TSUNAMI

Go down

TSUNAMI

Post  CikguPA on Thu Sep 03, 2009 2:03 pm

Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.

Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.

Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.
avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 50
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: TSUNAMI

Post  CikguPA on Thu Sep 03, 2009 2:18 pm



avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 50
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Tsunami

Post  Seow Ping U6B'10 on Thu Sep 24, 2009 1:15 pm

Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai. tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.

Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

View user profile

Back to top Go down

Re: TSUNAMI

Post  CikguPA on Thu Oct 01, 2009 2:34 pm

100 korban tsunami di Samoa



PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kerosakan yang melanda Hihifo di bahagian barat Tonga selepas dilanda tsunami.

APIA, Samoa Barat: Satu siri tsunami melanda negara kepulauan Pasifik Samoa Amerika dan Barat mengorbankan sehingga 100 orang, beberapa daripadanya dihanyutkan ke tengah laut, selain mencederakan beberapa ratus lagi dan meninggalkan kerosakan besar di kampung tepi laut.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengisytiharkan bencana utama di Samoa Amerika - sebuah wilayah AS – dan mengarahkan bantuan persekutuan dihulurkan kepada kepulauan itu.

Rakaman televisyen memaparkan rumah rosak teruk, kenderaan dihanyut ke dalam laut atau tersangkut di atas pokok dan bot nelayan tercampak ke darat akibat dipukul ombak besar yang dicetuskan oleh gempa bumi berukuran 8.0 Richter 20 minit sebelumnya, awal pagi semalam.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, berkata sekurang-kurangnya 60 orang terkorban di Samoa Barat, manakala pegawai pasukan bantuan bencana berkata jumlah kematian mungkin naik setinggi 100 orang.

Sebanyak 20 kampung di pulau Upolu mengalami kerosakan teruk, termasuk Lepa iaitu kampung perdana menteri Samoa.

Suasana panik dan keliru dilaporkan berlaku selepas gempa bumi kuat itu.

Remaja lelaki mengetuk tin minyak untuk memberi amaran kepada penduduk supaya lari ke kawasan tinggi.

"Kami segera menaiki kenderaan untuk melarikan diri tetapi ketika itu jalan sudah pun sesak," kata pegawai pelancongan Samoa Amerika, David Vaeafe kepada Sky News dari Barat Samoa, kira-kira 100 kilometer dari wilayah Amerika Syarikat itu.

Di ibu kota Samoa Amerika, Pago Pago ditenggelami air, kilang mengetin ikan juga dilanda gelombang, jalan di lapangan terbang juga teruk rosak dan bekalan elektrik terputus di sebahagian besar wilayah Amerika Syarikat itu.

"Pekerja berkata mereka diberikan amaran tiga minit sebelum air deras melanda. Penduduk berkata seluruh bandar itu musnah," kata Vaeafe.

"Beberapa bot nelayan belayar jauh ke laut untuk diselamatkan tetapi ada juga bot yang dihanyutkan ke pantai. Penduduk masih lagi terkejut dengan kejadian ini."

Ketika lalu lintas di Samoa dilaporkan sesak, seorang pelancong asing menyifatkan beliau terselamat dari chalet di tepi laut yang terkenal dengan hotel dan resort. Laporan menyebut seluruh kampung berkenaan dihanyutkan gelombang berkenaan.

"Ombak besar datang dan kami berlari ke arah van," kata seorang wanita New Zealand kepada Sky TV.

"Kami cuba membuka pintu van tetapi dan ombak besar itu mengenai kami."

Pelancong asing lain berkata: "Kebanyakan kereta berlanggar dan remuk. Ia seperti satu bencana laut."

Ken Mariner, yang tinggal berhampiran ibu negara Barat Samoa, Apia berkata kira-kira 1,500 penduduk berhimpun di sebuah pusat perpindahan tidak jauh dari rumahnya selepas kejadian gempa bumi berkenaan.

"Ia amat teruk. Kami berdiri di bawah tangga di rumah, dan boleh mendengar rangka gambar dan barangan lain jatuh dari dinding rumah," kata Mariner kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

"Kami mendapati dua pokok besar bergoyang seperti seseorang menggoyangkan pokok kecil. Ia amat menakutkan."

Wanita lain memberitahu beliau bercakap kepada seorang saudaranya melalui telefon apabila tsunami itu datang.

"Katanya, Ada tsunami datang, saya boleh lihatnya." Saya hanya boleh mendengar jeritan dan suara kanak-kanak sebelum talian terputus," kata Lisa Winterstein kepada Sky. – AFP
avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 50
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: TSUNAMI

Post  CikguPA on Thu Oct 01, 2009 2:41 pm

avatar
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 50
Location : bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: TSUNAMI

Post  CikguPA on Thu Oct 01, 2009 4:18 pm