PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sambutan Tahun Baru di Bangkok dicemari letupan bom

Go down

Sambutan Tahun Baru di Bangkok dicemari letupan bom Empty Sambutan Tahun Baru di Bangkok dicemari letupan bom

Post  yeow_U6A/2010 Tue Feb 16, 2010 1:52 am

BANGKOK 14 Feb. - Sambutan Tahun Baru Cina di sini disambut dengan bunyi letupan yang kuat tetapi dentumannya berbeza, dipercayai serangan bom yang dilancarkan daripada pelancar grenad M-79 dan sasarannya mungkin pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata, Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri mungkin sasaran utama serangan walaupun bom itu meletup di Universiti Rajamangala Teknologi, Phra Nakhon di sini, yang terletak bersebelahan pejabat Perdana Menteri, kira-kira 11 malam semalam.

Tiga kereta rosak teruk dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam perkembangan lain, polis hari ini menjumpai 1.4 kg bahan letupan dekat Mahkamah Agung di sini, di mana Bahagian Jenayah Bagi Penjawat Jawatan Dalam Politik akan membuat keputusan pada 26 Februari ini sama ada untuk merampas aset bernilai 76 bilion baht (RM8.2 bilion) yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Polis sedang menyiasat jenis bom yang belum meletup itu.

Abhishit percaya insiden letupan bom itu berlaku kerana pengacau mahu menimbulkan masalah dalam percubaan mereka untuk melemahkan kerajaan sekarang dengan matlamat akhir mereka untuk menumbangkan kerajaan.

"Sesiapa jua yang cuba menimbulkan masalah tidak akan mendapat apa yang mereka mahukan," kata beliau kepada pemberita di sini.

Abhishit yakin pihak tentera dan polis akan berjaya mengawal keadaan.

Pada 1 Februari lepas, najis telah dilontar di perkarangan kediaman Perdana Menteri di sini dan semalam seorang lelaki berumur 43 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 hari kerana tindakannya itu.

Bagaimanapun, Wiwithawin Teosawas memberitahu mahkamah, tindakannya itu tiada kaitan dengan motif politik, sebaliknya dia melakukan perbuatan itu akibat marah kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang anti merokok di tempat awam, menyebabkan bayi perempuannya berumur dua tahun yang menghidap lelah sering kali sakit.

"Itu adalah najis bayi saya," dia dilaporkan berkata demikian dalam mahkamah.

Pada 14 Januari lalu, pelancar grenad M-79 digunakan untuk menyerang ibu pejabat tentera di sini, menyebabkan kerosakan di bahagian pantri yang terletak bersebelahan pejabat Panglima Tentera Jeneral Anupong Paochinda.

Susulan insiden melontar najis tersebut, kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri telah ditingkatkan.

Kawalan keselamatan untuk hakim-hakim Mahkamah Agung juga ditingkatkan berikutan laporan ancaman pembunuhan terhadap mereka.

Dianggarkan 1,500 pegawai keselamatan akan mengawal bangunan Mahkamah Agung, 5,000 anggota keselamatan akan digerakkan untuk melindungi ibu negara dan 1,500 anggota polis diarah berjaga-jaga.

Pihak berkuasa menjangkakan akan berlaku kekacauan sebelum dan selepas 26 Feb berikutan keputusan Mahkamah Agung itu.

Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator yang mengetuai penunjuk perasaan "Baju Merah" yang menyerbu Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya, April tahun lepas dan menyebabkan pembatalan mesyuarat itu, telah merancang perhimpunan anti kerajaan di sini bermula esok. - BERNAMA

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum