PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dua tertimbus 10 hari selamat

2 posters

Go down

Dua tertimbus 10 hari selamat Empty Dua tertimbus 10 hari selamat

Post  lisee(U6A) Sun Jan 24, 2010 6:26 am

PORT-AU-PRINCE: Pasukan penyelamat menarik keluar seorang lelaki berusia 21 tahun daripada runtuhan biliknya, 10 hari selepas gempa bumi yang meranapkan sebahagian besar ibu negara Haiti ketika kerajaan mengumumkan operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

Emmannuel Buso amat pucat hingga ibunya menganggap dia sudah mati. Tetapi, doktor mendapatinya dalam keadaan baik walaupun pengalaman dilaluinya dan dijangka pulih sepenuhnya.

Ketika ditemui di hospital kendalian penyelamat Israel, Buso berkata, dia terselamat kerana minum air kencing sendiri dan menghabiskan masa dengan berkhayal, ada ketikanya mimpikan ibunya dan memikirkan bahawa dia sudah mati.

"Saya masih hidup pada hari ini kerana Tuhan mahukannya," kata Buso.

Pasukan Israel adalah satu daripada sejumlah kumpulan sedemikian yang menjalankan usaha mencari tanpa lelah bangunan musnah dalam keadaan panas selepas gempa 7 skala Richter melanda, 12 Januari lalu.

Seorang lagi yang terselamat ialah seorang wanita 84 tahun yang ditarik keluar daripada runtuhan rumahnya, menurut doktor yang memberi oksigen dan cecair intravena kepadanya. Doktor berkata, mangsa dalam keadaan kritikal.

Suruhanjaya Eropah berkata, krew penyelamat antarabangsa menyelamatkan lebih 132 orang sejak gempa melanda, namun kejayaan semakin tipis ketika masa berlalu. –

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Dua tertimbus 10 hari selamat Empty Re: Dua tertimbus 10 hari selamat

Post  leeyoong_U6B Tue Jan 26, 2010 1:43 pm

Ini merupakan satu berita yang amat menggebirakan.. Dua mangsa tertimbus telah diselamatkan selepas hari ke-10 gempa bumi Haiti berlaku. Bersyukur kepada Tuhan. Walaupun sudah melebihi 1minggu kedua-dua mangsa itu ditimbus, namun mereka masih dapat mengharungi semua halangan dan hidup di dunia. Dalam perkara ini, pasukan penyelamat merupakan orang yang harus dipuji. Meskipun peluang bagi mangsa untuk hidup tanpa makanan dan minuman agak nipis. Namun, mereka masih tidak memutus asa dan berusaha dengan sedaya-upaya untuk meneruskan kerja penyelamatan. Semoga pada hari yang seterusnya masih akan ada mangsa diselamatkan ...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum