PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Laman web myEPF semak tuntutan pencarum warga emas

Go down

Laman web myEPF semak tuntutan pencarum warga emas Empty Laman web myEPF semak tuntutan pencarum warga emas

Post  kuanchin91 Fri May 21, 2010 1:52 pm

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan carian maklumat melalui laman web myEPF bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak tuntutan mereka.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, carian maklumat menerusi laman web berkenaan bertujuan mengesan mana-mana ahli terutamanya golongan berusia 75 tahun ke atas yang masih belum menuntut baki simpanan mereka.

“Inisiatif ini adalah untuk memaklumkan ahli atau waris terdekat bagi membolehkan mereka mengeluarkan simpanan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Affendi berkata, golongan ahli KWSP yang berusia 75 dan ke atas atau waris terdekat boleh menyemak melalui www.kwsp.gov.my.

“Sekiranya maklumat ahli atau waris terdekat ditemui melalui ruangan carian di laman web kita, mereka dinasihati supaya mengunjungi cawangan KWSP berdekatan untuk mengeluarkan simpanan berkenaan,” katanya. - Utusan


Soalan:apakah fungsi EPF? apakah minimum dan maximum umur bagi rakyat untuk memohon EPF?
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum