PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tol percuma, diskaun bagi CNY

+2
S.Teng(U6A/2010)
kuanchin91
6 posters

Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  kuanchin91 Tue Feb 09, 2010 7:31 pm

*Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1) tiada bayaran tol pada 11 Februari dan 15 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.

* PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menawarkan diskaun 20 peratus, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19 Februari.

* 15 lebuh raya lagi menawarkan diskaun tol antara lima hingga 20 peratus pada 14 Februari. 10 lebuh raya menawarkan diskaun pada 14 Februari bermula dari pukul 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.





*cara ini boleh memberi kebaikan kepada pengguna jalan raya termasuk pemandu,namun,peratus kes kemalangan jalanraya juga akan meningkat kerana pemandu ingin menjimatkan kos dan mengambil risiko yang tinggi dengan memandu pada waktu malam~
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed Feb 10, 2010 4:02 pm

penawaran diskaun tol ini merupakan berita yang baik kepada pengguna jalan raya, kerana memang dapat menjimatkan sedikit kos perjalanan! Tetapi, apa yang dikatakan oleh saudara kuan chin adalah betul! Kerana bagi sesiapa yang ingin menikmati diskaun tol ini,mereka akan memandu pada waktu malam. Jadi, ia menjadi lebih berbahaya. Oleh itu,peratusan kes kemalangan jalan raya akan terus meningkat.

Hal oleh demikian,Kenapa kerajaan masih menawarkan diskaun tol ini pada waktu malam?? saudara kuan chin,apakah pendapat anda?Rolling Eyes

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  xiaowen_U6B Wed Feb 10, 2010 4:17 pm

Pada pendapat saya, kerajaan masih menawarkan diskaun tol ini pada waktu malam supaya dapat mengurangkan bilangan kenderaan pada waktu pagi. Kerana masih ramai pemandu yang lebih suka memandu pada pagi hingga tengah hari. Dengan pembahagian sebegini, maka kes kemalangan mungkin dapat dikurangkan.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  S.Teng(U6A/2010) Wed Feb 10, 2010 4:24 pm

Tetapi,saudari Xiao Wen,saya masih tak berapa faham. Adakah penawaran diskaun tol ini dapat mengurangkan kes kemalangan berlaku?? Bolehkah anda jelas dengan teliti bagaimana ia dapat mengurangkan? terima kasih Rolling Eyes

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  xiaowen_U6B Wed Feb 10, 2010 4:30 pm

Pemandu akan tertarik dengan penawaran ini dan mereka yang sebenarnya ingin menggunakan jalanraya pada waktu pagi mungkin akan bertolak pada waktu malam.Seperti tiada bayaran tol pada 11 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi, pemandu yang sebenarnya ingin bertolak pada 12 Feb akan mengawalkan perjalanan mereka. Cuba kamu fikir, banyakkeh pemandu yang menggunakan masa ini (11.30 malam hingga 4.30 pagi) untuk menggunakan jalan raya??

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 11, 2010 4:17 pm

Saya tidak setuju pendapat xiaowen... memang tidak dinafikan bahawa bilangan kenderaan pada waktu pagi namun adakah ini mengurangkan kemalangan jalan raya? Saya berpendapat bahawa ini tidak akan mengurangkan kemalangan jalan raya.. Walaupun bilangan kenderaan dikurangkan pada waktu pagi namun tidak bermakna kemalangan dapat dikurangkan.

Dengan memperkenalkan promosi ini, pemandu akan memilih untuk memandu pada waktu malam.. Sebenarnya memandu semasa waktu malam lebih berbahaya berbanding dengan memandu pada waktu pagi. Pada waktu malam, keadaan lebuh raya tidak dapat dilihat dengan jelas. Kita tidak dapat menafsirkan jarak kenderaan kita dengan kenderaan lebuh raya yang lain dengan jelas sekali.. ini agak berbahaya.. Secara tidak langsung ini akan mendorong berlakunya kemalangan jalan raya.

Selain itu, kebanyakan pemandu lebuh raya pada waktu malam tidak mempunyai semangat yang secukupnya. Oleh sebab, sesetengah masih perlu bekerja pada waktu pagi tetapi demi menjimatkan tol lebuh raya, mereka memilih untuk memandu pada waktu promosi (pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi) tersebut.. Bukankah ini akan lebih bahaya dan meningkatkan kes kemalangan?

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  LiewJoey(LSB) Thu Feb 11, 2010 5:59 pm

Pada pendapat saya, promosi ini memang dapat mengurangkan kadar kemalangan kerana promosi ini menawarkan diskaun bagi bayaran tol, banyak pemandu akan mengambil kesempatan untuk memandu pada waktu malam ini..maka bilangan kenderaan yang memandu balik ke hometown pada masa pagi seperti biasa dapat dikurangkan kerana sebahagian pemandu telah memilih untuk balik ke kampung mereka pada waktu promosi iaitu pada waktu malam.Justerunya dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Selain itu,jika pemandu memilih untuk memandu pada waktu malam, tentu mereka akan merehatkan diri bagi perjalanan malam nanti. Oleh itu, tidak ada alasan bagi mereka yang menyatakan bahawa mereka tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.

Tambahan pula, dengan memandu pada waktu yang kurangnya bilangan kenderaan juga dapat memudahkan pemandu untuk menumpukan perhatian yang sepenuhnya sepanjang perjalanannya .Statistik daripada berita media massa telah menunjukkan pemandu yang memandu pada tangah hari akan menghadapi masalah penat dan sukar untuk menumpukan perhatian kerana cuaca yang terik dan juga banyak bilangan kenderaan di jalan raya yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Seterusnya wujudnya "long queue" yang memerangkapkan pemandu-pemandu yang menuju ke destinasi mereka.Keadaan ini akan meyukarkan penumpuan perhatian oleh pemandu-pemandu yang berada di jalan raya. Adakah keadaan ini akan wujud jika pemandu memandu pada waktu malam?

Adakah saudari Steng setuju dengan huraian saya?



Very Happy

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  xiaowen_U6B Fri Feb 12, 2010 5:33 pm

saudari leeyoong, pendapat anda betul juga, tetapi saya masih tetap pada pendirian saya. Sebenarnya, punca kebanyakan kemalangan yang berlaku ialah disebabkan sikap pemandu. Walaupun pada waktu malam, tetapi terdapatnya tiang lampu yang berfungsi di sisi jalan, sekiranya pemandu menumpukan segala perhatian semasa memandu dan mengekalkan jarak tertentu dengan kenderaan yang lain, maka kemalangan tidak mungkin berlaku. Saudari Joey pula telah menjelaskan perkara ini dengan begitu jelas. Terima kasih atas penerangan anda.^^

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  yeow_U6A/2010 Fri Feb 12, 2010 7:29 pm

Pada pendapat saya, saya tidak begitu setuju dengan saudari xiao wen, dan hanya bersetuju 50% dengan saudari S.teng , lee yong dan joe yee. Hal ini kerana promosi ini memang dapat menggurangkan kes kemalangan pada waktu siang tetapi pada samping itu, kes kemalangan yang berlaku di waktu malam mungkin juga akan meningkat.

Pada pendapat saya, promosi ini diwujudkan adalah untuk menggurangkan bilangan kereta yang dipandu di lebuh raya tertentu pada waktu siang. Ini juga dapat menggurangkan kes kemalangan.

Pada masa yang sama, pemandu yang ingin menggurangkan kos perjalanan akan menambahkan bilangan kenderaan di atas jalan raya, begitu juga dengan bilangan kemalangan.

Walaupun harap-harap pada musin perayaan yang penting ini, bilangan kematian tidak akan menjadi seteruk yang dijangkakan.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Tol percuma, diskaun bagi CNY Empty Re: Tol percuma, diskaun bagi CNY

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum