PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MyKad baru lebih tahan lama

3 posters

Go down

MyKad baru lebih tahan lama Empty MyKad baru lebih tahan lama

Post  xiaowen_U6B Tue May 04, 2010 4:14 pm

SIBU: Kad pengenalan pintar Malaysia, MyKad yang baru mempunyai kualiti yang lebih baik kerana diperbuat daripada bahan yang lebih tahan lama.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat, berkata bahan yang digunakan ialah polikarbonat sepenuhnya berbanding bahan polivinil kloride polikarbonat sebelum ini. "Ini dapat mengatasi isu yang selalu berbangkit mengenai dokumen pengenalan diri yang berkualiti rendah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelaing berkata, pengeluaran kad pengenalan yang lebih berkualiti merupakan sebahagian dari Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kementeriannya.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim, pula berkata MyKad yang lebih berkualiti mula dikeluarkan tahun lalu.

"Sirim (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) telah menguji bahan baru itu. Ia dijamin tahan lama," katanya. - Bernama

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

MyKad baru lebih tahan lama Empty Re: MyKad baru lebih tahan lama

Post  Khang Wei (U6B/2010) Wed May 05, 2010 12:08 pm

MyKad yang lama akan mengalami kerosakan.
Ini menyebabkan banyak orang hendak membuat lagi kad pengenalan yang baru disebabkan kad yang sebelumnya telah rosak.
Dengan pengenalan MyKad yang diperbuat daripada bahan yang lebih tahan lama ini, dipercayai masalah tersebut dapat diselesaikan.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

MyKad baru lebih tahan lama Empty Re: MyKad baru lebih tahan lama

Post  leeyoong_U6B Sat May 08, 2010 6:51 am

Khang Wei (L6B/2009) wrote:MyKad yang lama akan mengalami kerosakan.
Mykad lama mungkin lebih mudah rosak. Bapa saya sudah memperbaharui myKad sebanyak 2 kali.. Kedua-dua kali itu juga adalah disebabkan oleh kerosakan "Chip" MyKad... Chip itu tidak dapat dikesan atau dibaca oleh sistem komputer

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

MyKad baru lebih tahan lama Empty Re: MyKad baru lebih tahan lama

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum