PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pakar-pakar UiTM akan ditempatkan di seluruh dunia

Go down

Pakar-pakar UiTM akan ditempatkan di seluruh dunia Empty Pakar-pakar UiTM akan ditempatkan di seluruh dunia

Post  Kar Yung (U6A/2010) Fri May 07, 2010 6:00 pm

BANDUNG 7 Mei – Pakar-pakar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang ditempatkan di universiti-universiti di seluruh dunia dalam program transformasi UiTM untuk meletakkan Melayu di peta dunia.

Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, program itu dimulakan di Indonesia dan negara-negara ASEAN yang lain dan kemudiannya akan dikembangkan ke Eropah.

"Kita ada perancangan terperinci untuk meletakkan pakar-pakar UiTM Melayu dalam peta dunia.

“Maknanya Melayu dianggap sebagai pakar rujuk, Melayu dianggap sebagai profesor-profesor pakar dan kita nak kenalkan UiTM di persada dunia,” katanya kepada pemberita di sini.

Program itu katanya, dilaksanakan dengan harapan pensyarah-pensyarah pakar yang telah berkhidmat di universiti di seluruh pelosok dunia dan lulusan UiTM yang diterima bekerja di luar negara akan pulang ke tanah air selepas 10 tahun untuk menjadi sumber yang amat dikehendaki negara.

Sahol Hamid, yang mengetuai delegasi UiTM di Seminar Antarabangsa Peranan Media Dalam Pemilihan Umum Indonesia dan Malaysia, berkata, pada masa yang sama universiti itu turut menghantar pelajarnya untuk menjalani latihan amali di luar negara untuk mendedahkan mereka kepada suasana global.

Sejak tahun lepas, lebih 120 pelajar UiTM telah dihantar ke luar negara untuk menjalani latihan amali termasuk ke Amerika Syarikat, United Kingdom, negara-negara Asia Barat, Turki, Jerman, Rusia dan Perancis.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum