PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Subsidi tenaga tidak lagi boleh dikekalkan - Najib

Go down

Subsidi tenaga tidak lagi boleh dikekalkan - Najib Empty Subsidi tenaga tidak lagi boleh dikekalkan - Najib

Post  kuanchin91 Tue Feb 09, 2010 7:27 pm

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pemberian subsidi termasuk di dalam sektor tenaga tidak lagi boleh dikekalkan sebaliknya perlu distruktur semula dan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penghapusan subsidi itu akan memberi ruang kebebasan kepada inisiatif swasta dan kuasa pasaran.

Menurut beliau, kerajaan tidak mungkin selama-lamanya mampu memberi subsidi yang lebih dan menawarkan tenaga di bawah harga sebenar.

"Kita (kerajaan) tidak mungkin berupaya untuk terus menanggung subsidi tenaga yang lebih dan murah.

"Kerajaan sepatutnya memberikan peruntukan yang lebih baik kepada sumber-sumber negara, tetapi gagal berbuat demikian kerana terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar dalam subsidi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Ekonomi 1Malaysia anjuran Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Malaysia (ACCCIM) di sini hari ini.

Menurut beliau, pembentukan industri yang baru perlu dilakukan dengan cara berbeza dan berdasarkan kepada kemahiran, teknologi, akses kepada modal serta sokongan pemasaran.

"Perlindungan tidak lagi boleh diberikan. Kita perlu adil kepada juara domestik kerana mereka akan menjadi juara serantau dan global

Dalam ucapannya, Najib turut memberitahu, kerajaan sedang dalam proses menggaris institusi, polisi dan prosedur untuk memudahkan pelaburan oleh para pelabur.

"Apa yang kita perlukan bukan sahaja untuk tujuan pelaburan swasta yang nyata tetapi juga yang bukan nyata,'' ujar beliau.

Perdana Menteri berkata, kajian Bank Dunia mendapati 60 hingga 80 peratus negara kaya boleh dikategorikan sebagai aset-aset bukan nyata seperti teknologi hak milik, teknologi intelektual , nama-nama jenama dan institusi.

Tegasnya, Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak aset bukan nyata memandangkan ia begitu kritikal.

"Lihat kepada negara-negara berpendapatan tinggi, perusahaan dan industri bernilai tinggi milik mereka mempunyai pelaburan bukan nyata bernisbah tinggi,'' tambah beliau.
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum