PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mayat pencari kotak disumbat dalam kotak

Go down

Mayat pencari kotak disumbat dalam kotak Empty Mayat pencari kotak disumbat dalam kotak

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Mon Apr 19, 2010 12:22 pm

SHAH ALAM 18 April - Siapa sangka hayat seorang pencari kotak berakhir di dalam kotak juga.

Itulah nasib menimpa Myint Shwe Sava, 40, mangsa rompakan dan pembunuhan kejam yang mayatnya ditemui disumbat di dalam sebuah kotak televisyen.

Kotak itu kemudian diletakkan di tempat letak barang motosikal jenis Suzuki 110 yang biasa digunakan mangsa untuk mencari rezeki.

Mayat pelarian Myanmar itu ditemui oleh orang awam pada pukul 8.25 pagi ini di hujung deretan kilang di sebuah taman perindustrian, industri kecil dan sederhana di Batu 9, Jalan Telok Batu 36/1, Seksyen 36, di sini.

Mangsa yang memegang dokumen Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan mencari rezeki di Malaysia sejak lima tahun lalu ditemui mati dengan kesan kecederaan di kiri kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, polis mengesyaki mangsa dibunuh lebih enam jam sebelum mayatnya ditemui berdasarkan keadaan fizikal dan topi keledarnya yang dipenuhi air hujan.

Beliau berkata, mangsa juga dipercayai dibunuh selepas dirompak kerana barangan berharga seperti dompet, wang tunai serta telefon bimbit miliknya tidak ditemui.

"Berdasarkan soal-siasat terhadap isterinya, kali terakhir mangsa dilihat adalah pada malam tadi sebelum dia keluar mencari kotak dan besi buruk.

"Menurut isterinya, ketika keluar dia membawa wang tunai RM1,500 untuk membeli kotak terpakai atau besi buruk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noor Azam, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di tempat kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa.

Ujar beliau, pihaknya masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu dan kes kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, isteri mangsa, S. Mala, 33, berkata, kali terakhir dia menemui suaminya adalah kira-kira pukul 9 malam tadi iaitu sebelum suaminya keluar selepas makan malam bersama keluarga.

Katanya, suaminya adalah seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh serta tidak pernah mengadu diancam oleh sesiapa sebelum ini.

"Kami sudah lima tahun tinggal di Malaysia dan menetap di Kampung Jawa," katanya yang mempunyai dua anak, masing-masing berusia enam dan 17 tahun.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk dibedah siasat.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum