Tuisyen percuma disediakan

View previous topic View next topic Go down

Tuisyen percuma disediakan

Post  hasrul L6A on Fri Jun 29, 2012 11:52 am

PUTRAJAYA 28 Jun - Kira-kira 10,000 calon peperiksaan utama di Selangor bakal menikmati tuisyen percuma menerusi program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Sebanyak RM2 juta diperuntukkan kerajaan daripada dana khas untuk melaksanakan program yang digerakkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) itu.

Kumpulan yang terpilih mengikuti program tuisyen percuma di luar waktu sekolah itu terdiri daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelancaran program itu berlangsung selepas sesi sembang Perdana Menteri bersama profesor dan profesor madya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Sri Perdana.

Najib dalam ucapannya memberi jaminan kerajaan akan terus memperjuangkan prinsip keadilan sosial dan mengiktiraf kecemerlangan menerusi prinsip meritokrasi dalam sistem pendidikan negara.

Katanya, adunan dua prinsip itu penting bagi memastikan kejayaan mobiliti sosial di negara ini terus dinikmati semua pihak.

"Sekiranya sistem di negara ini tidak dapat memberi peluang yang adil kepada golongan tersebut, maka berlaku kepincangan masyarakat, kebanggaan yang ada selama ini ekoran berlakunya mobiliti sosial yang ketara," katanya.

Program dihadiri ahli Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) yang mewakili 30,000 golongan itu di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, dasar itu juga penting bagi memastikan akses pendidikan yang sama dan berkualiti untuk semua.

Sementara itu, Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berharap program iTRIM akan memberi peluang kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mendapat tuisyen terbaik.

Menurutnya, projek perintis di negeri Selangor itu akan memberi manfaat kepada para pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar.

Guru-guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

Alimuddin berkata, di bawah program itu, calon-calon UPSR akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara dalam talian dari rumah, sekolah dan pusat-pusat komuniti manakala calon-calon PMR dan SPM akan dibimbing secara konvensional di beberapa sekolah menengah terpilih.

Calon-calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia dan Fizik) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara dalam talian dari rumah.

Seramai 350 guru cemerlang yang dipilih sendiri oleh pengetua dan guru besar sekolah berkenaan terlibat dalam program tersebut melibatkan 107 sekolah rendah dan menengah di seluruh Selangor sebelum diperluaskan ke seluruh negara.n peperiksaan utama di Selangor bakal menikmati tuisyen percuma menerusi program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Sebanyak RM2 juta diperuntukkan kerajaan daripada dana khas untuk melaksanakan program yang digerakkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) itu.

Kumpulan yang terpilih mengikuti program tuisyen percuma di luar waktu sekolah itu terdiri daripada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelancaran program itu berlangsung selepas sesi sembang Perdana Menteri bersama profesor dan profesor madya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Sri Perdana.

Najib dalam ucapannya memberi jaminan kerajaan akan terus memperjuangkan prinsip keadilan sosial dan mengiktiraf kecemerlangan menerusi prinsip meritokrasi dalam sistem pendidikan negara.

Katanya, adunan dua prinsip itu penting bagi memastikan kejayaan mobiliti sosial di negara ini terus dinikmati semua pihak.

"Sekiranya sistem di negara ini tidak dapat memberi peluang yang adil kepada golongan tersebut, maka berlaku kepincangan masyarakat, kebanggaan yang ada selama ini ekoran berlakunya mobiliti sosial yang ketara," katanya.

Program dihadiri ahli Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) yang mewakili 30,000 golongan itu di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, dasar itu juga penting bagi memastikan akses pendidikan yang sama dan berkualiti untuk semua.

Sementara itu, Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berharap program iTRIM akan memberi peluang kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah mendapat tuisyen terbaik.

Menurutnya, projek perintis di negeri Selangor itu akan memberi manfaat kepada para pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar.

Guru-guru akan memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

Alimuddin berkata, di bawah program itu, calon-calon UPSR akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara dalam talian dari rumah, sekolah dan pusat-pusat komuniti manakala calon-calon PMR dan SPM akan dibimbing secara konvensional di beberapa sekolah menengah terpilih.

Calon-calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen (Biologi, Kimia dan Fizik) akan menggunakan kaedah pembelajaran dan penilaian kendiri secara dalam talian dari rumah.

Seramai 350 guru cemerlang yang dipilih sendiri oleh pengetua dan guru besar sekolah berkenaan terlibat dalam program tersebut melibatkan 107 sekolah rendah dan menengah di seluruh Selangor sebelum diperluaskan ke seluruh negara. cheers cheers Very Happy

hasrul L6A

Posts : 7
Join date : 2012-06-23

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum