PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hari Gelap

5 posters

Go down

Hari Gelap Empty Hari Gelap

Post  Ang3laWong Sat Mar 29, 2008 9:10 am

Adakah anda tahu hari ini adalah Hari Gelap di Malaysia?Minta maaf,saya tidak dapat mencari link tentang berita ini,tetapi saya dapat tahu berita ini dari surat khabar cina.Saya tidak pastikan sesama hari ini boleh dikatakan "Hari Gelap",kerana saya terus menginterpretasikan daripada perkataan cina.Berdasarkan surat khabar Sin Chew ,Hari Gelap yang ditubuhkan di Malaysia adalah dimulakan dari pukul 8 malam ini hingga pukul 9 malam ini.
Apakah cara perjimatan electrik?Adakah anda akan mengamalkan Hari Gelap pada malam ini?

Menurut surat khabar Sim Chew,telah menghuraikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan lampu.Berikut ialah cara-cara yang kita boleh ambil tindakan:

* Pilih lampu yang bersesuaian berdasarkan tempat
* Jika tidak inginkan cahaya yang terlalu terang di tempat-tempat tertentu, pilihlah mentol yang kurang kuasanya. Mentolnya 75 watt atau lampu kalimantang menggunakan 25% kurang tenaga elektrik berbanding dengan mentol 100 watt.

*Bilik yang mempunyai warna dinding yang gelap akan menyerap lebih banyak cahaya. Ini akan menyebabkan bilik kelihatan lebih terang.
* Letakkan lampu di sudut bilik. Ini lebih berkesan kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
* Lampu kalimantang adalah empat kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama.
* Mentol mempunyai kuasa efisien lebih mahal, tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang dan lebih ekonomik pada jangka panjang.
* Tutup lampu apabila keluar bilik.
* Tukar lampu untuk kawasan luar rumah dengan lampu halogen.
* Apabila mentol kotor, lapkan sehingga bersih. Jika tidak akan menyebabkan kos yang lebih tinggi.


Last edited by Ang3laWong on Mon Mar 31, 2008 10:28 am; edited 1 time in total

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Hari Gelap Empty Re: Hari Gelap

Post  Ang3laWong Sat Mar 29, 2008 9:22 am

Menurut surat khabar Sim Chew,telah menghuraikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan lampu.Berikut ialah cara-cara yang kita boleh ambil tindakan:

* Pilih lampu yang bersesuaian berdasarkan tempat
* Jika tidak inginkan cahaya yang terlalu terang di tempat-tempat tertentu, pilihlah mentol yang kurang kuasanya. Mentolnya 75 watt atau lampu kalimantang menggunakan 25% kurang tenaga elektrik berbanding dengan mentol 100 watt.

*Bilik yang mempunyai warna dinding yang gelap akan menyerap lebih banyak cahaya. Ini akan menyebabkan bilik kelihatan lebih terang.
* Letakkan lampu di sudut bilik. Ini lebih berkesan kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.
* Lampu kalimantang adalah empat kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama.
* Mentol mempunyai kuasa efisien lebih mahal, tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang dan lebih ekonomik pada jangka panjang.
* Tutup lampu apabila keluar bilik.
* Tukar lampu untuk kawasan luar rumah dengan lampu halogen.
* Apabila mentol kotor, lapkan sehingga bersih. Jika tidak akan menyebabkan kos yang lebih tinggi.

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Hari Gelap Empty Re: Hari Gelap

Post  vinclam1314 Sun Mar 30, 2008 7:43 am

Yaker? saya tidak dapat apa-apa maklumat tentang ini daripada media massa seperti televisyen atau internet.. >< minta maaf.. tetapi, saya pernah nampak tentang dasar ini di negara lain.. Kerajaan mereka melaksanakan dasar ini dan telah mendapatkan kerjasama daripada rakyat mereka.. Ini telah mengurangkan penggunaan elektrik di negara atau bandar mereka..
Saya juga pernah nampak berita tentang sesi elektrik di surat khabar cina.. di negara China, semasa mereka dilanda bencana saji, mereka mengehadkan bekalan elektrik di sesetengah bandar utama, ini telah memberikan banyak ketidaksesuaian rakyat kerana mereka berada dalam keadaan kelaparan dan kesejukan.. tetapi ini adalah tidak dapat dielakkan kerana terlalu banyak system penghantaran elektrik di negara cina telah rosak pada masa itu..Walaubagaimanapun, saya berasa dasar yang kakak Angela manyatakan adalah agak sesuai untuk dilaksanakan di negara kita kerana negara kita tidak mempunyai saji ( kesejukan ) seperti apa yang dilanda di negara luar..


Last edited by vinclam1314 on Wed Apr 02, 2008 12:00 am; edited 1 time in total

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Hari Gelap Empty RE: HARI GELAP

Post  NCH CHEAN Sun Mar 30, 2008 6:58 pm

Saya amat setuju dengan apa yang kakak Hor Yan yang cakap itu .Kita boleh menjimatkan elektrik dengan banyak cara seperti menggunakan lampu kalimantang untuk mengganti mentol yang tidak memberi lampu yang secerah lampu kalimantang walaupun watt lampu yang sama digunakan ,tutup lampu jika kita keluar atau keadaan bilik adalah cerah ,meletakkan lampu di tempet yang sesuai supaya lampu tersebut dapt berfungsi dengan baik dan tidak memboroskan elektrik.Saya berpendapat kita seharusnya menjimatkan elektrik pada setiap hari dan bukannya hanya tertumpu pada hari gelap sahaja.Penjimatan elektrik ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos pembayaran elektrik kita maka dapat memastikan tenaga elektrik negara kita dapat dibekalkan dalam keadaan yang baik dan konsisten.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Hari Gelap Empty Re: Hari Gelap

Post  vinclam1314 Mon Mar 31, 2008 9:54 am

Semalam barulah saya ternampak berita ini di rancangan televisyen.. Sebenarnya rancangan ini bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi di banyak negara juga yang melibatkan 300 ratus ++ bandar. Mungkin negara kita adalah salah satu negara yang terlibat dalam rancangan ini. Seperti yang dikatakan oleh kakak Hor Yan, tujuan ini adalah untuk menyeru orang ramai di dunia untuk menjimat dan tidak membazir tenaga elektrik.. Rancangan ini adalah agak berkesan kerana terdapat banyak bandar di USA dan di negara lain untuk menyertainya.. Banyak rakyat terutamanya bangunan pelancongan yang popular di bandar menutupkan suis lampu. Tindakan ini berjaya mendapatkan kerjasama dari pihak kerajaan dan rakyat dan berjaya menjimatkan banyak tenaga elektrik..Banyak restaurant memberikan kerjasama dengan menyediakan lilin untuk pelanggan untuk menggantikan tenaga cahaya lampu..Ini telah mendapatkan sambutan daripada pelanggan bahawa mereka berasa romantic dengan adanya lilin.. Walaubagaimanapun, terdapat banyak juga pub yang enggan memberikan kerjasama.. Mereka menyatakan mereka tidak memberikan kerjasama atas alasan keselamatan.. Mereka bimbang bahawa pelanggan yang mabuk mungkin akan jatuh daripada tangga atau berbuat sesuatu yang membahayakan orang ramai..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Hari Gelap Empty hari gelap

Post  sim Mon Mar 31, 2008 10:37 am

saya berasa kalau nak jimatkan tenaga elektrik ,tak payah tunggu hari gelap.kita boleh melakukan setiap hari.biasanya saya akan tutupkan semua lampu selepas 10pm tetapi masih menonton televisyen dalam kegelapan dan tidak membuka air-con walaupun setiap bilik mempunyai air-con Sad .inilah biasanya perbuatan yang dilaku oleh keluarga saya untuk menjimatkan kos elektrik.....dan ahli keluarga saya akan tidur awal-awal,maksimum tidur pada 11pm,ini akan menjimat lebih elektrik .... Very Happy

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

Hari Gelap Empty Re: Hari Gelap

Post  Ang3laWong Mon Mar 31, 2008 10:40 am

Ya.betul kata Lam! Smile Hari Gelap telah lama ditubuhkan oleh negara lain,contohnya Thailand dan Sydney.Apa yang beza negara kita dengan negara lain adalah tarikh Hari Gelap adalah tidak sama.
Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan saya tentang sedikit informasi Hari Gelap.Harap rakan-rakan saya boleh melayarinya Smile

http://www.flickr.com/photos/piulet/2295194905/

Ang3laWong

Posts : 36
Join date : 2008-01-11

Back to top Go down

Hari Gelap Empty Re: Hari Gelap

Post  siewMei Thu Apr 03, 2008 10:16 am

sim wrote:saya berasa kalau nak jimatkan tenaga elektrik ,tak payah tunggu hari gelap.kita boleh melakukan setiap hari.biasanya saya akan tutupkan semua lampu selepas 10pm tetapi masih menonton televisyen dalam kegelapan dan tidak membuka air-con walaupun setiap bilik mempunyai air-con Sad

kakak sim,menonton televisyen dalam keadaan gelap akan merosakan mata kita lah,memang kita perlu menjimatkan elektrtik,tetapi dengan cara menjejaskan kesihatan demi menjimatkan elektrik adalah tidak begitu baik. terdapat banyak cara untuk yang telah dinyatakan oleh kakak angela,jadi janganlah menonton televisyen dalam keadaan gelap lagi demi kesihatan mata kakak sim. Wink
selain daripada cara yang dinyatakan,saya ada satu cadangan tambahan iaitu jangan mengecas telefon bimbit melebihi had.. jika "battery" telefon bimbit hanya memerlukan 2jam untuk dicas semula,maka janganlah mengecas melebihi 2jam. Tambahan pula,amalan seperti mengecas telefon bimbit pada waktu malam sehingga pagi keesokan tidak baik,amalan sedemikian akan membazirkan banyak elektrik.

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 34

Back to top Go down

Hari Gelap Empty Re: Hari Gelap

Post  vinclam1314 Thu Apr 03, 2008 12:04 pm

...
ya.. kita haruslah menjaga kesihatan kita semasa menyelamatkan bumi kita dengan menjimat tenaga elektrik..saya ingin membuat satu tambahan kepada cara yang dikatakan oleh kakak siew mei.. jika kita charge dengan masa yang lebih lama daripada masa yang sepatutnya kita charge, batteri itu akan lebih mudah rosak berbanding dengan yang lain.. Jadi, charge lebih kurang adalah lebih baik daripada charge lebih lama.. silent
Selain itu, kita juga boleh menutupkan suis alatan elektrik semasa kita tidak menggunakannya.. seperti komputer yang kita asyik tidak tutup.. kerana adanya streamx yang tiada had masa kegunaannya..
Kakak Sim, jika anda asyik tidak menggunakan air-con, apa sal anda memasangnya disetiap bilik anda? bazir wang sahaja la.. mesti gunakannya pada masa yang sesuai..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Hari Gelap Empty Re: Hari Gelap

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum