PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kementerian nafi Malaysia catat kes HIV tertinggi

Go down

Kementerian nafi Malaysia catat kes HIV tertinggi Empty Kementerian nafi Malaysia catat kes HIV tertinggi

Post  Kar Yung (U6A/2010) Mon May 03, 2010 3:11 pm

KUALA LUMPUR 3 Mei – Kementerian Kesihatan hari ini menafikan Malaysia mencatat kes HIV paling tinggi berbanding Papua New Guinea dan Kemboja.

Timbalan Menteri kementerian berkenaan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anggaran kes HIV negara ini bagi kalangan orang dewasa berumur 15 hingga 49 ialah 80,000 kes atau 0.5 peratus.

"Kadar ini adalah rendah jika dibanding dengan Kemboja yang mencatatkan 75,000 kes atau 0.8 peratus bagi golongan yang sama, manakala Papua New Guinea mencatatkan 54,000 atau 1.5 peratus,” katanya ketika menjawab soalan Senator Zainun A. Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Rosnah berkata, beberapa aktiviti telah diadakan di bawah Pelan Strategik Kebangsaan mengenai HIV/AIDS bagi tahun 2006 hingga 2010 untuk membantu pesakit dan orang ramai mendapatkan rawatan serta saringan penyakit itu.

"Pada tahun 2009, seramai 1.21 juta orang telah menjalani ujian saringan HIV dan sesi kaunseling kepada ibu hamil, kumpulan berisiko, bakal pengantin dan penderma darah. Selain itu seramai 9,962 pesakit telah menerima rawatan Antiretroviral (ARV),” katanya.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum