kepada 153 syarikat telah ditarik balik kerana mereka menjualnya, tidak beroperasi serta tiada kemudahan ruang pameran dan perkhidmatan lepas jualan, atau pengurusan akaun yang tidak teratur dan sebagainya.

Dari segi pengawasan pula, pemegang AP diwajibkan mencapai prestasi jualan sebanyak 75 peratus daripada jumlah kereta yang diimport. Jika gagal, kelulusan tahun berikutnya akan dikurangkan.

Rungutan Dr Mahathir mengenai kebanjiran kereta import dalam pasaran di negara kita jelas bertujuan untuk melindungi pasaran Proton. Tidak dapat dinafikan, menurut Rafidah, kerajaan telah meluluskan permohonan 116 pemegang AP untuk membawa masuk 66,277 kenderaan tahun lalu. Tetapi yang benar-benar diimport ialah 55,713 buah.

Dasar melindungi kereta nasional telah meletakkan negara kita dalam keadaan serba salah. Sistem AP yang dilaksanakan selama ini terbukti telah disalahgunakan, namun ia tidak boleh dihapuskan sama sekali kerana kereta nasional kita masih tidak berdaya bersaing dalam pasaran bebas.

Menurut Rafidah, Proton sebenarnya tidak boleh bertahan sekiranya sistem AP dihapuskan sama sekali. Malah, sistem AP yang terkawal telah memastikan Proton dapat terus hidup sehingga ke hari ini. Tetapi pasaran tidak lagi boleh ditutup sepenuhnya, sejajar dengan liberalisasi sektor automatif rantau ini, umpamanya mengikut perjanjian Afta.

Proton, dan juga penasihatnya, Dr Mahathir, secara tidak langsung, telah dibidas oleh Rafidah kerana gagal bertapak di pasaran luar negara, sungguhpun tiada sesiapa yang menyekat Proton untuk berbuat demikian.

Mengikut statistik yang didedahkan Rafidah, jumlah Proton yang dieksport merudum kepada hanya 7,622 pada tahun 2003 berbanding 14,965 pada 1994, dan 25,686 pada 1997.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Perbalahan Mahathir-Rafidah

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Sat Jun 12, 2010 9:40 pm

Perbalahan Dr Mahathir-Rafidah berhubung isu AP membayangkan krisis kereta nasional dalam era liberalisasi sektor automatif rantau ini. Oleh kerana sistem AP telah disalahgunakan untuk menguntungkan segelintir kroni Umno, maka ia gagal memperkasakan kereta nasional agar berdikari dan berdaya saing dalam pasaran automatif rantau ini selepas dilindungi untuk sekian lamanya.

Cuba bayangkan sebuah kereta import 1.0 liter jenama popular dari Korea Selatan hanya diisytiharkan berharga RM8,762 – harga kereta tersebut menjadi RM22,868 setelah dikenakan cukai, dan dijual oleh pemegang AP pada harga RM46,000!

Atas nama melindungi kereta nasional dan demi kepentingan bumiputera, negara telah kerugian berbilion ringgit akibat perbuatan pemegang AP yang tamak dengan mengisytiharkan harga (palsu) yang terlalu rendah, dan dijual pula dengan harga yang amat tinggi!

Maka akibatnya, pengguna kereta yang rugi kerana terpaksa membeli kereta import dengan harga yang terlalu tinggi, dan ekonomi negara kita juga akan terjejas kerana kereta nasional kita telah hilang daya saing akibat terlalu bergantung kepada perlindungan negara.

Berasaskan analisis tersebut, maka ternyata sekali bahawa dasar sistem AP yang diakui Rafidah sendiri sebagai sistem yang hanya terdapat di negara kita saja, nampaknya telah gagal mencapai tujuan asalnya.

Tuduh menuduh antara Dr Mahathir dengan Rafidah hanya cuba mengelirukan masalah yang sebenar – kegagalan sistem AP dalam melindungi kereta nasional!

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148
Join date: 2009-05-17
Age: 23

View user profile

Back to top Go down

Re: Jenayah Komersial/kolar putih

Post  leeyoong_U6B on Sat Jun 12, 2010 10:22 pm

Bolehkah AP diringkaskan sebagai satu lesen yang diberi oleh kerajaan bagi memastikan pembelian dan penjualan kerata dapat dijalankan dengan lancar lagi effektif? confused

leeyoong_U6B

Posts: 221
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum