MLKN tempatkan kaunselor di kem-kem PLKN

View previous topic View next topic Go down

MLKN tempatkan kaunselor di kem-kem PLKN

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Jul 22, 2010 2:20 pm

LANGKAWI 22 Julai - Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan menempatkan kaunselor-kaunselor bertauliah di kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memberi khidmat nasihat kepada para pelatih yang berhadapan dengan sebarang masalah supaya mereka dapat mengikuti program itu dengan baik.

Pengerusinya, Datuk Dr. Tiki Lafe berkata, untuk permulaan kaunselor bertauliah itu akan ditempatkan di 10 kem terpilih dengan segera, sebelum ia diperluaskan ke kem-kem lain di seluruh negara.

"Kaunselor-kaunselor yang dipilih ini adalah di bawah Persatuan Kaunselor Malaysia dan mereka akan berkhidmat secara kontrak untuk membantu pelatih-pelatih yang memerlukan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MLKN dan program lawatan MLKN ke Kem PLKN Lagenda Seri Negeri di sini hari ini.

Turut hadir pada program hari ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dr Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Sepuluh kem PLKN yang terpilih itu adalah Kem Dusun, Kuala Nerang, Kedah; Kem Teluk Rubiah, Perak; Kem Kuala Kubu Bharu, Selangor; Kem Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka; Kem Nasuha, Muar Johor; Kem Tanjung Semarak, Pekan, Pahang; Kem Cancun Park, Pasir Mas, Kelantan; Kem Tanaki, Tambunan, Sabah serta Kem Junaco Park, Sibu dan Kem Putra Sentosa, Kuching di Sarawak.

Dr Tiki berkata, selain itu bagi memperbaiki lagi program itu, MLKN juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah akademi khas bagi melatih jurulatih-jurulatih PLKN supaya mereka mendapat latihan yang lebih teratur, silibus yang lebih terperinci dan ilmu yang diiktiraf. - Bernama

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: MLKN tempatkan kaunselor di kem-kem PLKN

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Jul 22, 2010 2:53 pm

Pada pendapat saya, menempatkan kaunselor-kaunselor bertauliah di kem-kem Program Latihan Khidmat Negara adalah salah satu cara yang berkesan bagi membantu para pelatih yang menghadapi masalah. Masalah-masalah yang sentiasa berlaku di kem PLKN hendaklah mengatasi dengan segera supaya para pelatih tidak mempunyai sebarang tekanan semasa menjalankan aktiviti dan latihan. Maka, prestasi mereka dapat dipertingkatkan.
Apakah pandangan saudara dan saudari tentang perkara ini? Adakah anda juga bersetuju dengan menempatkan kaunselor-kaunselor bertauliah di kem-kem Program Latihan Khidmat Negara? Shocked

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum