Warga emas dipukau,barang kemas RM20,000 lesap(LSY L6A/2012)

View previous topic View next topic Go down

Warga emas dipukau,barang kemas RM20,000 lesap(LSY L6A/2012)

Post  Lim Sok Yin on Wed Oct 17, 2012 2:56 pm

KULIM: Seorang warga emas, Siti Shamsiah Ahmad, 60, kerugian lebih RM20,000 apabila barangan kemasnya dilarikan seorang wanita yang dipercayai telah memukau mangsa di pasar pagi Padang Serai dekat sini, Jumaat lalu.
Siti Shamsiah dari Kampung Keladi di sini berkata, ketika kejadian dia asyik memerhati seorang penjual ubat tradisional di pasar itu sebelum didatangi seorang wanita jam 10.45 pagi.
Katanya, wanita itu menghampirinya dan memberitahu dia sakit mata sambil menunjukkan matanya kepada Siti Shamsiah sebelum beredar secara tiba-tiba.
"Ketika saya nak ambil wang daripada dompet untuk bayar harga ubat tradisional, saya terkejut apabila sebuah lagi dompet kecil dalam beg tangan saya hilang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya dalam beg yang hilang itu terdapat seutas rantai tangan, dua utas rantai leher, dua bentuk loket, 10 biji mutiara, sepasang anting-anting berlian dan sebuah jam tangan.
Beliau dan suami kemudiannya membuat laporan mengenai kehilangan barang-barang kemas tersebut pada hari sama di Balai Polis Padang Serai di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membawa barang kemas yang banyak bersama mereka semasa membeli keperluan harian di pasar.
Kita sepatutnya tidak mudah mempercayai orang yang baru kenal.Walaupun kita perlulah tolong orang yang mengalami kesusahan namun kita juga memerlukan ternik mempertahankan diri supaya tidak ditipu.

Lim Sok Yin

Posts : 10
Join date : 2012-06-20

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum