PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Chile dikejut amaran tsunami baru

Go down

Chile dikejut amaran tsunami baru Empty Chile dikejut amaran tsunami baru

Post  keat sin (U6A) Fri Mar 05, 2010 1:51 pm

CONSTITUCION, Chile 4 Mac - Amaran tsunami menyebabkan penduduk Chile yang masih dalam ketakutan lari ke kawasan lebih tinggi hari ini ketika penambahan anggota tentera berjaya mengawal huru-hara di bandar Concepcion.

Empat hari selepas kejadian ombak besar yang membunuh beratus-ratus orang, dua gempa susulan yang kuat berukuran 5.9 dan 6.0 pada skala Ritcher mencetuskan amaran tsunami baru di sepanjang pantai bahagian tengah Chile iaitu kawasan paling terus terjejas dalam bencana gempa bumi Sabtu lalu.

Beribu-ribu mangsa yang terselamat dengan sebahagiannya masih berusaha mengenal pasti saudara-mara yang terbunuh akibat ombak berkenaan, segera melarikan diri ke kawasan tanah tinggi. Amaran tsunami itu ditarik balik 30 minit selepas dikeluarkan.

Ignacio Gutierrez, seorang petugas penyiaran sedang memandu menuju ke sebuah resort tepi pantai yang terjejas teruk akibat kejadian tersebut apabila orang ramai yang sedang melarikan diri menahan keretanya sambil berteriak meminta beliau menyelamatkan diri kerana tsunami akan melanda.

Seorang lagi penduduk, Nelson Muna sedang membawa air dan makanan kepada mangsa apabila beliau mendengar siren dan bertembung dengan suasana panik melampau.

''Kami nampak askar-askar melarikan diri. Semua orang meninggalkan kota. Askar-askar pun takut,'' katanya.

Suasana panik itu terjadi ketika beribu-ribu askar dengan bantuan perintah berkurung, dilihat berjaya membawa sedikit sebanyak ketenteraman di Conception, bandar kedua terbesar Chile.

Bagaimanapun lampu trafik dan neon kembali berfungsi setelah bekalan elektrik pulih dan pasar raya terbesar di situ mengumumkan akan kembali dibuka.

Dengan kawalan anggota tentera lengkap bersenjata mengawal tempat-tempat strategik, makanan diagihkan secara teratur oleh askar dan sukarelawan, suasana panik di kalangan penduduk berkurangan selepas mereka terdedah kepada serangan oleh kumpulan bersenjata berhari-hari lamanya.

Menurut pihak berkuasa Chile, sehingga hari ini jumlah korban akibat gempa dan tsunami berkenaan meningkat kepada 802 orang.

Jumlah tersebut dijangka meningkat dengan mendadak memandangkan ratusan lagi dilaporkan masih hilang. Crying or Very sad

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum