PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Laluan LRT di Kampung Padang Balang dibatal

Go down

Laluan LRT di Kampung Padang Balang dibatal Empty Laluan LRT di Kampung Padang Balang dibatal

Post  yeow_U6A/2010 Fri May 14, 2010 8:18 am

Penduduk bantah projek bimbang kehilangan tanah

KUALA LUMPUR: Cadangan membina laluan Transit Aliran Ringan (LRT) di Kampung Padang Balang, Sentul di sini tidak akan diteruskan selepas mendapat bantahan, terutama daripada penduduk yang tanah mereka terbabit dalam projek berkenaan. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata keputusan itu dibuat selepas dua kali bertemu penduduk untuk berbincang bersama syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) sebelum ini. “Atas permintaan ramai, kita tidak akan buat laluan merentasi kampung berkenaan, sebaliknya akan mengubah haluan ke beberapa kawasan alternatif lain. Ini bergantung kepada fleksibiliti syarikat Prasarana untuk memilih kawasan berkenaan.

“Penduduk tidak mahu LRT lalu di atas tanah mereka kerana bimbang kehilangan tanah dan sebelum ini keputusan juga sudah dibuat untuk mengekalkan kampung berkenaan sebagai kampung tradisi pada pertemuan pertama bersama penduduk sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan cek yang bernilai RM445,000 kepada 91 Persatuan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di Pusat Komuniti Sentul Perdana baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKL, Mohd Salleh Yusop dan Timbalan Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz.
Setiap Persatuan menerima RM5,000 sebagai suntikan untuk bergiat secara aktif dan lebih terancang demi kepentingan penduduk dan komuniti setempat.
Bagaimanapun, hanya persatuan berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan mempunyai akaun atas nama persatuan saja layak memohon untuk sumbangan berkenaan.

Pembinaan laluan LRT itu adalah sebahagian daripada Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Namun penduduk membantah pelan berkenaan kerana mendakwa beberapa kawasan yang mereka diami akan terbabit dengan pembinaan laluan LRT yang akan dibina merentasi kampung itu yang menyebabkan rumah mereka akan dirobohkan.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum