PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mayat remaja disorok dalam but

Go down

Mayat remaja disorok dalam but Empty Mayat remaja disorok dalam but

Post  ypeng(U6A/10) Sat Mar 13, 2010 2:36 pm

MELAKA 12 Mac – Empat sekawan yang cuba menyembunyikan kematian seorang remaja lelaki dalam but kereta terbongkar apabila ditahan polis di Jalan Tun Razak, Ayer Keroh, di sini awal pagi tadi.

Mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun ditahan setelah memberhentikan kereta di tepi jalan, kira-kira 150 meter dari sekatan polis pada pukul 1.15 pagi.

Curiga dengan perbuatan suspek itu, polis yang melakukan sekatan jalan memaklumkan kepada unit peronda untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pemeriksaan unti peronda kemudian menemui mayat seorang remaja lelaki di dalam but kereta itu.

“Ketika ditemui mangsa, Yap Wai Seng, 18, dari Taman Seri Krubong lengkap berpakaian.

“Pemeriksaan menemui kesan jerutan di leher selain beberapa kesan luka di badan mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, polis turut menemui sebatang besi pendek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan.

Polis kemudian menahan keempat-empat suspek yang dipercayai datang dari arah pusat bandar menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suspek memberhentikan keretanya di bahu jalan sementara menunggu sekatan polis tamat kerana tidak boleh berpatah balik di jalan raya empat lorong yang mempunyai pembahagi jalan.

Salehhudin menambah, siasatan awal mendapati, mangsa mungkin dibunuh kurang daripada 24 jam di kawasan perumahan di sekitar Semabok sebelum disumbat ke dalam but kereta kira-kira 20 kilometer dari tempat semua suspek ditahan.

“Siasatan masih dijalankan termasuk mencari teman wanita mangsa bagi membantu siasatan dan kesemua suspek akan direman secepat mungkin.

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum