PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PDRM akan tempatkan polis di enam negara pengeluar dadah

2 posters

Go down

PDRM akan tempatkan polis di enam negara pengeluar dadah Empty PDRM akan tempatkan polis di enam negara pengeluar dadah

Post  yeeleng(L6A) Thu Feb 25, 2010 2:59 pm

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan sekurang-kurangnya seorang pegawai perhubungan narkotik di enam negara yang dikenal pasti sebagai negara pengeluar utama dadah di dunia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zulhasnan Najib berkata, inisiatif terbaru untuk menempatkan mereka di pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit akan membantu dalam aspek mengumpul maklumat melalui risikan.

Tanpa mendedahkan nama negara yang terbabit, beliau berkata, langkah itu dijangka akan dilaksanakan pertengahan tahun ini sekiranya segala proses berjalan lancar.

"Dengan cara menempatkan pegawai ini, polis dapat bersama-sama berkongsi maklumat dan bertukar-tukar kepakaran dengan agensi penguatkuasaan di negara berkenaan dalam usaha mematahkan cubaan menjadikan Malaysia sebagai transit dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulhasnan berkata, Malaysia kini sering menjadi sasaran penyeludupan dadah terutama yang membabitkan warga Iran dan ada yang lebih berani membuat makmal mini bagi memproses dadah di dalam negara.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

PDRM akan tempatkan polis di enam negara pengeluar dadah Empty Re: PDRM akan tempatkan polis di enam negara pengeluar dadah

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 25, 2010 8:13 pm

Semoga langkah ini dapat mengelakkan Malaysia menjadi sasaran penyelupan dadah...
Semoga dengan kerjasama polis untuk bertukar-tukar maklumat akan dapat mengurangkan masalah penyeludupan dadah... Cool

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum